Tahniah diucapkan buat pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin yang bakal menimang cahaya mata kedua selepas mengumumkan isterinya kini hamil anak kedua mereka.
Menerusi Instagramnya, Rizman yang mengadakan sambutan hari lahir buat isteri, Nurida Suraya menerima kejutan selepas isterinya membuat pengumuman hamil anak kedua.
“Happy Birthday to The Most Beautiful Girl on earth. Beautiful inside and out.
“Terima kasih sayang saya kerana melengkapkan hidup saya. You are the best thing that happened to me. I love you eternally 🤍.
Ads
“P/S: Birthday mummy tapi daddy yang dapat hadiah. Alhamdulillah we are expecting new baby!
“Semoga Allah SWT permudahkan segalanya buat kami sekeluarga inshaAllah. Amin ya rabbalalamin,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah di atas perkhabaran gembira itu.
Terdahulu, Rizman dan isterinya Nurida Suraya mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Rizqaa.
Mama dan papa setiap kali membuat kerja rumah, cubalah ajak sekali anak untuk buat bersama. Tidak kisahlah jika hasil kerja mereka tidak sempurna, paling penting mereka pandai mengurus diri.
Secara tidak langsung mama dan papa melatih anak-anak untuk berdikari. Tidaklah sepanjang masa asyik meminta pertolongan mama dan papa sahaja. Anak-anak kita bila diajar, mereka boleh buat. Sebenarnya kanak-kanak suka sangat buat sendiri.
Mama & Papa Bila Buat Kerja Rumah, Ajak Anak Buat Sekali
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Wan Nur Syakira, asasnya anak suka mencuba segala perkara dan suka sangat nak sertai apa yang kita buat. Itu tandanya anak mahu, cuma bergantung pada ibu ayah bagaimana nak sambut kemahuan itu.
Kalau anak pakai baju sendiri, ketahuilah akan ambil masa yang lama dan mereka tak tahu nak buat pakai pun kalau kita tak ajar. Anak-anak boleh tuang air sendiri jika diajar bagaimana.
Tak Apalah Tak Sempurna Asal Boleh Berdikari
✅Cumanya, kena banyak bersabar dalam mengajar. Ini yang susah bukan? Rasa geram sahaja nak tolong buatkan.
Eh, baru sahaja kemas tadi, sudah bersepah bila anak-anak belajar buat air atau tuang air sendiri. Ala, kotor pulak bila anak makan sendiri. Aduh, habis comot baju dan mulut bila anak makan sendiri.
Dulu saya pun sakit mata tengok sepah, sekarang sudah belajar kurangkan sakit mata dan terima kenyataan anak tengah belajar.
Bila kita belajar tutup mata kejap sepah itu, buka mata pada kesungguhan dan usaha anak untuk belajar satu-satu sendiri. Jadi, mak ayah yang membiarkan anaknya belajar dan buat silap. Dan ajar satu persatu dengan sabar.
✅Satu lagi, rendahkan expectation bila didik anak. Yang ini pun kadang-kadang saya terlepas juga, stres sebab terlebih expectations pada anak.
Memanglah akan tertumpah air kalau tapak tangan anak pun lagi kecil dari gelas. Pegang gelas berisi banyak sikit pun dah terketar-ketar. Agaknya begitulah kita bila sudah tua nanti. Terketar-ketar juga nak pegang gelas.
Harapnya anak saya tak tengking dan sabar tolong saya. Ganti kesabaran kita itu nanti ialah, anak yang boleh berdikari, yakin diri, dan bergantung pada diri sendiri.
✅ Sediakan suasana yang mendorong anak untuk berdikari
Nak tak nak, kita kena sediakan sikit suasana dan keadaan yang mendorong anak.
Barang-barang anak kalau boleh letak di kedudukan yang rendah, mudah untuk mereka capai.
Kadangkala bukan mereka tak nak ambil gelas sendiri, tapi gelas itu tinggi di atas almari.
Macam mana mereka nak capai. Letak di laci yang bawah ke, letak di atas meja rendah khas, yang senang mereka nampak dan ambil.
Cermin untuk mereka mesti berada di kedudukan rendah, separa dengan tinggi mereka, baju dan lampin pakai buang letak dalam bakul atau almari rendah. Bila diminta, mereka boleh ambil sendiri.
Anak-anak ini suka sebenarnya belajar dan cuba sesuatu yang baru. Cumanya, ibu ayah kena merendahkan expectation dan raikan usaha, bukannya hasil.
Tiada kemahiran yang cuba sekali, ajar sekali, terus pandai buat. Kena ulang dan ulang. Di mana ada anak yang mampu berdikari dan bergantung pada diri sendiri, di sana ada ibu bapa dan dewasa yang percaya pada mereka, sabar membimbing.
Bukan ujian yang mudah untuk dilalui semua namun bagi pelakon, Siti Elizad dia dia reda dan tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat selepas dua kali gagal dalam rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF).
Bahkan kata Elizad menerusi perkongsiannya di Harian Metro, dia lebih dulu mahu menjaga kesihatan mentalnya memandangkan usianya kini hampir mencecah usia 40 tahun. Malah dia kini reda dengan ketentuan itu.
“Saya tidak mahu terlalu fikir soal untuk dapatkan anak kerana tidak mahu dapat ‘anxiety’ pula nanti.
“Saya juga sudah reda kerana usia pun sudah nak masuk 40-an,” katanya.
Tambah pelakon jelita ini, doktor ada menawarkan untuk menjalani IVF buat kali ketiga namun dia tidak bercadang untuk melakukan rawatan berkenaan buat masa ini kerana mahu kembali berlakon.
Bahkan kata Elizad lagi, sehingga kini dia dan suami tidak pernah terfikir soal mengambil anak angkat kerana suaminya sudah punya zuriat menerusi perkahwinan terdahulunya. Tambah pula dengan anak-anak buah yang ramai memeriahkan kehidupan mereka.
“Saya dan suami serahkan soal anak kepada aturan Allah SWT.
“Kalau ada rezeki nanti adalah.
“Setakat ini, tiada perancangan untuk ambil anak angkat kerana suami juga sudah ada anak dari perkahwinan terdahulu.
“Saya juga berasal dari keluarga yang besar dan memiliki anak saudara yang ramai,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 namun mengalami keguguran pada November tahun yang sama.
Kemudian, Siti Elizad juga menjalani rawatan IVF buat kali kedua pada Mac lalu namun gagal.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Diceraikan suami selepas lahirkan anak berkulit gelap. Pengorbanan seorang wanita yang bertarung nyawa melahirkan anak melalui prosedur ‘caesarean’ bertukar menjadi mimpi ngeri kerana bayinya berkulit gelap.
Diceraikan Suami Selepas Lahirkan Anak Berkulit Gelap
Akhbar China Times melaporkan kejadian itu menimpa ibu berusia 30 tahun di Shanghai, China selepas suaminya tergamak meminta ujian paterniti ke atas bayi lelaki mereka hanya kerana warna kulitnya yang berbeza.
Wanita itu kemudiannya menggunakan platform media sosial untuk berkongsi kisah sedih tersebut dan turut meminta nasihat para ibu lain bagi menangani situasi berkenaan.
“Suami saya hanya merenung dan enggan mendukungnya ketika dibawa melihat anak kami buat pertama kali. Saya diceraikan sejurus anak kami dilahirkan,” kongsinya.
Wanita itu juga menyatakan warna kulit bayinya agak terlalu gelap dan berlainan daripada mereka.
“Saya tidak pernah ke Afrika atau mengenali mana-mana lelaki kulit hitam,” tegasnya ketika cuba menjelaskan dia tidak pernah berlaku curang kepada suaminya.
Warganet yang bersimpati dengan nasib wanita itu turut menyarankan ujian paterniti untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.
“Ia adalah keadaan biasa bagi bayi baru lahir. Kulit mereka akan berubah mengikut warna ibu bapa tidak lama selepas itu. Ramai bayi baru lahir berkulit sedikit gelap atau kemerah-merahan,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi