Orang akan tengok perwatakan isteri melalui suaminya. Jika elok, maka tempiasnya akan dapat pada suami. Jika tak elok, persepsi negatif itu terpalit pada pasangan. Bukan mudah nak harungi hidup rumah tangga. Pasti ada pasang surutnya.
Bila hidup berdua, suami dan isteri kena main peranan. Nikmat rumah tangga bukan sejauh mana kita bagi mampu beri wang tetapi keberkatan itu bermula dari keredaan pasangan masing-masing.
Melalui apa yang dikongsikan oleh seorang suami, Muhammad Hassan, masalah rumah tangga ini sentiasa ada. Dari sekecil-kecil masalah hingga sebesar-besarnya jika pandai tanganinya dengan baik dan sentiasa bertolak ansur, semua lebih mudah.
Boleh dikatakan setiap hari saya menerima WhatsApp masalah yang sama. Tidak terkecuali ada juga yang WhatsApp isteri saya bercerita tentang keretakan rumah tangga.
Ads
Bila saya baca dan dengar masalah rumah tangga orang lain. Saya termenung muhasabah diri. Sejauh mana telah saya berikan yang terbaik buat isteri dan anak.
Wife saya kata. Jika nak hidup bahagia jaga hati isteri, jangan tipu isteri, jangan khianati isteri. Isteri ini amanah Allah. Amanah dari mak ayah yang dipindahkan kepada suami.
Ads
Suami bertanggungjawab bimbing isteri dan anak kenal Allah. Suami ini kena ada sifat penyayang dan prihatin.
Ads
Isteri ini dia hamba Allah yang perlu bimbingan, perlu didikan, perlu teguran, perlu kasih sayang, perlu perhatian. Jika bukan suami siapa lagi nak bimbing isteri masuk syurga. Jika bukan suami siapa lagi tempat nak meluah rasa dan kasih sayang.
Saya ucap terima kasih kepada isteri. Segalanya sempurna buat hati saya. Buat hati saya tenang dan bahagia. Bahagia bukan kat mata melihat kecantikan isteri,bahagia bukan melihat kekayaan tersergam depan mata. Bahagia apabila dalam jiwa kita ada sifat sayangkan isteri dan anak-anak lebih dari diri kita.
Rumah tangga bahagia ini sangat mahal. Hargai. Jangan sikit pun bagi ruang untuk fitnah masuk dalam rumahtangga kita.
Setiap ibu bapa pasti merindui saat-saat anaknya masih kecil. Zaman di mana anak-anak lincah bermain, gelak ketawa tapi memikirkan betapa penatnya saat itu pasti ramai yang tidak sabar menanti si kecil cepat membesar agar berkurang beban yang digalas.
Namun apabila si anak menganjak dewasa, ibu bapa pula seakan menyekat agar si anak sentiasa menjadi anak kecil yang masih dalam pelukan mereka. Sungguh..rindu saat mereka masih mahu memeluk kita, mereka masih tidur dalam dakapan kita.
Hanya gambar, video saat mereka kecil menjadi tatapan setiap hari. Untuk mengubat rindu melihat telatah mereka membesar.
Pendeknyaa Saat Membesarkan Anak-Anak
Dan Sekarang Bila Mak Buka Pintu Bilik Anak-Anak…
Dulu Selalu Jerit, Suruh Anak-Anak Buka Dan Tutup Pintu
Kredit : LNH_15
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menangis di tengah malam itu mungkin sesuatu yang biasa buat sesetengah pasangan. Memang ada macam-macam faktor yang menyebabkan bayi menangis pada waktu malam. Antaranya mungkin mereka lapar, demam, kolik dan sebagainya. Namun kadang papa mama buntu bila si kecil menangis bagaikan tiada berkesudahan.
Perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad ketika beliau on call di pusat kesihatan yang beroperasi 24 jam memperkatakan tentang faktor-faktor yang mungkin menyebabkan si kecil anda menangis di tengah malam.
Saya on call pada malam itu di sebuah pusat kesihatan yang beroperasi 24 jam. Saya sempat memejamkan mata selama dua jam sebelum bilik rehat doktor diketuk.
“Doktor, ada pesakit sedang didaftarkan” suara staff yang mengejutkan saya.
Saya memandang ke jam di tangan. Waktu sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi. Saya menggeliat dan membasuh muka.
“Doktor, baby saya ni tak berhenti menangis sejak 1.00 pagi tadi. Saya tak tahu nak buat apa. Cuba doktor tolong periksa”
Saya perhatikan bayi itu yang berada di pelukan ibunya. Bayi itu seolah-olah tersenyum melihat saya. Agaknya geli hati melihat saya seakan-akan mamai bila dikejutkan di awal pagi.
“Tapi dia diam sekarang ni…” saya cuba mencari penjelasan. Belum ayat saya habis, suara hebat meletup.
“Ya Allah! Doktor ingat saya ni bohong ke?!” Bentak suaminya yang barangkali kepenatan dan mengantuk tidak dapat tidur semalaman.
“Sabar ya, saya pun tak cukup tidur dan penat. Saya hanya bertanya untuk kepastian, bukan tuduh sesiapa bohong. Saya lihat anak awak ni senyap saja. Itu yang saya agak pelik”
“Kami pun pelik. Dah tiga jam dia meraung di rumah. Bila sampai sini, dia terus diam” terang isterinya.
Saya senyum melihat gelagat ibu bapa muda itu. Mereka dan saya sama-sama penat, mengantuk dan berasa pelik. Ya, saya amat pelik, apabila bayi yang dikatakan menjerit melolong di rumah tiba-tiba diam bilik sampai ke pusat kesihatan.
Mungkin aircond yang menyamankan, mungkin dia seronok melihat saya yang berwajah lucu bila bangun tidur atau mungkin bayi itu telah penat menjerit sepanjang malam. Ini bukan pertama kali saya menerima bayi yang menangis di tengah malam, bila sampai ke pusat kesihatan, bayi itu senyap dan selesa dipelukan ibunya.
Fenomena bayi yang menangis di tengah malam sebegini kadang kala diterjemahkan dengan pelbagai terjemahan. Ada yang percayai bayi mereka di ‘usik’ oleh makhluk halus. Yang lebih hairan, kalau minda mereka sudah ’dicetak’ dengan pemikiran begitu, mengapa harus dibawa ke perubatan moden pula.
Apakah agaknya punca anak menangis di waktu malam? Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang sebenarnya bayi ini mahu? Apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan mereka menangis? Banyak alasan mengapa mereka menangis. Pakar psychology kanak-kanak memberitahu bahawa bayi sebenarnya cuba berkomunikasi dengan ibu bapanya. Ayat yang mereka gunakan ialah tangisan yang lebih menarik perhatian ibubapa.
Antara sebab mereka menangis di waktu malam kerana MEREKA LAPAR. Bayi yang berumur kurang dari setahun terutamanya kurang dari enam bulan kerap mereka lapar dan perlu disusukan. Ini disebabkan perut mereka yang kecil. Mereka menyusu dengan sedikit tetapi kerap. Mereka harus disusukan setiap 4-6 jam.
Ramai ibubapa yang tidak menyangka bahawa bayi mereka mempunyai perasaan. Bayi bukannya seperi pokok bunga yang hidup tanpa perasaan. Mereka adalah makhluk yang hidup dan berperasaan. Pembentukan emosi mereka di peringkat baru dan sedang dibentuk. Mereka sebenarnya MAHU DIMANJAI. Ibu bapa haruslah mendodoi mereka dan jangan biarkan mereka baring dan disusukan begitu.
Walaupun disusukan dengan susu formula menggunakan botol, namun dakapan ketika menyusukan bayi amat bernilai dari segi psikologi dan pembentukan mental mereka. Mereka akan rasa lebih disayangi dan selamat. Jadi sebelum bayi kita menjerit di tengah malam, pastikan kita memberikan sedikit masa untuk mendakap mereka dan mendodoikan mereka. Apabila bayi sudah menjerit, tidak banyak yang boleh dilakukan lagi untuk meredakan tangisannya.
Pastikan bayi anda tidak tidur sepanjang waktu siang. Ada bayi yang di waktu siang akan rehat dan tidur, sementara di waktu malamnya pula MASIH BERTENAGA. Mereka masih mahu bermain sedangkan ibu bapa pula sudah kepenatan kerana bekerja sepanjang hari di tempat kerja.
Untuk membaiki keadaan ini, beritahu pengasuh bayi kita supaya tidak membiarkan mereka terus tidur sepanjang waktu siang. Kalau ada kesempatan, bermain dan bercakap-cakap dengan bayi akan membuatkan mereka letih di sebelah petang. Gelapkan atau suramkan lampu di bilik mereka. Ini akan membuatkan otak mereka tidak berfikir secara aktif. Ramai ibubapa yang berasa tidak selamat membiarkan bayi mereka tidur dalam cahaya yang suram.
Sebenarnya ia adalah selamat selagi kita memastikan tiada barang-barang atau selimut yang boleh menyebabkan mereka susah bernafas. Bayi selalunya akan menangis jika mereka bermasalah dan perlukan perhatian. Lampu yang terang menyebabkan mereka aktif bermain sendirian.
Ramai yang tidak percaya jika saya memberitahu bahawa bayi mereka menangis kerana MEREKA KEPENATAN. Lebih mudah untuk memberitahu bahawa bayi mereka diganggu makhluk halus. Ibu bapa sering menganggap bayi mereka ibarat patung ’babydoll’ yang tidak boleh berasa penat. Bayangkan kalau sepanjang hari ibu bapa bermusafir dari Alor Star ke Johor Bahru dengan berkereta. Jika posisi bayi tidak berubah, tentu otot-otot mereka berasa lenguh. Jika bayi berumur 6 bulan ke atas, mereka boleh diurut perlahan-lahan dengan teknik yang betul. Ini akan menyebabkan bayi akan berasa selesa dan mudah untuk tidur
Bilik tidur yang gelap sememang membantu untuk otak bayi “turn off”. Walaupun kepenatan, bayi tidak mampu untuk lena jika keadaan bilik mereka terang benderang. Otak mereka akan sentiasa “standby”, dan akan “turn on” bila-bila masa jika ada rangsangan seperti bunyi angin atau bunyi air yang menitik. Perkara yang sama berlaku pada orang dewasa yang tidak dapat lena.
Saya percaya ramai ibubapa yang keliru dengan jeritan bayi. Apabila mereka dikejutkan dari tidur oleh suara teriakan bayi, mereka terus ke dapur dan membuatkan susu untuk bayi mereka. Tanpa menyedari apa yang berlaku, mereka menyumbatkan mulut anak mereka dengan puting botol susu
Seharusnya ibu bapa haruslah perhatikan persekitaran bayi.
SUHU BILIK di mana kita letakkan bayi juga haruslah diberikan perhatian. Jika suhu bilik terlalu sejuk atau terlalu panas, tentu ianya tidak selesa pada bayi. Bayi mungkin akan berpeluh dan menambahkan ketidakselesaan. Pasangkanlah kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana. Tujuannya agar udara di bilik itu bergerak dan perudaraannya baik. Tidak perlu meletakkan bayi di sebelah kipas kerana apabila bayi terkena udara secara langsung, bayi itu mungkin lebih tidak selesa.
Perhatikan juga LAMPIN BAYI yang mungkin basah dan kotor. Jika lampin tidak ditukarkan, ia kan memberikan kesan kegatalan pada kulit dan menyebabkan bayi akan tidak selesa. Mereka menjerit minta ditukarkan lampin yang basah dan kotor.
Ahli psikologi kanak-kanak juga mengandaikan bayi juga mempunyai mood perasaan. Adakalanya bayi menjadi cerewet dan mudah meradang. Malah mereka mungkin berasa ceria dan mempunyai MOOD YANG BAIK. Ini semua boleh dirangsangkan apabila ibubapa berkomunikasi dengan bayi dengan baik. Bercakap, bercerita, berlawak dengan bayi akan meningkatkan mood mereka. Jika mereka dibiarkan tanpa komunikasi dan interaksi, mood bayi tidak diceriakan dan bayi akan mudah marah dan menangis.
Walau bagaimanapun, MOOD IBU BAPA juga mempengaruhi mood bayi mereka. Ahli psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa ibu yang marah, kecewa, sugul, penat dan murung selalunya bayi akan menangis sekuat hati. Selain itu bayi juga akan menangis lebih lama. Begitu juga ibu mereka mempunyai masalah dengan suami atau terasa diabaikan.
Jadi sebelum bergegas membawa bayi kita ditengah malam berjumpa doktor, elok juga jika kita mempelajari dan mempraktikkan apa yang kita ketahui. Namun punca-punca bayi menangis tadi haruslah dibezakan dengan dua punca yang lain, iaitu COLIC dan demam. Punca-punca ini lebih serius dan memerlukan perhatian, dan harus dibawa berjumpa doktor.
Colic adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan bayi yang menangis di tahap melampau. Ia selalunya bermula dari umur dua minggu hingga 4 bulan. Namun ada bayi yang masih lagi menangis walaupun berumur lebih empat bulan.Mereka menangis sepanjang petang dan kadang kala berlarutan ke malam.
Colic disebabkan oleh pengecutan otot usus menyebabkan rasa senak dan memulas-mulas selepas menyusu bayi. Pakar Pediatrik memberikan teori bahawa ianya disebabkan susu yang tidak dapat dihadamkan. Susu yang tidak dihadamkan menghasilkan lebih banyak gas. Setengah bayi mempunyai alahan pada susu lembu dan kambing. Perut mereka menjadi kembung. Gas yang berada dalam usus tidak dapat menyerap dalam badan, ia harus dikeluarkan. Otot usus mengecut semaksima mungkin agar gas ini dapat dikeluarkan samada sebagai muntah atau kentut/ceret beret.
Banyak ubat yang boleh didapati di farmasi yang membantu mengurangkan colic pada bayi. Antaranya ialah gripe water dan colimix. Namun haruslah bertanyakan kepada farmasi yang bertauliah atau doktor tentang masalah bayi anda sebelum memberikan apa-apa ubat kepadanya. Mengurut dan mengusap bayi dengan teknik yang betul mampu melegakan bayi.
Caranya ialah dengan melakukan pergerakan yang berulang-ulang aksi seolah-olah bayi sedang menunggang basikal. Kaki mereka berada di udara dan ‘mengayuh’ dalam keadaan telentang. Pergerakan pasif yang dilakukan oleh ibu bapa mereka sangat membantu bayi merasakan kelegaan.
Mengusap dengan lembut perut bayi akan mengurangkan rasa tidak selesa. Bayi ditiarapkan dan diusap dari belakang terutama kaki dan bahunya. Urutan yang lembut sebegini tidak menggunakan minyak panas, hanya sekadar minyak ’baby oil’ yang melicinkan pergerakan tangan ketika mengurut.
Saya amat mencadangkan ibubapa membeli termometer yang ringkas agar dapat mengukur suhu badan bayi. Ianya akan membantu ibu bapa mengetahui sama ada bayi mereka sedang demam atau tidak. Bayi yang demam adalah antara masalah yang serius dan harus dibawa berjumpa doctor. Demam yang tinggi dan berlarutan boleh memberikan kesan buruk pada bayi.
Jadi perhatikan keadaan bayi sebelum kita membawanya ke pusat kesihatan. Adakalanya bayi akan diam dengan sendirinya tanpa perlu memakan apa-apa ubat.
Kasih sayang ibu dan ayah terhadap anak-anak tiada batasannya. Bahkan kita sanggup berkorban apa sahaja demi mereka. Untuk kemudahan dan kesenangan anak-anak, apa saja sanggup ibu ayah gadaikan.
Untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap anak-anak, ciumlah empat bahagian dan sentuh lembutlah lima spot ini pada anak. Tip ini dikongsikan oleh Dato’ Dr Hj Abdul Basit Abdul Rahman, yang merupakan seorang penceramah bebas di akaun Facebooknya.
Empat tempat bapa dan ibu kena cium anaknya setiap hari dan lima tempat sentuhan atau digosoknya.
Mengikut saranan doktor psikologi terhadap ibu bapa, terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak. Ianya hendaklah dilakukan setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita.
1. Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya’Allah.
2. Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.
3. Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak.
4. Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.
Perhatian: Ciuman dimulut hanya khas untuk isteri sahaja.
1. Menggosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.
2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
3. Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.
4. Keempat kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
5. Memegang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.
Tambahan: Gosok di dada ketika perlu.
Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.
Wallahu a’lam.
Cara ini akan memberitahu anak-anak secara semula jadi yang ibu ayahnya sayang pada mereka. Mudah sahaja tanpa perlu keluar modal. Titipkan juga doa yang baik-baik untuk kesejahteraan anak-anak yang dikasihi semasa mencium dan menyentuh anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!