“Birthday Ke-6 Dia Mintak 6 Biji Kek,” Che Ta Realisasikan Impian Aaisyah Dhia Rana, Cantiknya Tema Unicorn!

Share

Setiap kali menyambut ulang tahun kelahirannya, anak bongsu kepada pelakon jelita Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana sentiasa dinantikan kemunculannya. Seronok melihat pelbagai aksi dan tema yang dipilih Aaisyah setiap tahun.

Jika pada usianya lima tahun yang lalu, Aaisyah memilih tema Blackpink, kali ini si comel kesayangan ramai ini memilih tema Unicorn pula untuk sambutan ulang tahun keenamnya baru-baru ini.

Menerusi instagram miliknya, Che Ta turut berkongsi beberapa keping gambar kemeriahan sambutan itu yang diadakan untuk keluarga terdekat sahaja. Gabungan warna pastel yang dipilih selari dengan tema Unicorn membuatkan majlis ringkas itu tambah sempurna. Semuanya cantik-cantik belaka.

Menariknya kata Che Ta, kali ini Aaisyah meminta enam biji kek, sempena usianya yang menginjak enam tahun.

“Birthday yang ke enam dia @aaisyahdhiarana111 mintak 6 birthday kek.

“Kalau birthday yang ke 10 tahun, muntah la makan kek. Mummy layankan ja sebab dia sorang ja yang duk request macam-macam pun” kata Che Ta ringkas.

Malah kata Che Ta lagi, setiap tahun sememangnya tema sambutan ulang tahun kelahirannya dipilih sendiri oleh anak bongsu kesayangannya itu. Dan kali ini dia berbesar hati merealiasasikan impian anaknya itu seperti yang diingininya.

“Sayang mummy dah 6 tahun.

Tiap-tiap tahun memang dia pilih tema birthday dia sendiri @aaisyahdhiarana1,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu Che Ta juga turut menitipkan ucapan istimewa buat Aaisyah sempena kelahirannya itu. Semoga yang baik-baik sahaja mengiringi Aaisyah hendaknya dan teruslah membesar menjadi anak yang baik dan sentiasa membanggakan ibu dan ayahnya.

 

Pada majlis ringkas itu, adik beradik Che Ta turut sama memeriahkan majlis penuh bermakna pada Aaisyah.

Terdahulu, Che Ta dan suaminya Zain Saidin telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Kelahiran Aaisyah Dhia Rana pada 1 November 2014 menjadi pelengkap bahagia Che Ta dan seluruh keluarga.

Artikel menarik: Cantiknya Mata Grey Dia Emma Maembong Kongsi Gambar Photoshoot Anak Peminat Puji Macam Anak Patung!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @rozitachewan1

IKLAN