Walaupun masih belum boleh bercakap lancar, anak pada usia 2 tahun sepatutnya sudah boleh menyambungkan ayat daripada percakapan ibunya. Jika anak masih belum berada di tahap itu dan masih lagi tidak mahu bercakap walau sepatah pun, ada baiknya mama papa mula praktikkan tip ini secara drastik.
Menurut Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa, anak harus dirangsang supaya lebih cepat bercakap dan komunikasi antara ibu bapa adalah salah satu cara anak lebih yakin untuk bercakap.
Tip Wajib Buat
Kanak-kanak belajar melalui bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Jadi ibu bapa wajib duduk dan main sama-sama.
Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi ialah bertentang mata supaya senang anak hendak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.
Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.
5. Gunakan Isyarat Tangan (gesture). Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik. Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
6. Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.
7. Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian.
Ads
Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh. Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
8. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun.
9. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
10. Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan.
Ads
11. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat. Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau..
Ibu : Miauu .. kucing
Ads
Anak : kucing
Ibu : Aah, kucing comel
12. Ibubapa perlu menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang.
13. Tapi ingat, ibubapa tak perlulah memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat yang anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
14. Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.
15. Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menurut sebuah kajian dalam jurnal Pediatric Dentistry, hampir separuh daripada ibu bapa dengan anak autisme menggambarkan keadaan gigi anak mereka sebagai sederhana atau teruk.
Ini tidaklah menghairankan kerana lawatan ke klinik gigi boleh menjadi sangat mencabar untuk anak autisme. Ransangan deria yang berlebihan daripada bau aneh, bunyi kuat dan alat tajam, rasa takut dengan orang dewasa yang bertopeng dan proses rawatan yang tidak diketahui apa dan bila akan berakhir; semuanya sangat menyukarkan kanak-kanak autisme bertenang. Walaupun sukar, terdapat beberapa tip yang boleh anda cuba untuk membantu membawa anak anda ke klinik gigi.
1. Cari Doktor Gigi yang Sesuai
Pastikan doktor gigi yang akan anda kunjungi mempunyai pengalaman dengan anak keperluan khas. Tidak semua orang dapat menguruskan keperluan tambahan kanak-kanak autisme. Sesetengah klinik gigi mempunyai pakar gigi khusus untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Sekiranya anda tinggal di kawasan tanpa doktor gigi yang terlatih dalam keperluan khas, lakukan yang terbaik sebagai ibu bapa dengan mendidik pasukan pergigian untuk mempersiapkan mereka menghadapi anak anda.
2. Main Permainan Doktor Gigi di Rumah
Sebelum anda memperkenalkan anak anda kepada doktor gigi, dapatkan beberapa instrumen pergigian supaya mereka dapat melihat dan memegang instrumen tersebut. Dengan ini, anak anda akan tahu bahawa alat tersebut tidak akan menyakiti mereka. Jika anak anda mula mengambil bahagian, lakukan pemeriksan gigi olok-olok di rumah. Latih anak anda berbaring semasa mereka membuka mulut mereka.
3. Rakam Gambaran Sebelum
Anda boleh meminta izin kepada klinik gigi tersebut untuk mengambil gambar atau merakam di luar bangunan dan di dalamnya. Jika boleh, ambil juga gambar doktor gigi tersebut. Semakin banyak anak ada melihat gambar dan menjadi terbiasa dengan persekitaran yang ditunjukkan, semakin mudah anak anda menyesuaikan diri. Ini membolehkan anak anda tidak merasa terancam kerana melihat klinik tersebut tanpa ransangan deria seperti bunyi atau cahaya yang asing baginya.
4. Reka Cerita Sosial
Cerita sosial dengan gambar daripada klinik gigi yang sebenar dapat membantu anak anda. Penerangan ringkas tentang apa yang bakal berlaku adalah cara yang baik untuk berkomunikasi dengan anak autisme yang memerlukan sokongan visual.
5. Lawatan Awal
Anda juga boleh membawa anak anda ke klinik gigi tersebut sebelum tarikh temu janji yang ditetapkan. Sesetengah anak autisme mungkin perlu datang dahulu ke klinik tersebut, bertegur sapa dengan kakitangan klinik dan beredar setelah mendapat pengalaman positif. Anda boleh melakukan reinforcement kepada anak anda dengan cara memberikannya pelekat atas pencapaiannya.
6. Contoh teladan
Sesetengah keluarga mendapati bahawa membawa anak autisme mereka ketika menjalani pemeriksaan gigi membolehkan anak tersebut menjadi lebih percaya dengan proses tersebut apabila tiba gilirannya pula nanti.
7. Mainan sokongan
Bawa bersama apa sahaja yang diperlukan oleh anak anda untuk keselesaannya. Sekiranya mereka mempunyai selimut kegemaran, mainan atau apa sahaja yang mereka sukai, bawa ia bersama-sama dan biarkan anak anda memegangnya pada setiap masa.
8. Sokongan deria
Anda boleh cuba menggunakan fonkepala untuk mengurangkan pendedahan anak anda kepada kebisingan atau memakaikannya kaca mata hitam untuk mengurangkan pendedahan kepada lampu pemeriksaan gigi yang sangat terang.
9. Penunjuk masa
Anda boleh menggunakan penunjuk masa visual atau bunyi seperti jam pasir atau jam loceng untuk membantu anak anda memahami bahawa proses ini mempunyai had masa dan doktor gigi tersebut tidak akan menyeksanya untuk selama-lamanya.
10. Berehat
Ambil rehat yang kerap. Jika anak anda memerlukan rehat dari semua pergerakan, lampu dan bunyi, minta kerjasama doktor untuk membenarkan anak anda berehat walaupun beberapa kali dalam satu sesi rawatan.
Pun begitu, dalam beberapa kes, anak autisme mungkin tidak dapat memberikan kerjasama langsung walaupun anda telah mencuba pelbagai cara untuk mempersiapkan mereka. Mereka mungkin berasa terlalu tertekan dan sangat sensitif dengan segala ransangan deria yang dirasai semasa rawatan gigi. Dalam kes tertentu seperti ini, doktor gigi anda mungkin mencadangkan sedatif atau pelali sebagai penyelesaian.
Jangan dibuang pensel yang dah pendek. Kalau ada anak kecil simpan dulu elok-elok. Nampak macam dah tak apa-apa fungsi pun tapi bila anda tahu kebaikannya memang tak rugi.
Menerusi perkongsian Puan Noranisa Misraniada banyak manfaat untuk anak-anak kecil terutama yang berusia 2-3 tahun belajar terutama rangsangan awal otot tangan.
Kat rumah banyak ke pensel kontot? Haaa.. boleh bagi anak kecil umur 2 3 tahun tulis conteng guna pensel yang pendek.
Bagus untuk rangsangan pegangan pensel anak. Bila gunakan pensel pendek, anak akan terpaksa memegang pensel menggunakan jari berbanding menggenggam pensel.
Yalah, macam mana nak genggam kalau dah pendek. Hujung mata pensel pun tenggelam dalam genggaman.
Selain pensel kontot, boleh juga bagi anak crayon yang di patah-patahkan.
Anak 2 3 tahun ni daya perhatian dia masih pendek. Antara 4 sampai 10 minit je.
Jadi mewarna sekejap je dia dah tak nak buat, mula la buat muka bosan.
Caranya, bagi dia warna ruang kecik-kecik je dulu. Lepas tu boleh set TARGET mak ayah.
Matlamat kenapa kita buat sesuatu aktiviti tu sangat penting. Supaya kita tak sesat arah dan mula termarah-marah anak sebab tak capai apa yang kita nak.
Contohnya:
Kalau kita nak tingkat penguasaan pegangan pensel anak, daya perhatian. Boleh bagi anak guna pensel warna.
Sebab bila guna pensel warna anak kena warna banyak kali, dan menekan sikit baru siap mewarna.
Tapi kalau nak tarik minat anak mewarna, nak cepat siap boleh guna crayon.
Sebab bila guna crayon anak tak perlu tekan sangat bila mewarna. Cepat je penuh dengan warna gambar diwarnanya.
Tapi, at the end nak guna mana-mana pun boleh cuma kesannya berbeza. Belajar sesuatu?
Tag rakan, guru dan pasangan anda. Share juga post ni supaya lebih ramai anak mendapat manfaat bila ibu bapa lain pula membaca.
Untuk lebih banyak tips dan perkongsian ilmu berkaitan anak-anak, boleh FOLLOW FB Noranisa Misrani
Tidak perlu bermodal besar untuk berikan anak rasa seronok, hanya menggunakan dua bahan ini mereka sudah boleh bermain dengan gembira sambil menajamkan skil motor halus dan menajamkan sensori. Modal yang keluar pun tak sampai RM5!
Puan Umairah Jamaah berkongsi cara mengajak si kecil melakukan aktiviti yang dipanggil messy play dengan tepung dan minyak untuk menghasilkan doh mainan.
Beliau memberitahu anak-anaknya cukup excited dengan aktiviti ini. Ia juga merupakan terapi kepada jari jemari kecil yang mungkin sudah terbiasa dengan hanya menyentuh skrin gajet! Berikut ialah perkongsian beliau,
RESEPI DOH MAINAN
Anak-anak yang dah biasa slide-slide screen tab atau smart-phone jari diorang ‘kejung’ sikit. Elok la ibu ayah buatkan doh ni sebagai TERAPI atau senaman jari.
Mudah sesangat resepi kali ni sebab guna dua bahan aje. Bahan-bahan pun yang sedia ada kat dapur rumah. Kos bahannya pun murah.
Nama benda ni ‘Cloudy dough’. Sangat-sangat membantu untuk meransang deria-deria kat badan Si Cilik. Kerah otot-otot kat jari jemari tu bergerak dengan lebih baik.
Dah tunggu apa lagi. Jom klik kat setiap gambar untuk arahan lebih jelas.
Dah boleh terus buat. Nisbahnya 4:1. Guna cawan yang sama untuk sukat.
4 cawan tepung jagung. 1 cawan minyak. Guna minyak terpakai pun bagus. Jimat
Gaul bersama untuk hasilkan doh yang buat anak anda gembira. Anda boleh ajak anak gaulkan dua bahan ini untuk rangsangan sensori pada jari jemari mereka.
Siap untuk diguna. Main tekap-tekap menggunakan penerap comel. Buat snow-man. Bina apa saja watak yang anak anak suka.
Hidap Cerebral Palsy, kanak-kanak perempuan, 'impi' nak berjalan, "Mama, bila Kakak boleh berjalan?" Tiada yang memilukan hati apabila Nor Nazlia Yusoff ditanya sebegitu oleh anak perempuannya, Puteri Irfa Mikayla Saiful Nizam, 5, yang menghidap Cerebral Palsy (CP) Diplegic.