Bingka Pandan, Nak Buatnya Terpaling Mudah & Confirm Jadi!
Tentu ada antara kita membayangkan betapa renyah dan susahnya untuk menyediakan kuih tradisi. Jadi ambil jalan mudah untuk tidak mencuba menyediakan menu tersebut untuk dinikmati bersama keluarga tercinta.
Namun hakikatnya ada sahaja kuih Melayu yang cukup mudah disediakan seperti kuih bingka pandan yang dikongsikan oleh Humairah Al-Hamra. Bukan sahaja menggunakna bahan-bahan yang sedia ada di dapur, malah proses penyediaannya juga cukup ringkas.
Jadi apa kata, kali ini anda cuba untuk sediakan kuih Bingka Pandan yang enak ini. Pasti seisi keluarga teruja untuk menikmati kuih yang disediakan hasil dari air tangan orang yang tersayang. Selamat mencuba!
Bingka Pandan
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
1 cawan air pandan
1 cawan gula
2 sudu besar butter cair atau minyak
1/2 sudu kecil garam
3 biji telur
Bijan untuk taburan
Cara penyediaan:
1.Blend semua bahan kecuali bijan.
2.Tapis dan masukkan ke dalam bekas.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!