Majlis aqiqah serta kenduri kesyukuran Gia Quinn Mckienzie dan William Daud Mckienzie yang merupakan anak kepada pelakon Lana Nodin diadakan dengan meriah.

Menerusi entri di Instagram, Lana telah berkongsi foto-foto ‘live update’ di sekitar majlis terbabit.Billy Dah Semakin Sihat. Lana Dan Suami Buat Majlis Aqiqah Dan Kesyukuran Untuk Anak-Anak

Bukan sahaja Lana, tetapi suaminya David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhammad Daud turut mengenakan baju rona sedondon dengan anak mereka.

Majlis serba lancar itu turut dimeriahkan lagi dengan hiasan pelamin untuk bayi yang diraikan.

Billy Dah Semakin Sihat. Lana Dan Suami Buat Majlis Aqiqah Dan Kesyukuran Untuk Anak-Anak

Ads

Ia turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat mereka.

Rata-rata memuji kecantikan Lana dan mereka turut mendoakan agar anak-anaknya dapat membesar dengan sihat.

Billy Dah Semakin Sihat. Lana Dan Suami Buat Majlis Aqiqah Dan Kesyukuran Untuk Anak-Anak

Ads

Billy semakin sihat dan aktif

Sebelum ini, Lana ada berkongsi yang anak keduanya mengalami masalah jantung dan telah berjaya melalui pembedahan.

Ads

Lana cukup berterima kasih dan terharu atas doa orang ramai kerana mendoakan kesihatan anaknya. Sekarang Billy pun dah semakin sihat dan ceria.

Billy Dah Semakin Sihat. Lana Dan Suami Buat Majlis Aqiqah Dan Kesyukuran Untuk Anak-Anak

Lana dan David mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Gia Quinn Mckinzie dan William Daud Mckienzie.

Sumber: ig Lana Nodin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI