Biskut Kurma 4 Bahan, Kudapan Petang Hari Buat Anak, Mudahnya!

Share

Diantara waktu tengah hari dan waktu makan malam, selain susu, bayi perlu diberikan kudapan ringan untuknya mengalas perut yang kelaparan. Mama tak perlulah membeli, apa kata buatkan stok kudapan ringkas seperti Biskut Kurma ini buat bayi.

Rasanya tidak terlalu manis tetapi kaya dengan khasiat kurma yang berganda. Ditambah lagi dengan khasiat mentega tanpa garam serta susu yang mengandungi tinggi khasiat. Menariknya resipi biskut kurma yang disedikan oleh Noor Farhana Sariff ini cukup ringkas malah bahan yang digunakan juga tidaklah banyak. Jom cuba!


Hi mummyss

Hari ini saya cuba buat biskut kurma. Resepi ni saya pakai 2 biji kurma ingat manis, dia manis-manis like-like macam kita beli biskut baby kat mall. Kalau mummy rasa nak manis lagi tak ada masalah nak tambah kurma tu berapa biji lagi.

Bahan biskut kurma:
3 sudu unsalted butter
1 cawan tepung jagung
5 skop susu formula
2 biji kurma -nak manis boleh tambah

Kopek kurma, letak air panas sikit lepas tu stimkan dan kacau.

Uli doh. Satu doh kecik ni boleh dapat 20 biji.

Terapkan ikut suka. Dapat lah dalam 20 biji.

Bakar pada suhu 150°, ikut oven masing-masing selama 20 hingga 30 minit.

Selamat mencuba mummy.


EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Published by
SRM