Bilik air antara tempat yang sentiasa menjadi tumpuan ahli keluarga. Kadang untuk mengekalkan keharuman bukan mudah. Walaupun seminggu dua atau tiga kali kita membersihkan bilik air, sesekali pasti juga ada bau yang kurang menyenangkan.
Bagi memastikan bilik air kekal wangi sepanjang masa, boleh cuba tip mudah ini. Tak perlu beli pewangi yang berjenama tetapi hanya gunakan dua bahan sahaja. Sangat jimat dan mudah untuk kendalikannya.
Segala bau yang kurang menyenangkan boleh diserap dan sesuai juga untuk diletakkan di dalam tandas. Berikut antara idea yang dikongsikan oleh Puan Azlin Alias.
Ini orang panggil tip jimat. Insyaallah bilik air sentiasa wangi dan ubat gegat tu tak cepat kecut.
Bahan-bahan:
Pelembut pakaian
Ubat gegat
Bekas lilin/ bekas kosong yang bersesuaian
Cara membuat:
1) Masukkan ubat gegat ke dalam bekas lilin
2) Selepas itu, tuangkan sedikit pelembut pakaian ke dalam bekas lilin tadi.
3) Kemudian letakkan di sudut bilik air.
Selamat mencuba. Tapi apa-apa pun tetap kena berhati-hati risau jika ada anak kecil mereka ingatkan ‘gula-gula’ dan termakan tanpa disengajakan.
Kredit: Tik Tok ciklynalias
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
https://www.youtube.com/watch?v=DNiNt98Rht8
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Beli Bekas Mahal, Ibu Ini Kongsi Tip Nak Peti Ais Kemas & Tersusun!
Biasanya terapi bagi seorang ibu dan isteri, selain rumah yang kemas, peti ais juga boleh memberi ketenangan tiap kali masuk dapur untuk memasak. Bila tersusun elok je setiap barang dalam peti tu, nak ambil sesuatu pun mudah.
Apa yang buat peti ais kemas dan teratur mestilah bekas-bekas yang digunakan. Banyak bekas yang dijual boleh guna untuk meletakkan barang dalam peti ais. Tak semestinya bekas mahal pun. Kalau zaman mak kita dulu-dulu, pakai je bekas apa-apa, kadang tak tersusun sebab ada besar atau kecil, sekarang semua ini dapat dibeli dengan pelbagai pilihan ikut bajet.
Seperti perkongsian Puan Nurul Syifaa, susun atur barangan dalam peti ais boleh beri ketenangan dan mood gembira untuk dia sekeluarga. Malah apa yang boleh dipuji, anaknya yang berusia 3 tahun pun dah faham dan pandai untuk jaga kebersihan.
Bagi saya, peti ais yang kemas tersusun sangat penting. Sebab bila buka peti ais nampak semua kemas rasa seronok tenang, suami pun macam tu. Alhamdulullah anak yang 3 tahun 5 bulan pun tak suka sepah, air tumpah terus dia lapkan.
Lagi satu bila tersusun macam ni aktiviti memsak akan jadi lebih mudah dan cepat. Buka peti ambil sahaja tak perlu selongkar sana sini dah. Saya dah tahu mana barang tu diletakkan.
Macam bahan basah seperti ayam, ikan dan lauk-pauk lain semua tu dah siap basuh jadi keluarkan, cairkan dan boleh terus masak.
Peti ais ni kalau nak kemas selalu konsepnya orang dalam rumah kena semua sama-sama jaga. Kalau seorang kemas orang lain sepahkan memang letih.
Lagi satu untuk stok bahan-bahan dalam peti, saya lebih suka membeli seminggu sekali. Satu bekas tu saya masukkan ayam dan sebagainya untuk sekali masak.
Kredit: Nurul Syifaa
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ipar Duai Ibarat Adik Beradik, Kan Manis Semuanya Sepakat. Tak Puas Hati, Cakap Elok
Perkahwinan bukan penyatuan dua jiwa antara diri dengan pasangan tetapi ia membawa kepada maksud lebih meluas terutama berkaitan keluarga kedua-dua pihak.
Membina hubungan yang baik dengan keluarga mentua itu tidak hanya tertumpu kepada ibu bapa saja malah ia perlu dilakukan bersama ipar duai, biras dan ahli keluarga yang lain.
Ia tidak boleh dianggap perkara remeh kerana tanpa sedar pelbagai masalah boleh terjadi sekiranya hubungan dengan ipar duai tidak dilakukan seikhlas hati.
Seperti perkongsian Nur Habibi Qalbi hubungan dengan ipar mestilah dianggap macam adik beradik sendiri untuk mengukuhkan hubungan dalam keluarga.
Jangan jadi IPAR MADE IN NERAKA
Bila adik beradik kita kahwin dengan seseorang. Layanlah ipar tu baik-baik. Kalau boleh jangan di beza-bezakan ipar ini dengan ipar itu.
Ipar ini mungkin rajin di dapur. Tapi ipar itu pulak tak kedekut hulur duit atau belanja. Sama-sama ada baiknya.
Buruk ipar ini jangan di jaja pada ipar lain. Kalau ipar ini bermasam muka dengan ipar itu, kita mesti jadi penyejuk dan pendamai. Bukan pengadu domba yang akan memburukkan lagi situasi rumah tangga adik beradik kita.
Jangan menuntut ipar tu sempurna di mata kita. Sebab dia kahwin dengan saudara kita, bukan dengan kita. Dia mungkin sempurna pada mata saudara kita. Bukan di mata kita.
Jangan memaksa agar ipar tu ikut gerak geri keluarga kita. Kerana dia dibesarkan oleh mak ayahnya dengan cara berbeza. Dia tidak dibesarkan di dalam keluarga kita.
Sebolehnya jadilah ipar yang memberi ketenteraman dan kebaikan agar rumah tangga adik beradik kita berkekalan.
Bukannya jadi ipar MADE IN NERAKA yang suka melihat rumah tangga keluarga hancur dan bercerai berai.
Yang dapat ipar baik tu.. Ucaplah Alhamdulillah.
Kredit :@Nur Habibi Qalbi via Viral Media Johor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Lambat Bercakap & Pelat, Mama Kena Periksa Mungkin Ada Masalah Tongue Tie Atau Lidah Pendek
Perkembangan setiap kanak-kanak memang berbeza, sebagai ibu bapa kita memang perlu sentiasa peka dengan apa yang berlaku kepada si kecil agar dapat memastikan mereka membesar seperti kanak-kanak lain.
Setiap kali bayi menangis pasti membuatkan ibu dan ayah menjadi gusar dan tak senang duduk. Apa yang pasti tangisan itu tentunya menandakan bahawa mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa.
Tapi bagi yang baru pertama kali bergelar mama papa keadaan ini memberikan tanda tanya. Yang pasti rengekan si kecil anda adakalanya berkaitan dengan masalah kesihatan dan juga perkembangan mereka.
Dalam satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang doktor Mohd Saiful Nizam di laman Twitter, beliau berkongsi satu keadaan yang sering dihadapi oleh kebanyakkan bayi. Tongue Tie atau lidah pendek yang mana masalah ini bisanya boleh dikesan jika bayi anda kerap mengamuk ketika menyusu, kelaparan walaupun sudah menyusu, berat badan bayi yang tidak memuaskan walaupun kerap menyusu dan juga masalah pertuturan.
1) Bayi Anda kerap mengamuk ketika menyusu?
2) Bayi Anda masih kelaparan walaupun sudah lama menyusu?
3) Kenaikan berat badan bayi tidak memuaskan walaupun kerap menyusu?
3) Anak Anda alami masalah pertuturan? Pelat?AWAS.! Bayi Anda mungkin hadapi Tongue Tie a.k.a Lidah Pendek pic.twitter.com/Xk57qGM33X
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) January 20, 2020
Tongue tie adalah keadaan dimana terdapat selaput membrane yang melekat antara lidah & lantai mulut mengakibatkan pergerakan lidah bayi terbatas & terikat.
PENYEBAB? – faktor kongenital dimana membran yang sepatutnya hilang selepas kelahiran masih kekal melekat antara keduanya. pic.twitter.com/n82hlPpvUG
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) January 20, 2020
Gejala Tongue Tie
Dalam perkongsian tersebut juga, Dr Mohd Saiful Nizam ada menyatakan gejala-gejala yang ada pada bayi jika ada masalah lidah pendek ini.
Gejala-gejala:
1) Bayi sukar melekap pada puting ibu sewaktu menyusu
2) Bayi selalu mengamuk ketika/selepas menyusu kerana tidak kenyang
3) Kenaikan berat badan tidak memuaskan
4) Sakit atau luka pada putting ibu
5) Kesan buruk pada pertubuhan gigi
6) Pelat/lambat pertuturan— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) January 20, 2020
Menurut beliau lagi, masalah ini berlaku apabila otot nipis di bahagian bawah lidah yang menyebabkan lidah gagal berfungsi dengan baik terutamanya dalam pertuturan.
Bagaimana nak tahu ada Tongue tie?
Bayi atau anak Anda tidak mampu keluar atau jelir lidah melebihi paras gigi bawah.
Satu kajian oleh Messner (2002), anak yg ada Tongue tie tak boleh sebut huruf ‘R’ @ ‘L’ kerana hujung lidah pendek. Jadi sebutan “Rupa” akan berbunyi “Wupa”.
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) January 20, 2020
Segera berjumpa Pakar ENT atau Pakar Pergigian jika anak ada alami gejala tongue tie
Bagi anak yang mempunyai masalah ini, Dr Mohd Shaiful menyatakan tidak semua perlu menjalani rawatan atau pembedahan, ia bergantung kepada tahap perkembangan si kecil itu sendiri. Namun jika anda ada perasan tentang gejala-gejala yang disebutkan, beliau sarankan untuk segera berjumpa pakar ENT atau Pakar Pergigian untuk pemeriksaan awal.
RAWATAN
Bergantung pada tahap perkembangan & pertuturan. Jika tidak alamai masalah menyusu, berat badan bagus boleh “tunggu & lihat”.
Namun, seandainya ada salah satu gejala yg disebutkan, pembedahan kecil dipanggil “frenulectomy” @ Tongue tie release dilakukan. pic.twitter.com/TEbA4xoj0D
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) January 20, 2020
KONKLUSI
Segeralah berjumpa Doktor Pakar ENT atau pun Pakar Pergigian Kanak-kanak jikalau bayi/anak Anda alami gejala-gejala seperti diatas agar pemeriksaan awal dapat dilakukan demi perkembangan pertuturan & tumbesan anak Anda #medtweetmy
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) January 20, 2020
Jika ada bayi anda yang mengalami gejala tersebut, ikutlah saranan Dr Shaiful ini untuk bawa si kecil anda berjumpa Pakar ENT atau Pakar Pergigian. Rawatan awal mungkin dapat membantu si kecil anda melalui proses perkembangan yang baik.
Sumber: Dr Mohd Shaiful Nizam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI