Biskut Mazola Legend Gebu & Cair Di Mulut, 5 Bahan Je, Nak Buat Pun Senang Sangat!

Share

Biskut mazola sememangnya biskut raya tradisi yang sejak dulu disediakan oleh mak-mak kita ketika kita masih kecil. Rupanya nak sediakan biskut ‘legend’ yang satu ini amatlah mudah. Hanya perlukan lima bahan sahaja dan biskut tersedia untuk diterap bersama anak-anak. PKPB yang masih berbaki bersama anak-anak ini, apa kata kita cuba.

Resipi yang dikongsikan oleh Masni Bahari bukan sahaja mudah tetapi resipi biskut mazola yang dikongsikan olehnya cukup gebu dan sedap. Hanya perlukan lima bahan sahaja dan gaulkan sebati sebelum diterap mengikut bentuk kesukaan. Cukup mudah. Jadi jom cuba!

Resipi wajib cuba: Brownies Cookies Ranggup Chewy Senang Tak Rugi Buat Sendiri


Family akak kalau makan mazola harus nak yang gebu. Kalau ranggup nampak gayanya tolak ketepi la. Tak susah pun nak buat, hanya perlu 5 bahan ja.

Bahan-bahan:
3 cawan serbuk kacang tanah (akak bli ja)
2 cawan tepung gandum
1 setengah cawan gula (blend, tak nak manis kurangkan)
Sedikit garam -untuk bangitkan lemak kacang
Minyak mazola -akak beli botol

Satukan semua bahan kecuali minyak. Gaul sekata.

Lepas tu dah boleh tuang minyak mazola, tuang sikit dulu, bukan apa takut terlajak tuang nanti adunan lembik.

Kemudian boleh la tekap ikut kemahuan masing-masing. Dah siap sapu telur kuning atas dia, lepas tu boleh la letak kacang.

Siap untuk dibakar, suhu 180 dalam masa 20 minit. Terpulang oven masing-masing. Kadang oven ni bukan nak sama semua.

Resipi wajib cuba: Senangnya Nak Buat Choco Ball Ni, Tak Guna Oven Pun, Gaul Kepal Dah Boleh Makan!

Published by
Siti Ramlah Mahmud