Bayi yang usia 6 bulan ke atas, selain bagi makan bubur dan puri, sesekali boleh juga tukar selera anak dengan memberikan biskut yang sesuai. Bukan apa, untuk elakkan anak rasa bosan dengan menu yang sama.

Lagipun bayi dalam usia ni akan mula untuk tumbuh gigi dan mereka akan mengalami fasa gatal gusi di mana air liur pun akan meleleh. Jadi untuk elakkan anak rasa tak selesa boleh juga bagi biskut untuk anak gigit. Sekurang-kurangnya kenyang.

Selain beli biskut bayi yang ada di pasaran, ibu boleh juga buat sendiri. Mana tahu anak lebih suka dan ibu pun boleh olah ikut kesesuaian anak.

Biskut Banana Prune, Sesuai Untuk Bayi Gatal Gusi. Sangat Simple & Sedap!

Perkongsian resipi dari Puan Nadiatul Fithrah caranya menyediakan banana prune cookies boleh mama cuba.

Banana prune cookies saya halalkan untuk share ye. Hi mommy. Just nak sharing homemade cookies untuk baby girl saya 7m++ nak beli tak sempat. Gigih la buat tadi hehe. Ni bahan yang saya guna.

Biskut Banana Prune, Sesuai Untuk Bayi Gatal Gusi. Sangat Simple & Sedap!

IKLAN

Bahan-bahan:

1 biji pasang (nak rasa lebih lagi letak 2 biji)
4 ketul prune
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
7 scoop susu tepung (1/3cwn)
1/2 ketul unsalted butter (saya pakai anchor)

Biskut Banana Prune, Sesuai Untuk Bayi Gatal Gusi. Sangat Simple & Sedap!

Cara membuatnya:

IKLAN

Prune + banana sy steam dulu. Mixer atau gaul butter + prune + banana.

Biskut Banana Prune, Sesuai Untuk Bayi Gatal Gusi. Sangat Simple & Sedap!

Dah sebati masukkan susu tepung + tepung jagung dan sebatikan. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

Biskut Banana Prune, Sesuai Untuk Bayi Gatal Gusi. Sangat Simple & Sedap!

IKLAN

Gaul sehingga jadi doh dan tak melekat di tangan lepas tu boleh la buat bentuk yg kite suka.

Biskut Banana Prune, Sesuai Untuk Bayi Gatal Gusi. Sangat Simple & Sedap!

Bakar dalam oven suhu 150c 30 minit. Ikut oven masing2 ye hehe.dah siap.

Biskut Banana Prune, Sesuai Untuk Bayi Gatal Gusi. Sangat Simple & Sedap!

Surprisingly kakak dia yg 4 tahun pun suka.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI