“Bimbinglah Anak Perempuan ‘Mahalkan’ Harga Diri.” Pesanan ‘Deep’ Bapa Ini, Memang Betul!

Share

Bukan mudah bila ada anak perempuan. Banyak perkara yang kita fikirkan. Paling merisaukan apabila mereka sudah menginjak ke usia remaja. Pada waktu itu adalah menjadi kebiasaan anak-anak akan mempunyai rasa untuk mencuba banyak perkara baru.

Tambahan pula, bila dah semakin besar anak-anak akan merasakan mereka sudah bijak untuk membezakan antara yang baik dan buruk. Pun begitu, kena juga kita sentiasa memantau mereka. Takut tersilap buat pilihan.

Anak lelaki atau anak perempuan kedua-duanya sama. Kita ada kerisauan biarpun faktornya berbeza. Namun dalam membesarkan ‘anak dara’, mungkin kebimbangan kita lebih banyak.

Menurut penulisan dari Dr. Ahmad Luqman Bukhari, kita sebagai ibu ayah perlu membimbing anak perempuan untuk ‘mahalkan’ harga dirinya.

Macam mana tu? Ikuti penjelasan lanjut dari doktor ini;

Kredit foto: Facebook Dr. Ahmad Luqman Bukhari

Baca Juga:

“Buat Burger Ke Dik?”. Achey Kongsi Video Kelakar Tiara Bersihkan Meja, Bukan Main Rajin!

Cute Cailie! Pakai Gaun Putih Sambut Birthday, Muka Comel Anak Ikmal Amry Dipuji Ramai

Nak Tidur Tapi Ayah Berdengkur, Lucu Tengok Muka Baby Ni Tak Puas Hati. Comel Betul!

Bimbinglah anak perempuan kita untuk ‘mahalkan’ harga dirinya.

1. Ceritakan pada anak perempuan kita tentang kasih sayang Pencipta kepada mereka supaya mereka tak mudah tertipu dengan cinta manusia.

2. Didik anak perempuan kita untuk jadikan Al Quran sebagai teman rapat dan rujukan dia sepanjang hayat.

3. Ajarkan anak perempuan kita supaya dia merasa cantik dan berharga daripada dalaman dan bukan cantik luaran semata mata.

4. Beritahu anak perempuan kita tentang batasan aurat mereka dan juga aurat orang lain.

Kredit foto: Facebook Dr. Ahmad Luqman Bukhari

5. Bimbing anak perempuan kita untuk dia mengenal siapa mahram dan siapa yang bukan mahram bagi dirinya.

6. Ingatkan anak kita selalu agar dia pandai menjaga lisan dan hati kerana kebaikan adab dan hati itu adalah kecantikan hebat yang berkekalan.

Kredit foto: Facebook Dr. Ahmad Luqman Bukhari

7. Pesan pada anak perempuan kita tentang pentingnya sifat malu sebab sifat malu itu yang akan menjadi benteng pertahanan maruah & harga diri mereka.

Nak didik anak perempuan, tak boleh berkeras sangat. Jiwa mereka ni sensitif dan manja. Banyakkanlah nasihat dengan hikmah & kasih sayang.

Umpama nak luruskan tulang rusuk yang bengkok. Jangan terlalu memaksa, takut nanti mereka retak & patah.

#notaDrALB

Semoga dengan perkongsian dari Dr. Luqman ini sedikit-sebanyak dapat membantu kita mendidik dan membesarkan anak perempuan kesayangan. Dengan didikan yang betul, mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan anak perempuan yang kita sayangi dapat menjaga diri mereka dan membanggakan kita sebagai orang tua mereka. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Emy H