Tekanan yang membelenggu ditambah dengan kerja dan tanggungjawab saban hari membuatkan ibu hamil sering mengalami sakit kepala yang terlampau. Malah ada juga yang mengalami migrain. Pun begitu, larangan mengambil ubat untuk meredakan sakit kepala ini semakin membuatkan ibu hamil merasa tertekan.
Pun begitu, menurut Dr Maiza Tusimin, Consultant Obstetrician & Gynecologists, Fertility Specialist daripada Prince Court Medical Centre menjelaskan mengenai hal ini agar ibu hamil tidak merasa lebih tertekan ketika sakit kepala.
Paracetamol atau lebih dikenali sebagai Panadol atau Uphamol adalah antara ubat yang dikategorikan sebagai selamat untuk wanita hamil, jika diambil dalam dos yang terkawal.
Food Drug Administration (FDA) mengklasifikasikan paracetamol tergolong dalam ubat kategori kehamilan A iaitu ubat yang paling selamat untuk ibu hamil yang tidak memberikan kesan buruk kepada janin dan ibu hamil itu sendiri.
Indikasi penggunaan Paracetamol adalah sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipiretik (pengurang demam). Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis dan senggugut.
Paracetamol adalah selamat dan berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam sekiranya diambil dalam kuantiti seperti yang disyorkan. Dos maksima yang disarankan adalah 4 gram sehari iaitu dengan pengambilan 500mg -1 gram setiap 6 jam sehari.
Ads
Walaupun Paracetamol selamat digunakan oleh ibu hamil untuk tujuan pengubatan kendiri, namun ibu harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya suhu badan mencecah 38 darjah celsius. Ini adalah kerana ibu hamil terdedah kepada risiko penyakit yag lebih teruk berbanding wanita yang tidak hamil.
Sekiranya sakit kepala juga berlanjutan setelah mengambil paracetamol, ibu juga harus segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri sakita kepala disebabkan oleh penyakit lain yang lebih serius seperti preeklamsia.
Kesan Sampingan
Paracetamol adalah ubat yang selamat jika diambil dalam dos yang disyorkan. Pastikan anda tidak mengambil lebih dari satu persediaan yang mengandungi paracetamol pada satu-satu masa. Periksa label ubat yang diambil bagi mengelakkan anda mengambil dos yang berlebihan.
Kebanyakan pesakit yang mengambil paracetamol tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Walaubagaimanapun, pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan kerosakan hati.
Ads
Ibu perlu segera berjumpa doktor sekiranya mengalami gejala kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, air kencing berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau. Rawatan awal adalah penting bagi mengelakkan kerosakan kekal pada hati.
Kejadian alahan juga jarang berlaku dengan pengambilan paracetamol. Antara gejala alahan adalah seperti seperti gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas.
Kesan kepada bayi
Satu kajian kohort yang di laporkan di International Journal of Epidemiology ke atas 48,631 orang kanak-kanak yang mana ibu telah mengambil paracetamol secara berterusan selama 28 hari atau lebih, mendapati bahawa kanak-kanak ini mengalami sedikit masalah perkembangan dan perangai pada usia tiga tahun.
Walaupun paracetamol selamat dikonsum ketika hamil, tetapi perlu diambil pada dos yang ditetapkan dan hanya dikonsum apabila perlu dan pada jangkamasa yang tidak terlalu lama. Ibu disarankan untuk berjumpa doktor sekiranya demam atau sakit kepala berlarutan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kelahiran bayi baru pastinya menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan. Seperti juga pelakon Saharul Ridzwan dan isteri tercinta Qaabila Deena Amir yang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Dalam hantaran terbaru sang suami di akaun Instagram miliknya, Pelakon Korban Kasih ini ada berkongsi perkembangan terkini aktiviti dia dan isteri.
Dalam entrinya itu, Saharul berkongsi beberapa surah pilihan yang mungkin menjadi amalannya. Menurut bintang yang mula dikenali sejak menjadi finalis Hero Remaja, apa yang dikongsikan itu adalah persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir.
“Persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir. InShaaAllah,” kongsinya di Instagram.
Posting tersebut mendapat reaksi yang baik daripada peminat dan pengikutnya. Ramai yang turut berkongsi posting tersebut untuk kenalan dan pasangan masing-masing.
Selain itu, tak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan bersalin Deena Amir dipermudahkan.
Saharul dan Deena Amir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Luth Ali yang kini sudah berusia 3 tahun lebih.
Dalam posting yang lain, dilihat Saharul dan Deena sudah tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata mereka yang kedua.
Deena Amir kini sedang sarat hamil anak kedua dan menunggu detik untuk melahirkan. Didoakan semoga urusan bersalin Deena dipermudahkan. Ibu dan bayi sihat dan selamat. Amin!
Menabung memang baik untuk masa depan terutamanya pasangan yang bakal menyambut cahaya mata untuk membeli keperluan bayi dan juga membayar bil hospital. Apa yang dilakukan oleh wanita ini boleh memberikan inspirasi kepada pasangan yang lain.
Puan Wany Zabry melalui perkongsiannya menyatakan tabungan ini dimulakan sejak enam bulan lalu. Kini pada minggu ke-38 kehamilan, jumlah terkumpul ialah RM13, 600. Tip yang dikongsikan ini diharapkan dapat memberikan idea kepada bakal ibu bapa yang lain.
DARI KECIL SUKA MENABUNG
Yes yes! Menabung! I orang paling gila menabung dari kecik lg rasanya tak duit syiling 20sen duit syiling 50sen!
PERNAH BUAT TABUNGAN LAIN SEBELUM INI & BERJAYA
For those nak tahu apa Wany aim semua Wany buat tabung, contohnya;
Bayar muka kereta
Down payment rumah
Buka kedai pagi daisy
Travel
Shopping (barang-barang branded sikit) (apa yang Wany aim dah cukup barulah Wany realisasikan so that tak payah semua benda hentam loan or kita akan rasa tak terbeban dengan banyak benda).
Since sedar diri business ada up and down,so kena ada perasaan boleh ke tak ke boleh ?? YES!!! BOLEH! (Ikut kemampuan)
MULAKAN TABUNGAN SEJAK DARI TAHU HAMIL
And now for my baby, day 1 Wany tahu Wany preggy,wany buat tabung rm50 per day,tak campur dgn duit tabung business. Kadang-kadang daddy masukkan tapi dalam hati berkobar-kobar jangan skip menabung sebab nak tengok result!
GUNA BEKAS KECIL & SUMBAT SAMPAI PADAT
Alhamdulillah hari ini keluarkan dari vase pineapple kecil comel tu tak sangka banyak juga! Sumbat-sumbat sampai padat sebab kalau bekas besar dan nampak mesti sibuk nak gunakan untuk banyak benda!
SEBELUM HAMIL PUN DAH SAVING SIKIT-SIKIT
Before dapat baby pun dah simpan sikit-sikit tapi we all decide guna untuk beli barang baby and untuk bersalin di hospital swasta (mudah-mudahan ada rezeki kalau government pun tak kisah janji selamat).
Menabung pun ajar diri jadi disiplin and sabar. Harap anak mommy nanti pandai menabung, sikit sikit pun takpe janji ada nampak hasil. Agak-agak berapa total menabung selama almost 6-7bulan ni?
TOTAL MENABUNG 6 BULAN (RM13, 600) OMG mommy you did it!
‘Maternity shoot’ trend pasangan bakal ibu bapa merakamkan gambar-gambar dan juga video. Ia seakan menjadi perkara ‘wajib’ dilakukan terutama ketika menyambut kehamilan bayi sulung.
Mungkin ada di kalangan ibu bapa yang berhajat untuk mengadakan ‘maternity shoot’ tapi masih belum mempunyai idea dan konsep. Apa kata anda cuba ‘tiru’ idea pengacara dan juga pelakon, Uyaina Arshad dan suaminya, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah.
Mama & Papa Yang Teringin Nak Buat ‘Maternity Shoot’
Ketika Uyaina hamil anak sulung kira-kira setahun yang lalu, pasangan ini tidak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan detik-detik indah itu. Uyaina ada berkongsi momen-momen indah sepanjang proses ‘maternity shoot.’
Boleh Tiru Idea Uyaina Arshad
Jom kita layan gambar-gambar comel Uyaina ketika merakamkan gambar ‘maternity shoot’
Sudah dapat idea? Bolehlah nanti bincang bersama pasangan masing-masing ya!
Untuk rekod, Uyaina membina mahligai bahagia bersama Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Pasangan selebriti ini berkenalan pada 2019 melalui program terbitan Astro. Uyaina melahirkan anak sulung pada 8 September 2022. Bayi lelaki yang dilahirkan secara pembedahan itu diberi nama Raja Urhan Raja Syahiran.
Dikurniakan rezeki usia yang panjang, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencipta sejarah apabila membuka semula kapsul masa yang dikenali sebagai Kapsul Masa...