Walk in wardrobe biasanya kita boleh lihat ada di rumah mewah kerana ruangnya yang luas. Banyak kelebihan jika kita mempunyai ruangan ini untuk menyimpan semua pakaian sekeluarga kerana kita sudah tidak memerlukan almari dalam setiap bilik.

Jika berminat untuk mengadakan walk in wardrobe ni, kita perlu ‘korbankan’ sebuah bilik atau mana-mana ruang besar untuk dijadikan bilik pakaian.

Seorang ibu bekerjaya dengan empat orang anak, Atam Ayu via #kemasrumahwithhani berkongsi caranya mewujudkan bilik pakaian ini. Modalnya rak, penyangkut baju, bakul dan almari biasa. Paling penting, RAJIN perlu ada!

Artikel Lain: [DIY Rak Bertingkat Gantikan Stor. Barang Tak Bersepah, Rumah Jadi Kemas!]

Bilik Pakaian Kemas Tersusun, Suami & Anak Nak Cari Baju Pun Senang. Bolehlah Cuba!
Semuanya disusun rapi mengikut kategori pakaian

Bilik baju di rumah

Ads

Pernah share dalam ni.. kali ni share lagi.

Jenis rumah teres 4 bilik saiz rumah 20×70.

Bilik Pakaian Kemas Tersusun, Suami & Anak Nak Cari Baju Pun Senang. Bolehlah Cuba!
Segala jenis tuala dan sapu tangan juga disusun di satu ruang yang sama

Dalam bilik bilik lain takde almari pakaian..kecuali bilik utama ada drawer “inner”.

Ads

Bilik ni terapi buat saya..saya ibu bekerja 8-5, pengurusan baju dihujung minggu untuk proses melipat,mengemop,vacuum dan lap habuk.

Bilik Pakaian Kemas Tersusun, Suami & Anak Nak Cari Baju Pun Senang. Bolehlah Cuba!
Bagi memudahkan untuk mencari pakaian, buat tagging mengikut kategori

 

Habuk minima sahaja bukan takde tapi tak tebal sebab berkala membersihkannya. Hujung minggu buka tingkap bio masuk angin dan udara.. Alhamdullilah segar..

Ads

Artikel Lain: [DIY Bakul Beroda, Suami Boleh Buatkan Untuk Isteri. Senang, Tarik-Tarik Aje!]

Bilik Pakaian Kemas Tersusun, Suami & Anak Nak Cari Baju Pun Senang. Bolehlah Cuba!
Kain batik dan tshirt disusun sekali untuk lebih mudah
Bilik Pakaian Kemas Tersusun, Suami & Anak Nak Cari Baju Pun Senang. Bolehlah Cuba!
Kain pelekat juga sama

Bukan itu sahaja, bilik ini juga menjadi bilik menggosok pakaian. Lebih mudah kerana semua pakaian ada dalam bilik ini dan boleh terus digantung semula selepas digosok. 

Bilik Pakaian Kemas Tersusun, Suami & Anak Nak Cari Baju Pun Senang. Bolehlah Cuba!Ok sekian…dari ibu anak 4..

Cara ini sebenarnya memudahkan kita. Semua pakaian disusun dan diletakkan di bilik yang sama, jadi untuk mencarinya lebih mudah. Tambah pula apabila kita buatkan tagging, jadi mudah untuk suami dan anak-anak mencari pakaian mereka sendiri. Jika tidak mampu untuk buat ruangan sebesar ini, mungkin anda boleh bahagikan mengikut bilik. Sekurang-kurangnya tidak berterabur dan anda tahu di mana kedudukannya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI