Biskut mazola sememangnya biskut raya tradisi yang sejak dulu disediakan oleh mak-mak kita ketika kita masih kecil. Rupanya nak sediakan biskut ‘legend’ yang satu ini amatlah mudah. Hanya perlukan lima bahan sahaja dan biskut tersedia untuk diterap bersama anak-anak. PKPB yang masih berbaki bersama anak-anak ini, apa kata kita cuba.
Resipi yang dikongsikan oleh Masni Bahari bukan sahaja mudah tetapi resipi biskut mazola yang dikongsikan olehnya cukup gebu dan sedap. Hanya perlukan lima bahan sahaja dan gaulkan sebati sebelum diterap mengikut bentuk kesukaan. Cukup mudah. Jadi jom cuba!
Kek span antara sajian yang enak dinikmati ketika minum petang. Biasalah bila petang-petang anak-anak mesti hendak makan biskut, kek dan roti. Resipi kek span keladi yang dikongsikan oleh T-hah T-hah ini nampak sangat menyelerakan.
Selain warnanya yang menarik, teksturnya yang lembut dan gebu membuatkan rasa tak sabar untuk menjamah. Kalau biasanya mama selalu masak kek coklat atau kek mentega untuk anak-anak, kali ini mari cuba pula kek span keladi.
Resipi Kek Span Keladi, Lembut, Gebu
CARA MEMBUAT KEK SPAN KELADI
BAHAN MERINGUE:
6 biji putih telur A @ B
3/4 cawan gula kastor (kalau gula pasir guna 1/2 cawan sahaja)
1 sudu teh cream of tartar (boleh ganti 1 sudu besar jus lemon)
BAHAN KEK:
6 biji kuning telur A @ B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu teh yam emulco (perisa keladi)
1 cawan tepung naik sendiri
Pewarna ungu dan putih
Menu Minum Petang Anak-anak
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat Meringue, pastikan bekas adunan bersih dari air @ minyak. Mula-mula pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar. Pukul lagi dengan medium speed.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 peringkat sambil pukul dengan high speed hingga stiff peak (bertanduk). Bila diterbalikkan bekas adunan tak jatuh. Ketepikan.
3. Untuk kek, satukan kuning telur, santan, minyak, yam emulco atau perisa keladi. Pukul lagi dengan medium speed dalam 3-4 minit hingga kembang.
4. Masukkan tepung dan pukul sekejap saja dalam 1 minit.
5. Masukkan meringue sedikit demi sedikit secara 3 peringkat sambil kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan hingga sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di campur dengan pewarna unggu & satu lagi di campur dengan pewarna putih. Kalau tak ada, boleh di biarkan kosong saja atau boleh nak warnakan dengan warna lain.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 150°c selama 10 minit guna api bawah.
8. Sapu loyang 9 inci dengan marjerin & alas dengan baking paper di bawah & tepi loyang.
9. Sudukan adunan putih sebanyak 4 sudu besar di tengah-tengah loyang.
10. Kemudian sudukan pula adunan ungu di atasnya. Jangan di kacau.
11. Ulang lagi langkah yang sama hingga habis. Di akhirnya, sudukan 3 sudu, kemudian 2 sudu & atas sekali 1 sudu.
12. Tutup bahagian atas dengan adunan unggu. Kemudian, campur sedikit lagi pewarna ungu supaya lebih terang.
13. Tompok-tompokkan dengan sudu, ambil lidi kecil, tarik di tengah tompok tu menjadi bentuk love/daun.
14. Hentakkan sedikit loyang supaya tiada rongga udara/lubang setelah dibakar nanti.
15. Masukkan loyang kek ke dalam loyang yang lebih besar. Isi air panas hingga 1/4 dari loyang kek. Teknik ni ialah “water bath”.
16. Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam di rak tengah menggunakan api bawah dulu.
17. Kemudian, 5 minit lagi bakar api atas sahaja di rak paling bawah hingga sedikit keperangan di atasnya.
18. Bila cucuk dengan lidi ia bersih bermakna kek sudah masak.
19. Sebaik keluar dari ketuhar, terus terbalikkan kek ke atas jaring dan terbalikkan semula ke atas.
Sup ikan sememamgnya cukup baik untuk bayi dan kanak-kanak kecil kerana ia penuh dengan DHA malah tinggi Omega 3. Malah kajian yang dijalankan juga mendapati bayi berusia enam bulan hingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka. Resipi terbaik untuk menyediakan keperluan ini pastinya daripada sup ikan.
DHA merupakan sejenis lemak Omega 3 yang 3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. Malah DHA juga begitu penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Disebabkan khasiat inilah ia begitu disyorkan untuk bayi dan kanak-kanak kecil.
Ibu yang prihatin pastinya menyediakan khasiat yang terbaik untuk anak-anak semasa kecil. Resipi sup ikan merah yang dimasukkan ke dalam bubur bayi, disediakan ringkas oleh Puan Ana Maria di facebooknya. Jom cuba resipi ringkasnya.
Sup ikan merah hari ni untuk 1st intro makanan bertumis adik. Ikan merah sarat dengan protein. Malah mengandungi omega 3 serta vitamin A dan rendah kalori. Bawang merah pula bagus untuk sistem imun bayi tau. Harap-harap adik brselera la makan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 ketul ikan merah
Bawang merah dan bawang putih
Sedikit halia
Lobak merah
Brokoli
Tumis bahan tumisan dgn olive oil atau unsalted butter.
Dah kekuningan masukkan sayur. Tumis sehingga sedikit layu.
Masukkan air. Dan rebus sehingga lembut.
Masukkan ikan dan biarkan sekejap hingga ikan masak.
Campurkan dengan nasi lembut. Masukkan isi ikan separuh, sayur dan sup. Blend.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika berpantang, ibu selepas bersalin mesti amalkan diet seimbang untuk pastikan dapat pulih cepat dan kembali bertenaga. Tempoh kehamilan yang dilalui serta saat bersalin bukanlah sesuatu yang mudah.
Ia sangat meletihkan dan para ibu kehilangan banyak tenaga. Oleh itu, pemakanan sihat sangat penting bagi memastikan ibu kenyang dan merasa cergas.
Pn. Atailla Zainuddin berkongsi satu resipi sesuai untuk ibu berpantang yang sangat sedap;
Salam.
Antara menu pantang bersama ibu di kampung lepas bersalin anak yg ke-2. Dah lama simpan, baru arini nak share. 🥰
Sy mmg suka mkn ulam, hadap lauk pantang hari2 pun sy tak kisah. Mostly lauk pantang cuma menu ikan (tenggiri,jenahak,merah,kerisi,cencaru, siakap,bilis) yg dibakar, goreng, stim atau sup. Dah hujung2 pantang sy teringin mkn ayam kampung masak ungkep & daging blackpepper, sy pantang 44 hari je. 😁
Tapi lauk pantang yg paling sy suka ialah homemade crispy peria, garlic & sambal cekur dgn isi ikan tenggiri yg ibu sy buat, sedap sgt! Gaul dgn nasi panas pun dah cukup selera, sbb tu penuh nasi sepinggan. 😆
Bahan-bahan:
Sepotong ikan tenggiri yg digoreng/bakar (ikan lain pun boleh)
3 biji cekur
1 biji bwg merah
1 biji bwg putih
Sedikit lada hitam/cili api
Sedikit perahan air limau
1. Tumbuk semua bahan sehingga lumat.
2. Perasakan ikut selera masing2. Siap!
Alhamdulillah, lepas 2 minggu pantang (bersalin normal), luka jahitan dah kering, dah tak sakit bila berjalan, nak membuang pun tak rasa seriau lagi, jalan pun laju je, tapi lepastu kena sound dgn ibu, katanya jalan tu slow2 sikit kang melecet, duduk bersila pun kena sound. (2 minggu dah pakai seluar yg loose) 😅
Selamat berpantang buat mommies semua! Semoga dipermudahkan segala urusan. 🤱🏻❤️
Kalau lauk macam ni, yang bukan ibu lepas bersalin pun berselera. Memang sedap buat bertambah makan, bangkit selera dengan lauk-lauk ringkas begini. Boleh juga pelbagaikan jenis ikan atau protein yang lain untuk dinikmati bersama sambal cekur ni. Selamat mencuba!