Dah buat list untuk biskut raya ke? Kalau mama masih lagi tercari-cari biskut apa nak buat dan sedap, boleh cuba pula resipi biskut kacang mazola. Kalau nak buat selepas raya sebagai kudapan untuk anak-anak pun tetap boleh. Asalkan rajin semua jadi.
Sebenarnya biskut raya ni antara biskut lejen dan popular sebelum ada biskut moden seperti sekarang. Mana yang biasa buat biskut dulu-dulu mesti tahu.
Ok untuk kali ini biskut kacang mazola resipi dari air tangan Puan Nayla Gee confirm buat anda semua akan rasa “ketagih” dan susah nak berhenti makan. Paling penting ia gebu dan terus cair di mulut.
Resepi Biskut Mazola
Ads
Bahan-bahan
– 2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpa minyak lepas tu blender kering)
– hiasan atas lebihan kacang tadi & sapukan telur kuning
– masak dalam oven suhu 150°c & masa 20 minit ikut oven masing-masing
– siap tuggu sejuk baru masuk dalam botol. Boleh dapat 100 biji
Selain biskut cornflakes madu yang sentiasa menjadi biskut kegemaran anak-anak kita, apa kata ubah kelainan denganm Cornflakes Crunchy ini pula raya kali ini. Menariknya cara hendak membuatnya cukup lah mudah. Hanya kepalkan sahaja dan sadurkan bersama cornflakes.
Resipi chef masakan popular di media sosial, Azlina Ina Fans ini confirm jadi dan rasanya pun amatlah puas hati. Jadi jom main kepal-kepal dengan anak. Hasilnya cukuplah mantap.
Kacau sebati gula perang, shortening, esen vanila dan kuning telur. Kemudian baru tambahkan badam serbuk, soda bikarbonat, baking powder. Kacau rata adunan.
Kemudian masukkan tepung jagung dan kacau lagi.
Masuk tepung gandum dan serbuk cornflakes. Kacau sebati.
Tambahkan minyak. Kacau lagi.
Ok last tambah lagi 1 cawan tepung gandum. Adunan memang lembik sikit.
Last tambah 1 cawan badam yang dah siap bakar awal.
Ok jadi doh cantik.
Bulatkan dan golek kat cornflakes yang kita ramas tadi.
Loyang sapu majerin, panaskan oven 150 5 minit kemudian bakar biskut suhu 160 masa 25-30 minit api atas bawah.
Tepung pelita, identitinya sahaja pun sudah cukup memberitahu bentuk rasa kuih ini yang diperbuat daripada tepung gandum mahupun tepung beras yang diadun dengan santan cair dan kapur.
Menurut perkongsian Astro Awani mengenai asal usul nama kuih, Bekasnya yang berwarna hijau itu sebenarnya kelihatan seperti diletakkan di atas pelita dan ia diperbuat daripada jus pandan dan gula tanpa santan. Warnanya yang tidak lain tidak bukan berwarna putih di atas dan hijau di bahagian bawah iaitu bekasnya.
Kuih tradisi ini sememangnya menjadi warisan dan disukai ramai lebih-lebih lagi pada musim bulan Ramadan. Rasanya yang manis dibahagian bawah dan lemak dibahagian atas merupakan satu kombinasi yang menarik. Lebih menyelerakan apabila dihidang dalam keadaan sejuk. Kuih ini memang menjadi kuih pilihan untuk berbuka puasa dan pasti dicari di bazar Ramadan.
Mungkin ramai yang belum tahu cara untuk menyediakan kuih ini dengan cara yang paling mudah. Ikuti resipi yang dikongsi oleh saudari Nadia Sulaiman ini.
RESEPI TEPUNG PELITA SENANG YAKMAT.
Ni musim PKP ni, saya agak ramai yang mengidam nak makan macam-macam kan? Saya pun. Hihihhihi
Memandangkan tak boleh nak keluar sesuka hati, saya pun cari la resipi paling senang nak buat. Boleh la jadi juadah pemanis mulut buka puasa harini. Nah resipinya.
Resipi ni mudah je. Tak perlu guna pengukus. Tapi sedap dan wangi sebab pakai daun pandan. Yang penting tangan kena sado.
Bahan-bahannya untuk lapisan bawah (hijau);
2 cawan tepung beras
2 cawan gula pasir
1 cawan air pandan (3 helai daun pandan dan air kisar dan ditapis)
5 cawan air
Pewarna hijau
Cara-caranya;
1. Campur semua bahan dan kacau sebati. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan tiada ketulan tepung.
2. Masak atas api. Kacau tanpa henti lebih kurang 15 minit. Bila adunan mula pekat, kecilkan api.
3. Teruskan kacau sampai adunan jadi pekat berkilat dan meletup-letup. Kat sinilah memerlukan tenaga abam sado.
3. Kemudian tuang ke dalam acuan semasa masih panas ye. Kena cepat sebab adunan sangat cepat mengeras. Nak lagi cantik, ketuk² sikit bekas yang digunakan. Saya agak tak berapa rajin di sini.
Bahan untuk lapisan atas (putih);
2 cawan tepung beras
6 cawan santan (daripada 2 kotak santan)
2 sudu gula
1 helai daun pandan
1 sudu garam
Caranya sama macam buat lapisan bawah.
1. Campurkan semua bahan sampai sebati. Pastikan tiada ketulan tepung. Kemudian tapis ke dalam periuk. Masak atas api.
2. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel. Sila gunakan tenaga sado yang ada di rumah ye. Tutup api jika dah meletup-letup.
3. Masukkan ke dalam bekas yang telah kita masukkan lapisan hijau tadi.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk. Boleh nikmati panas atau sejuk.
Hujung minggu adalah masa untuk mencuba semua resipi istimewa buat anak-anak kecil kita. Bosan dengan bubur, finger food dan nasi, apa kata cuba sediakan anak kecil kita dengan pan cake pula.
Bagi menyediakan pancake teramatlah mudah tetapi ibu perlu bijak dan lebih kreatif supaya anak tidak jemu dan paling penting rasanya sedap dan berkhasiat. Barulah anak makan tak berhenti.
Aneka resipi pancake yang disediakan oleh ibu ini, Puan Safwah Abd Sani buat anak kecilnya, ibu boleh cuba. Bijak dan kreatif kerana menggabungkan dengan menu berkhasiat lain seperti kurma, susu dan sebagainya. Jom berkreatif.
Aneka jenis pancake buat si comel!
Kadang-kadang mak dah habis idea nak sediakan breakfast untuk si kecil, kan?
Hari ni umi share pelbagai jenis pancake yang umi pernah buat untuk Atiq, sesuai untuk baby 9 bulan ke atas. Bahan-bahan sama seperti dalam gambar, cuma kena tambah secawan susu ebm/formula/fresh milk/full cream, terpulang pada mommies.
Ada yang ada telur, ada yang takde. Sebenarnya kalau tak letak telur pun takpe, masih lembut dan sedap!
Basically, cara membuatnya:
Sediakan
1 cawan tepung
1 cawan susu (ebm/formula/full cream/fresh milk)
Sebiji telur (optional)
Sedikit cream cheese (optional. Cream cheese bagus untuk tambah berat anak)
Buah-buahan pilihan
Blend all together (jangan lupa masukkan susu ya). Panaskan pan, griskan butter dan bakar atas pan. Siap!
Memang mudah dan pantas disediakan!
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!