Tinggal beberapa hari saja lagi Syawal akan tiba. Waktu begini, kaum ibu sedang sibuk membuat persiapan raya. Bukan saja menyediakan busana untuk seisi keluarga tetapi juga dah merancang untuk masak sesuatu yang istimewa.
Selain makanan berat seperti rendang dan sebagainya, biskut raya adalah antara menu yang akan dibuat bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri.
Farisha Sofea ada berkongsi satu resipi biskut raya yang boleh dicuba. Belum terlewat, masih boleh dapatkan barang-barang untuk buat biskut ini.
CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIP COOKIES 💕
Bahan-Bahan:
Bahan A:
250g mentega / marjerin
1 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula perang
1 biji telur
1/2 sb esen vanilla
1/2 sk garam
1 sb susu segar
Bahan B ( diayak ):
1 sk serbuk penaik
3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan serbuk cornflakes
Bahan C:
1 1/2 cawan coklat cip
1 1/2 cawan cornflakes
1 cawan badam cincang (dah dibakar / disangai)
Baca Juga:
Sambal Tumbuk Tempe, Lauk Tambah Nasi. Sesuai Buat Hari-Hari Terakhir Sahur. Memang Sedap!
Resipi Ayam Sos Mentega Buat Makan Satu Famili. Sesuai Untuk Ibu Pantang, Memang Sedap!
Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!
Topping:
500g coklat masakan
1/2 sb lemak sayuran
Cara-Cara :
1. Satukan bahan topping di dalam periuk.
2. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil.
3. Setelah coklat cair sepenuhnya, tuangkan coklat ke dalam piping bag.
4. Ketepikan seketika.
5. Satukan Bahan A dan kacau sebati.
6. Masukkan Bahan B.
7. Aduk rata.
8. Kemudian masukkan pula Bahan C. Kacau sebati.
Tip: Adunan memang agak lembik sedikit , boleh tambahkan tepung jika perlu.
9. Cubit sedikit adunan dan golekkan ke dalam cornflakes. Tekan sedikit agar cornflakes salut merata.
10. Susunkan di dalam loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.
11. Ulang proses sehingga selesai .
12. Bakar pada suhu 180• selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing .
13. Setelah masak, biarkan sejuk seketika .
14. Apabila biskut telah sejuk , paipkan coklat diatasnya dan biarkan coklat tersebut kering sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Bolehlah cuba buat biskut raya nanti. Sedap dan sesuai untuk dihidangkan untuk seisi keluarga atau dihidangkan buat para tetamu ketika sambutan raya nanti.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!