Memang agak mencabar bagi memastikan bilik anak-anak sentiasa dalam keadaan kemas. Bila si ibu sudah siapkan rutin mengemas, nanti mesti bersepah semula. Sana sini permainan bertaburan. Bilik hanya kemas beberapa jam sahaja selepas dikemas. Pasti ramai antara ibu yang mengeluh.
Takkan nak halang, sedangkan bermain itu merupakan salah satu proses pembelajaran anak-anak. Jadi apa kata, didik anak anda untuk mengemas bilik mereka sendiri. Mesti ramai yang akan kata, dah puas membebel tak berkemas.
Bilik Tidur Sentiasa Kemas, Teratur
Sebenarnya, punca utama adalah didikkan kita. Jadi, untuk galakkan anak anda mengemas bilik mereka, ini perkara yang perlu anda lakukan:
Ini Tip Galak Anak Kemas Bilik Sendiri
1. Ajak anak kemas bersama
Wajibkan hujung minggu untuk aktiviti gotong royong mengemas bilik anak anda. Bila semua buat, baru lah aktiviti tu seronok. Maka secara tidak langsung, walaupun hari-hari lain bilik kelihatan bersepah, anak anda akan kemaskannya sendiri.
Ads
2. Sediakan bekas secukupnya
Langkah bijak untuk memudahkan barang anak anda tersimpan rapi adalah dengan menyediakan tong, baku, kotak atau sebagainya untuk memudahkan mereka menyimpan barang-barang yang telah digunakan. Disamping itu, bilik akan kelihatan kemas dan tersusun
3. Hadkan jumlah barang dalam bilik
Ads
Kanak-kanak tak perlukan perabot yang banyak perincian yang rumit. Termasuklah barang mainan mereka. Lebihkan ruang terbuka untuk untuk kanak-kanak lebih kreatif menghasilkan aktiviti mereka sendiri. Secara tidak langsung, teknik ini mampu mengurangkan kadar barang yang bersepah
4. Khususkan arahan
Ads
Selalu bila kita nak suruh si cilik mengemas barang permainan ini ayat akan digunakan “KEMAS BARANG ADIK”. Apa kata lepas ni kita lebih khususkan seperti ” KEMAS BARANG ADIK. MASUKKAN BALEK DALAM KOTAK. SUSUN ATAS RAK”. Barulah jelas arahan anda tu. Kalau setakat arahan rambang suruh kemas, mungkin bagi mereka apa yang telah mereka lakukan tu dah cukup kemas.
5. Pujian
Ini paling penting. Seperti yang disarankan oleh pakar-pakar, kerap memuji anak anda setiap kali mereka melakukan sesuatu yang baik. Jadi, selesai si adik mengemas, pujilah lah dengan benda-benda yang mereka suka. Cantik ke, bijak ke dan sebagainya. Bukan dengan memberi reward.
Melatih anak menjadi orang cemerlang dunia dan akhirat menjadi tanggungjawab ibu dan ayah. Makanya semua ibu ayah kena amalkan tips mendidik anak seperti dikongsi oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ini.
Anak adalah amanah dari Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap ibu ayah. Setiap anak lahirnya bersih dan suci. Anak membesar mengikut cara didikan dan bagaimana ibu ayah mencorakkan mereka.
Tidak ada seorang pun anak yang membesar dengan akhlak terpuji, bijak dan cemerlang tanpa bantuan dan didikan dari ibu bapanya. Maka ibu ayah perlu bijak memilih cara mendidik anak yang terbaik agar mereka tahu apa tujuan hidup mereka sebagai anak, hamba Allah dan khalifah di bumi ini.
Berikan pujian dan sanjungan membawa impak yang besar dalam jiwa anak.
2. Sebutkan hal-hal positif ketika bersama anak walaupun ketika menghadapi situasi negatif.
3. Mengawal emosi marah anak. Rasulullah juga menganjurkan para sahabat agar berwudhu’ untuk mengendalikan emosi kemarahan.
4. Merasai apa yang dirasai anak lebih mudah memahami perasaan anak-anak.
5. Didik anak sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah S.W.T selepas berusaha.
6. Berikan pendidikan agama yang baik kepada anak seawal usia hingga remaja kerana akan menjadi kayu pengukur kepada pembentukan peribadi anak apabila dewasa.
7. Tidak membezakan anak lelaki dan anak perempuan dalam urusan-urusan di dapur, kedua-dua mereka perlu tahu cara memasak, menghidang dan sebagainya.
8. Ajar anak untuk berkebun, menukang, membuat kerja-kerja berat di rumah supaya mereka dapat berdikari.
9. Sediakan persekitaran yang selamat bagi merangsang kemahiran dalam diri mereka dan beri sokongan dan galakan kepada anak.
10. Didik anak untuk solat di awal waktu kerana ini dapat mendisiplinkan anak dalam mengurus masanya sendiri.
11. Wujudkan suasana rumah yang sentiasa ingin menuntut ilmu contohnya membina perpustakaan mini dan sudut bacaan di ruang tamu rumah.
12. Ibu bapa hendaklah menunjukkan minat terhadap al-Quran dengan selalu membacanya di rumah di hadapan anak untuk menghidupkan suasana cintakan al-Quran di rumah.
13. Tanamkan dalam diri anak bahawa malaikat sentiasa ada di kiri dan kanan kita. Allah juga sentiasa mengawasi dan menjaga kita.
14. Ajak dan ajar anak untuk taat dalam kerelaan, bukan taat dalam paksaan.
15. Kenali kekuatan dan kelemahan anak serta bantu mereka menangani kelemahan itu.
16. Latih anak fokus untuk cemerlang di dunia demi bahagia di akhirat.
17. Saat anak sedang bersedih atau ditimpa masalah kita sebagai ibu bapa patut menjadi orang pertama untuk memberi mereka semangat dan kepercayaan pada mereka.
18. Jelaskan pada anak jika mahu dihormati orang lain, kita dahulu mesti belajar untuk menghormati orang lain.
19. Ibu bapa perlu mempunyai semangat yang kuat apabila menghadapi ujian supaya menjadi teladan yang baik buat anak.
20. Galakkan anak untuk tidak takut mencuba perkara baru dalam hidupnya yang mampu meningkatkan keberanian asalkan ia berlandaskan syariah Islam.
Semoga perkongsian tips didik anak daripada Ustazah Isfadiah yang terkenal sering berkongsi pelbagai tip keibubapaan Islamik ini boleh membantu semua ibu ayah mendidik anak masing-masing cemerlang dunia dan akhirat. Insya-Allah.
Kesibukan kita sebagai ibu bapa dalam masa yang sama terpaksa kerja dari rumah kadang-kadang membuatkan kita terlupa sepatutnya ada masa-masa yang kita perlu luangkan bersama anak-anak.
Ada masanya anak datang menganggu kita disaat kita sibuk dengan urusan bukan kerana dia sengaja ingin membuat kita bertambah stress tapi sebenarnya dia hanya perlukan 10 minit perhatian dari kita. Ikuti perkongsian ini.
Ibu-ibu perasan tak, dalam sehari tu akan ada 4 hingga 5 kali anak datang pada kita. Tiba-tiba je dia datang menyendeng kat kita. Tarik tangan lah, pegang muka kita suruh pandang dia lah.
Dia peluk kita, cium kita. Kadang kalau tangan tengah pegang mainan, dia bagi pada kita. Padahal tadi dia tengah sibuk main. Haaa, Inilah namanya ‘cuddle time’.
Saat-saat yang anak nak sangat kita bagi perhatian pada dia. Nak bermanja gedik-gedik dengan kita. Tapi tempoh bermanja ni tak lama pun. Paling lama pun setakat 10 minit je dia duduk lepak dengan kita.
Dah puas dapat apa dia nak, dia lari lah sibuk dengan aktiviti dia semula. Okay, ‘cuddle time’ anak-anak ni sebenarnya kan waktu yang paling efektif dan tepat untuk kita buat aktiviti yang positif untuk anak-anak. Sebab waktu ni dia tengah datang serah diri pada kita.
Dia nak sentuhan dan rangsangan daripada kita. Otak dia pun dalam keadaan yang relaks dan tenang. Jadinya, ‘cuddle time’ inilah waktu yang terbaik kita nak :
1) ajar anak bercakap 2) tegur salah anak 3) pesan perkara baik-baik atau nasihat pada anak
Otak anak yang tengah relaks ni jadi disebabkan oleh adanya gelombang alpha. Gelombang alpha yang buatkan otak anak clear dari sebarang kekusutan, bantu untuk create creativity anak dan sediakan otak anak untuk terima sesuatu yang positif.
Otak anak memang tengah fokus waktu ni. Jadinya, ibu dan ayah jangan lepaskan peluang ni untuk beritahu atau ajar anak sesuatu yang baik. Tinggalkan sekejap kerja yang kita buat. Jauhkan dulu gadget yang tengah kita sibukkan.
Untuk anak yang masih dalam training bercakap, yang tengah kumpul kosa kata (vocabulary) dalam kamus otak dia, gunakan ‘cuddle time’ ini dengan sebaiknya. Macam zaty beritahu sebelum ni, kita gunakan teknik conversation atau storytelling. Sambil-sambil peluk dan cium anak tu, sambil kita bersembang dengan dia.
Fayyadh PENAT ke ni? Fayyadh PENAT buat apa tadi? Fayyadh PENAT main apa tu?
Cuba cerita kat ummi kenapa Fayyadh PENAT. Fayyadh rehat kat ummi ye bagi hilang PENAT.
Dan macam biasa, no respons melainkan dok tunjuk muka manja dia. But its ok, otak dia tengah serap apa yang kita bualkan tadi.
Untuk anak-anak yang dah faham keadaan, dah pandai bercakap dan faham apa kita cakap, ‘cuddle time’ inilah masa yang palingggg bagus nak tegur salah anak-anak atau nak pesan perkara yang baik-baik.
Kalau tadi anak ada buat silap, kita buang rasa ‘hangin’ dan marah kita, peluk dia dan tegur secara lembut dan penuh kasih sayang.
“Kenapa tadi abang mengamuk sampai baling mainan abang? Abang tak takut ke kalau mainan tu rosak? Kalau dah rosak nanti tak boleh main dah. Ummi tak beli mainan baru dah tau kat abang.
Kalau abang nak apa-apa, abang cakap elok-elok dengan ummi. Kalau ummi kata tunggu sekejap, abang sabar lah sikit. Tunggu ummi siapkan kerja ummi dulu. Lepastu ummi layanlah abang main. Abang kan anak soleh. Sayang ummi, sayang abi. Abang suka kan dengar cakap ummi.”
Atau nak pesan, nasihat anak kita :
“Abang, ingat tau. Nanti kalau kita pergi mall, ummi tak beli mainan abang. Kita pergi jalan-jalan je. Mainan abang kan dah banyak kat rumah. Yang dekat mall tu mainan orang lain punya. Bukan abang punya.”
Cuma satu yang perlu kita ingat, penerimaan anak-anak pada apa yang kita cakap dan ajar tak semestinya berkesan waktu tu juga. Masih tetap bergantung pada tahap kematangan dan perkembangan otak anak.
Jarang sangat bila sekali cakap anak dah terus boleh ingat atau behave. Biasanya mungkin 10 kali cakap benda yang sama. Ada yang perlukan beratus kali peringatan baru boleh lekat kat otak dia. Bergantung.
Yang penting kita ibu dan ayah jangan cepat mengalah untuk ajar dan terus didik anak-anak. Berpesan-pesan kita dengan kesabaran pada perkara kebaikan. Lagi-lagi pada anak sendiri.
Alangkan kita pun banyak kali diingatkan supaya solat di awal waktu, yang dituntut sangat-sangat dalam Islam. Pun banyaknya tak buat. Ni kan budak, pesan sekali terus amal. Jawapannya memang tak lah kan?
Sabar dan buat, buat, buat je. Jalan terus, jalan lurus.
Kredit : Ezzaty Suffian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai manusia biasa, saya juga pernah rasa letih, penat, sedih dan hilang sabar. Bila geram sangat saya terlepas tinggi suara dekat anak-anak dan mereka pun nangis, bermasam muka dan merajuk. Masa tu rasa menyesal, dan rasa sangat terkilan. Cepat-cepat peluk cium anak dan minta maaf dekat mereka.
Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Ada beberapa waktu sukar yang perlu kita lalui supaya kita dapat kembali mengingati Allah.
Anak-anak ini amanah Allah, tahanlah kesabaran, boleh jadi tangan halus dan kecil itu akan memimpin kita ke Syurga nanti, insyaAllah.
So, how to fix this? ❤️ By changing ourselves. ❤️ By fixing our relationship with our own children. ❤️ By having more bonding with them.
Anak-anak kita tak selama-lamanya kanak-kanak. Satu hari nanti mereka akan membesar menjadi seorang yang dewasa dan mempunyai perwatakan dan personaliti berbeza dengan mereka hari ini.
Hargailah mereka sepanjang detik yang mereka ada bersama kita. Kerana mereka hari ini bukan mereka yang sama untuk 10, 20 tahun akan datang. Sabarlah ibu ayah, tak selamanya mereka begini, satu hari nanti kita juga harus lepaskan mereka juga dan tiada lagi bangun tidur nampak gelagat melompat keriangan mereka.
Berkaca pula mata tulis ni. Betapa banyak kekhilafan dan kadang-kala mengabaikan mereka. Anak adalah anugerah terindah. Bersyukurlah kepada Allah, bukan semua dikurniakan anugerah terindah ini. Ada beberapa sahabat yang terus menanti dikurniakan zuriat. Sama-sama kita doakan semoga Allah permudahkan urusan mereka dan dianugerahkan juga cahaya mata.
Kita yang telah diberi anugerah ini, tunaikan amanat yang diberikan sebaik-baiknya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Chin up, mothers. You are doing great.
InsyaAllah esok kita ubah lagi, jadi lebih baik lagi dari hari ini. Aamiin.
Dipersilakan share semoga Allah memberkati segala usaha kita mendidik amanah Allah iaitu anak-anak kita yang sedang membesar ini.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.
Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.