Biskut florentine campuran pelbagai jenis kekacang adalah kudapan/biskut kekacang yang sangat rangup dan sangat mudah cara membuatnya. Masa penyediaan lebih kurang 15 minit ikut kepanasan oven masing-masing.
Sebenarnya biskut florentine ni hanya memerlukan beberapa jenis kekacang dan juga tepung florenta untuk membuatnya. Kalau beli biskut ini agak mahal. Jika anak-anak pun suka ada baiknya buat sendiri.
Walaupun modal nak buat biskut ni agak besar berbanding biskut lain, tapi sangat menguntungkan bila dah siap. Cara buatnya pun senang tak perlu nak uli. Cuma gaul semua jenis kekacang dengan tepung florenta dan bakar.
Perkongsian melalui FB Haslina Binti Hamid melalui MAHN boleh membantu ibu yang masih belum tahu lagi cara nak membuat biskut ni.
Resipi ni boleh menggunakan paper cup yang jenis licin di dalamnya. Barulah tak melekat bila dah masak. Setiap sukatan yang nak dimasukkan ke dalam paper cup kena sama. Contoh jika satu sudu semua kena letak satu sudu sampailah habis.
Ads
Jika rasa renyah, boleh letakkan terus dalam tray-lambak-bakar-potong dengan pisau masa panas-panas-siap!! cepat sikit habis, cepat siap! Terpulang pada anda suka yang jenis macam mana ya.
Gaul semua sekali, boleh la masuk cup @ loyang(kalau loyang kena alas baking paper eh, senang nak angkat panas-panas lepas keluar oven & terus potong sebelum ia keras).
Bagi yang gunakan paper cup tunggu sejuk sikit baru tolakkan biskut tu dari bawah ke atas. Barulah simpan dalam botol ya.
Bakar suhu ikut oven masing-masing. Sis punya oven 150 selama 15minit.. alaaa.. Agak-agak dah kuning tu, dah masak la tu.
Sedapnya kalau tambahkan serbuk cendawan dalam masakan. Rasanya berbeza dari serbuk perasa atau garam. Rasa makanan akan jadi berlemak dan rasanya juga tidak terlalu masin.
Jika mahu dibeli di pasaran, serbuk cendawan dijual dengan harga yang mahal. Untuk jimat, ia boleh dibuat sendiri. Tak susah pun dan boleh juga buat untuk anak. Hasilnya, makanan anak pun akan bertambah enak!
Nawal Yasmin Mat Noh via grup Masak Apa Hari Ni terlah berkongsi cara paling mudah untuk menghasilkan serbuk cendawan ini.
Ini caranya;
Pertama kali buat Mushroom Seasoning. Sangat senangg rupanya 😍 Bakar 20min dalam oven/airfryer then blend 1 min dengan TM6. Terus jadi serbuk halus 👏🏻👏🏻
Sekiranya anda mahu buat serbuk cendawan untuk anak, bolehlah gantikan garam dan gula dengan ikan bilis. Serbuk cendawan ini bukan saja boleh dicampurkan dalam bubur anak tetapi masakan lain untuk memberi rasa umami yang enak. Selamat mencuba!
Musim cuti sekolah ni, anak-anak cepat lah lapar kan? Jom mama cuba resepi mudah ni. Yang penting memang puas hati dapat makan dan lebih jimat.
Ikuti resipi perkongsian daripada bel ini.
Assalamualaikum. Chicken wrap ala-ala kepchii 😘. Boleh cuba. Jimat buat sendiri sebab lagi puas hati kita nak letak isi dalam tu banyak-banyak hihi. Anak-anak mesti suka 👏👏
Roti mission Wrap dibakar dalam oven 2-3 mnit. Ayam goreng tepung, bel guna yang kentucky. Ok lepas sapu rata mayonis kat atas roti wrap dan letak bahan-bahan tadi ayam, salad, lobak, timun, keju dan sos thousand island, then gulung roti dan siappp. Heee. Selamat Mencuba 😘
Kredit: bel
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah dekat nak raya, tentulah terasa nak makan dodol. Musim PKP ni mana nak cari dodol fresh. Masalah itu dapat diselesaikan dengan adanya gadget bread maker ni. Ikuti resipi perkongsian daripada Noor Atika Mahamood.
Jom belajar buat dodol guna bread maker. Senang je awak. Lebur je dalam bread maker. Tau-tau dah siap dodol kite. Jomlah check bahan-bahan dan tutorial dibawah.
**saya repeat 2 kali menu “jam” lepastu sy tekan menu “bake” sy set masa 30minit. Sambil bake tu boleh kacau-kacau selang 5 minit.
** sy guna spatula nipis yang tak melekat tu.
Senang je. Rasanya sama macam dodol yg kita beli tu. Cuma takde la aroma smoke-smoke aroma asap-asap dari kayu api macam ayah-ayah kita buat kat kampung tu..
**Semoga bermanfaat kepada semua. Selamat mencuba!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.