Bulan depan kita bakal menyambut hari raya, sepanjang bulan ramadan ini pasti mak-mak sibuk menyiapkan kuih raya. Alang-alang tengah buat kuih raya tu boleh buatkan kuih raya mesra bayi untuk si kecil. Tak adalah nanti waktu raya, si kecil mengamuk nak kuih raya orang dewasa kalau dah ada kuih raya dia sendiri kan?
Jom cuba, caranya sangat mudah dengan menggunakan bahan utama yang sama.
Baca:
Hasrat Nak Pakai Sedondon Di Pagi Raya Tak Kesampaian, Anak Maut Digilis Treler
Resepi Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak, Guna Tepung Bestari Je! Berebut Anak Makan
“Jangan Bagi Makan Bergula/Manis” Dr Izzar Kongsi Tip Nak Latih Anak Kecil Berpuasa
Biskut Raya Baby Friendly 🍪
(Basic 3 bahan)
🥨 20 biji kurma (boleh adjust ikut manis masing2)
🥨 1 buku unsalted butter
🥨 2 cawan tepung gandum unbleached
Cara Penyediaan:
1. Buang biji kurma, steamkan then buang kulit. Blend sikit bagi hancur so senang nak gaul. (puree kurma)
2. Pukul unsalted butter dengan puree kurma sampai kembang. (± 10min)
3. Masukkan tepung gandum. Uli sampai doh tak melekat di tangan.
4. Then bahagikan adunan kepada 4 bahagian untuk jadikan 4 jenis biskut.
Anggaran : 600g/4 bahagian = 150g each, Untuk setiap 1 bahagian
🖤 Biskut kurma: tambah 2 sudu tepung jagung [sesuai baby 7 bulan keatas]
🤍 Biskut Oat: Sama macam biskut kurma tapi oat salut di luar sahaja
# Untuk yang pass telur boleh salutkan dengan kuning telur [sesuai baby 7 bulan ke atas]
💛 Biskut cheese: tambah 2 sudu tepung jagung + serbuk cheese [sesuai baby 8 bulan ke atas]
🤎 Biskut coklat : tambaj 2 sudu tepung jagung + 1 unsweetened cocoa powder [sesuai baby 1 tahun keatas]
🔥 Suhu 180°C dibakar selama 25 min [depends oven masing-masing]
Siap untuk dihidang!
Sumber:Siti Nursyahirah Abd Wahab
Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
https://www.youtube.com/watch?v=YMLiCoOw7DU&t=1s
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berat Badan Anak Bawah Garis Normal, Ibu Ini Kongsi Menu Untuk Anak Susah Makan
Bila anak mula makan, perkara pertama yang selalu merisaukan ibu adalah kenapa anak sendiri kurus je, tapi anak orang lain beratnya ok. Lagi haru kalau anak memang jenis susah atau cerewet makan. Kebanyakan anak yang cerewet makan ni kurang berat badan sebabkan pemilihan makanan yang terhad.
Tapi, masalah ni boleh juga di alami oleh anak yang dah semakin aktif atau anak yang kadar metabolisma badannya tinggi (faktor genetik, masalah kesihatan seperti hyperthyroid, dan sebagainya). Kiranya pengambilan kuantiti makanan tetap macam biasa, tapi anak kerap membuang atau poo-poo dan selalunya anak juga cepat lapar. Dalam erti kata lain, makanan yang diambil tu tak sempat nak diproses dan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Bagi Puan Yatie Eimra, masalah anaknya yang turut mengalami kurang berat badan hingga perlu jumpa pakar pemakanan membuatkannya cipta beberapa resipi untuk pastikan berat anak seimbang.
Fydh ni masa kecik dulu pernah gak alami masalah kurang berat badan sampaikan perlu jumpa pakar pemakanan. Anak dahlah memang susah makan, baru dapat “kaki” lagi la berat badan susut. Dah beberapa bulan berat badan tak naik-naik. Graf garisan kuning pun semakin menghampiri merah. Pakar pemakanan sarankan bagi anak makanan yang tinggi lemak, tinggi karbo dan padat nutrisi.
Contoh makanan yang tinggi lemak
-buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
-ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
-keju
-kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
-mentega
-minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
-santan
-serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas. ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
-telur
-yogurt
Makanan tinggi karbo
-beras
-pisang
-ubi (kentang, keledek, ubi bit, dan lain-lain)
Saya kerap masak berasaskan makanan-makanan ni dalam menu utama & menu snek (almaklum ler anak memang cerewet bab makan). Alhamdulillah, masalah anak kurang berat badan tak lama sangat pun & naik sikit-sikit. Syukur gak sebab sekarang ni anak dah banyak perubahan & dah tak susah makan macam dulu. Dah agak lama baru hari ni sempat nak update resipi.. Ada beberapa menu utama & menu snek/kudapan gak. Mak-mak yang ada anak kurang berat badan atau cerewet/susah nak makan, boleh la cuba ye.
Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 biji telur – dikacau sedikit
Sedikit isi ayam – didadu
1½ camca besar butter
1 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Sayur²an pilihan (saya guna cendawan enoki, carrot & kobis)
Serbuk lada sulah/hitam
Garam secukupnya*
Cara-cara:
- Buat telur hancur (scramble egg). Angkat & ketepikan.*
2. Panaskan marjerin hingga cair. Tumis bawang besar & bawang putih tumis hingga layu. (*Boleh juga masukkan telur & buat telur hancur masa ni)
3. Masukkan isi ayam & sayur²an jenis keras (seperti carrot, kobis, cendawan*, dll). Biarkan air/jusnya merenih & kering sedikit.
4. Tambahkan sedikit lada sulah/lada hitam & garam. Gaul rata dan masukkan nasi.
✳elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
✳tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma & jusnya keluar
Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)
Masa Fydh ada masalah kurang berat badan dulu, pakar pemakanan ada cakap kekacang jenis legume (kacang hijau, kacang merah, dhall, dll) dah boleh diambil seawal umur 7-8 bulan. (Tapi sebaik²nya perkenalkan pada usia 8 bulan ke atas sebab sesetengah perut bayi sensitif & boleh menyebabkan angin/kembung walaupun kacang dah direndam 24 jam).
Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan. Saya ni memang suka bertanya tip/petua, tak kiralah doktor ke, orang² tua ke.. jadiknya macam² info saya boleh dapat. Ekeke..
Masa buat resipi ni dulu, saya tak amek gambar pun.. Kebetulan baru² ni ada mak² yang pm tanya resipi tambah berat badan anak. Hari ni saya buat bubur kacang hijau ni untuk menu snek/kudapan dak Fydh. Dah alang² tu amek ler gambar sekali
Bahan-bahan:
½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka & sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)
1 cawan air (gunakan cawan yang sama)
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil butter
Cara-cara:
1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).
2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.
3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis & buangkan buih² yang terhasil.
4. Masak kacang hijau sehingga benar² lembut.
5. Masukkan santan pekat & butter. Kacau & lenyek²kan kacang hijau tadi dengan sudu.
6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.
BAYI 8 BULAN++
–Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan
–Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) & campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak.
–Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup & simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).
ANAK 1 TAHUN++
-Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti & bakar dalam pan. Buat macam ni bukan setakat anak, 1 famili pun boleh makan (jika buat untuk 1 famili makan – pastikan asingkan sikit untuk anak, selebihnya bolehlah tambahkan secubit garam & sedikit gula)
Cara-cara:
1. Lenyekkan roti
2. Sapukan kacang hijau
3. Gulung & potongkan roti kecil²
4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat)
5. Bakar & balik²kan roti hingga garing sedikit.
✳fungsi cuka tu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon
✳fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.
Bahan-bahan:
1 cawan agar² tali (dipotong pendek & disukat dalam cawan)
2 cawan air
1 cawan susu formula/susu segar
1½ cawan santan
2-3 keping keju cheddar (saya guna 3 keping, dah masuk 1 dalam periuk baru teringat nak ambil gambar)
Cara-cara:1. Renihkan agar² dalam air hingga larut
2. Masukkan susu, santan & keju.
3. Kacau hingga keju cair & air mendidih.
4. Masukkan ke dalam bekas & sejukkan.Pastikan guna cawan yang sama untuk menyukat agar² tali & air/susu/santan
Agar² ni rasanya lemak² masin (dari santan & keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.
Sirap/manisan kurma
Puri kurma/beberapa biji buah kurma
Sedikit air
Cara-cara:
1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) & diblend halus
2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan & agar tak terlalu manis)
3. Masak di atas dapur hingga mendidih.
✳bila anak dah 2 tahun++, saya gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma.
✳makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap & kami 1 family pun suka
Cheesy Mushroom Soup with Chicken (dari 10bln++)
Bahan-bahan:
150gm cendawan (sy guna buna shimeji)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit isi ayam (didadu)
3 keping keju cheddar (dicarik kasar)
1-2 cawan susu formula/susu segar/krim
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)
Cara-cara:
1. Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, ayam & kacau. Masak sehingga lembut & hingga keluar jus cendawan. Tutup api & kisar semua bahan tadi bersama cheese.
3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tak berketul) & panaskan bersama susu di dalam periuk. Masukkan cendawan yg telah dikisar tadi serta stok ayam.
4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. Biarkan sup merenih lama sedikit supaya rasanya sebati.
5. Perasakan dengan sedikit lada hitam jika suka.
✳enak dimakan dengan garlic bread
✳boleh tengok post resipi garlic spread saya yang lama
✳insyaAllah, kalau sempat saya akan upload resipi cheesy garlic spread dalam 2-3 hari ni..
Ayam Percik Ala Kelantan/Putih (dari 1 tahun++)
Ni antara menu dak Fydh ni suka makan dulu.. (sekarang dah masuk 3 tahun, citarasa pun dah berubah) Ummi nye pun dah jarang masak percik ni sekarang..Mak² yang ada anak cerewet/susah makan/tak cukup berat tu boleh lah cuba kot serasi dengan anak..
Bahan-bahan:
¼ ekor ayam (ayam seekor saya potong 8 sebab anak makan sikit jer)
1 cawan santan pekat
1 batang serai (diketuk)
½ keping asam keping
Garam/gula*
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
½ inci halia
½ inci lengkuas
Sedikit lada hitam
Cara-cara:
1. Masukkan ayam & semua bahan di dalam kuali. Biarkan mendidih & ayam masak separuh (ayam keluar darah). Keluarkan ayam.
2. Masak kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat.
3. Bakar ayam dalam pan/pemanggang ajaib di atas dapur. Lumurkan dengan kuah, balik²kan & bakar sehingga sedikit garing.
✳elakkan penggunaan garam/gula bagi anak 2 tahun ke bawah
✳boleh tambahkan sebiji kurma (diblend sekali) untuk berikan rasa sedikit manis & naikkan rasa kuah percik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wow Sedapnya Burnt Cheesecake Strawberry Yogurt Ni, Paling Senang Nak Buat, Confirm Jadi!
Selepas Burnt Cheesecake, kali ini kita cuba mencabar diri untuk mencuba Burnt Cheesecake Strawberi Yogurt pula. Rasanya cukup sedap, lembut dan gebu. Bagi anda yang tidak mempunyai ketuhar tidak perlu kecewa kerana kek sedap ini dihasilkan menggunakan Air Fryer sahaja. Cukup mudah.
Bukan itu sahaja malah resipi yang dikongsikan oleh Nadiah Sohaimi ini cukup mudah. Bagi anda yang rasa kurang yakin untuk mencuba, Burnt Cheesecake ini antara yang cukup mudah untuk disediakan. Malah confrim jadi!
Burnt Cheesecake Strawberry Yogurt dengan menggunakan Air Fryer, AF Khind #ARF3000. Alhamdulillah first attempt menjadi.
Resipi:
250g Cream cheese tatura
Strawberry yogurt saiz kecil
1/2 cwn gula (kurangkan kalau tak nak manis)
2 biji telur + 1 telur kuning
1 penutup kecil vanilla
2 sdb lemon juice
2 sdb tepung (ayak dahulu)
1 sdk lemon zest (parutan kulit lemon)
Garam sedikit utk naikkan lagi rasa
Saya gunakan mixer tapi kalau blender pun boleh. Pukul cream cheese dengan gula hingga sebati.
Masukkan yogurt, pukul adunan kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga adunan kembang.
Masukkan vanilla, jus lemon dan garam.
Akhir sekali tepung dan lemon zest. Saya guna spatula untuk gaulkan tepung sebab tak nak terlebih pukul adunan dan tepung.
Untuk adunan kek yang lagi halus. Saya tapis dulu adunan ke dalam loyang size 6 inchi yang telah dilapik dengan baking paper (salut dengan butter jugak untuk extra safety tak nak bagi melekat)
Preheat AF 180° 5 minit, bakar 160° 20 minit. Tambah 180° 10 minit.
Lepas masak, cucuk kek dengan lidi di bahagian tengah, kalau lidi bersih kek dah masak sempurna. Saya tambah 170° selama 2 minit sebab lidi ada melekat sikit.
Hiasan saya tabur icing sugar.
*Lepas siap biarkan kek dalam AF dengan bakul sedikit terbuka supaya kek tak terkejut dengan suhu di luar. Lepas dah sejuk bolehlah sejukkan dalam peti sejuk. Alhamdulillahhh bila guna yoghurt strawberry dia tambah rasa dan bau yang wangi. Selamat mencuba.
Resipi wajib cuba: Kek Planta Rainbow Tanpa Bahan Penaik Tetap Cantik Moist Gebu , Senangnya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tauhu Sumbat Daging Dengan Sambal Kicap. Makan Panas-Panas, Rasanya Cukup ‘Kick’
Teringin nak makan tauhu begedil yang penuh dengan inti, resipi ini sangat mudah untuk anda cuba. Makan pula dengan sambal kicap rasanya cukup ‘kick’. Ramai yang anggap tauhu sumbat daging ni sama seperti tauhu begedil tetapi sebenarnya tak sama.
Beza tauhu sumbat daging ni ia menggunakan tauhu empat segi dan dipotong dua. Jadi lepas dah buat semua inti, bolehlah disumbat dan dicelup telur sebelum goreng.
Jika anak-anak yang susah nak makan nasi, buat resipi ni pun dah boleh mengenyangkan. Bolehlah ikut citarasa anak. Resipi yang dikongsikan Tyra Manan ni dah lengkap dengan step by stepnya dan insya-Allah jadi.
TAUHU SUMBAT DAGING BUKAN BEGEDIL
BAHAN-BAHAN:
Tauhu
Daging cincang – 500g
Bawang putih – 6 ulas
Bawang goreng – 40g
Lada putih – 2tbsp
Garam kasar – 1tbsp
Tepung ubi – 100g
Telur putih – 2 biji
CARA-CARA:
Kisar daging sampai betul-betul halus guna food processer, bila dah halus baru masukkan bawang putih, lada putih, garam kasar, bawang goreng, telur putih, ais & kisar lagi bagi sebati dan jadi kental.
Bila dah sebati semua, keluarkan dan gaul dengan tepung ubi sedikit demi sedikit sampai agak-agak tak melekat kat tangan. Kalau still lagi melekat-lekat boleh tambah lagi tepung ubi.
*Kuantiti ais ikut kehalusan daging untuk jadikan kental.
*Kalau takde food processer boleh kisar guna blender tapi jangan blend terus sekali banyak.
CARA NAK SUMBAT
Potong tauhu jadi segi tiga, belah tengah untuk keluarkan isi tauhu sikit dan sumbatkan daging tadi. Lepastu boleh la goreng.
CARA NAK GORENG
– Kacau telur, black pepper & garam.
– Celup tauhu dalam telur dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas & deep fry.
– Dah siap boleh la makan dengan sos cili ataupun kuah kicap.
Selamat mencuba semua!
Kredit Resipi: Tyra Manan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI