Kehamilan

Bilik Berpantang Putih Biru, Ramai Teka Boy! Comel Baby Wawa Belanja Senyum

Share

Baru-baru ini, suami kepada pelakon Wawa Zainal iaitu Aeril Zafrel berkongsi berita gembira buat peminatnya apabila memberitahu Wawa telah mengandung anak keempat mereka.

Di instagramnya sebelum ini, Aeril mengucapkan syukur kerana doanya sudah termakbul. “Alhamdulillah Ya Allah. Doa dimakbulkan, dapat bayi nombor empat. Tinggal nak satu saja lagi,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Aeril juga memohon doa daripada pengikut-pengikutnya di platform media sosial itu agar urusan bersalin Wawa dipermudahkan dan doakan yang baik-baik.

Bagi meraikan Wawa yang tak lama lagi akan bercuti pantang dan kebetulan boleh rentas negeri, Aeril telah membawa Wawa dan anak-anak bercuti ke Cameron Highland. Tambah Aeril percutian ini adalah sebelum Wawa melahirkan bayi.

Sementara itu, di instagram Wawa Zainal pula, dia telah berkongsi satu video pendek menunjukkan suasana bilik berpantang yang dihias cantik untuk menyambut kelahiran bayi tak lama lagi.

Menurut Wawa, sudah lama dia mengimpikan untuk menyediakan bilik khusus sebegini untuk proses berpantang yang selesa.

Walaupun dekorasi dalam bilik itu simple namun gabungan warna putih dan biru nampak cantik sangat. Malah hiasan beberapa helai baju bayi yang digantung, anak patung, bingkai gambar menambahkan lagi seri bilik berpantang Wawa kali ini.

“Alhamdulillah rezeki dapat buat bilik pantang untuk 4th baby. Dah lama teringin nak buat. Tak sabar nak jumpa baby. Doakan Wawa ya

BACA JUGA [“Ibu Boleh Pencen Awal..” Tok Ti Terhibur Dengar Aafiyah Nyanyi Lirik Sendiri]

BACA JUGA [Betty Puas Hati Tak Bagi Gula & Garam Hingga 2 Tahun. Kini Wira Tak Memilih Makan!]

“Macam baby boy je ni..”

Malah ramai peminat pasangan ini membuat tekaan bahawa Aeril dan Wawa mungkin akan menimang bayi lelaki biarpun mereka belum berkongsi jantina bayinya kepada umum.

“Comelnya, mesti baby boy”

“Ni macam baby boy je gayanya”

“Lawanyaaa bilik pantang. Macam ni pantang tiap tahun pun onzzzz hihi”

“Semoga dipermudahkan.. tak sabar nak tengok version kali ni. Mesti comel!”

Di akhir perkongsian Wawa, dia berkongsi gambar scan babynya yang memberi senyuman. Moga proses kelahiran bayi keempat dipermudahkan dan selamat kedua-duanya. Amin

Kredit: IG Aeril Zafril & Wawa Zainal

**Nak dapatkan lampin bayi pada harga jimat dan berbaloi, terus klik link ini untuk membelinya.

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy