
Hari raya bakal disambut oleh umat islam tak lama lagi. Sekarang pastinya mak-mak tengah sibuk membuat kuih raya sebagai hidangan ringan untuk keluarga. Bagi mak-mak yang gemar mencuba resipi baru, apa kata anda cuba resipi Chocolate Eclairs yang sangat mudah ni.

Dibawah disertakan cara untuk membuat chocolate eclairs yang sedap dengan hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Sangat mudah untuk disediakan dan tak perlu susah-susah nak bakar. Sekali pandang chocolate eclairs ni macam ferrero rocher. Anak-anak pasti suka.
BAHAN-BAHAN:
-Biskut Marie/apa-apa biskut
-Kacang tanah
-Susu pekat manis
-Coklat masakan
-Paper cup

CARA PENYEDIAAN :
-Hancurkan biskut.
-Kacang tanah (sangai dan buang kulit) hancurkan dan kisar kering sahaja.
-Masukkan susu pekat.
-Campur semua sampai boleh bulatkan doh.
-Celop coklat masakan yang dah dicairkan. Masukkan dalam paper cup.
-Simpan dalam peti ais sehingga coklat keras.
-Siap

**Korang agak-agak je nak banyak mana. Nak sedap,kacang lebih.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Norasikin Md Nor Via MAHN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Roti Poket Coklat, Resepi Simple 3 Bahan! Sesuai Untuk Snack Time Baby 8 Bulan

Resepi simple 3 bahan ja tapi sedap! Habis dalam pinggan ni licin hasil air tangan ibu menu ni sesuai snack time untuk baby seawal usia 8 bulan.
Untuk baby bawah 1 tahun, gantikan coklat dengan any spread yang sesuai seperti kaya pandan homemade, manggo spread, peanut butter dan sebagainya.
🍞 Roti Poket Coklat 🍞

Ingredients👇
– Roti
– Unsweetened Coco (1y+) / any spread
– Madu (1y+) / Puree Kurma
1. Mix kan madu/ puree kurma ke dalam unsweetened coco dan sapu atas roti
2. Dan tekapkan roti dengan cawan supaya jadi bentuk bulat
3. Bakar sehingga garing untuk dapatkan texture yang ranggup
Siap! Sesuai untuk snack time baby. Untuk baby 8 bulan, pantau ketika makan supaya tak gag
Kredit: Syazalwidad Bukhri
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Serawa Durian Mudah Disediakan Tambat Selera Anak Dan Suami

Bila musim durian tiba maka di merata-rata tempat akan kelihatan ramai peniaga menjual buah durian.
Bagi peminat raja buah ini memang tak sah kalau tak membelinya. Selain sedap dimakan begitu sahaja, buah durian juga boleh diolah menjadi pelbagai resipi yang sedap dinikmati.
Antara resipi berasaskan buah durian yang sering mendapat tempat di hati peminatnya adalah Serawa durian, Durian crepe, Bingka durian, kek durian dan macam-macam lagi.
Serawa durian atau ada juga yang memanggilnya kuah durian antara menu olahan raja buah yang sangat popular. Tak sah rasanya kalau musim buah durian kita tak masak menu ini.
Baca: Jangan Lepas Peluang Bagi Anak Makan Durian, Boleh Bantu Kualiti Tidur Anak!
Ia biasanya sedap dimakan bersama pulut, roti jala, roti putih, serabai, lempeng atau apa sahaja mengikut selera masing-masing.
Walaupun cara memasak Serawa Durian ini mudah sebenarnya tetapi tak semua orang berjaya mendapatkan hasil yang memuaskan hati di mana kuahnya pekat, likat dan rasa manis sedang elok.
Jom kita belajar cara masak Pulut dan Serawa Durian dikongsi oleh Roslinda Abd Hamid.

Serawa Durian
Bahan-Bahan:
Isi Durian – dari 2 biji durian
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 1/2 ketul gula Melaka
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
Cara menyediakan:
- Masukkan isi durian ke dalam periuk atau kuali bersama gula Melaka dan air.
- Masak di atas api perlahan sambil meleraikan isi durian daripada bijinya dan kacau sehingga gula Melaka larut dan sebati.
- Masukkan santan pekat dan air. Masak sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam.
- Biarkan mendidik seketika.
- Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan serawa.
- Kacau lagi sehingga mendidih perlahan dan tutup api dan siap untuk dihidang.
Pulut

Bahan-bahan:
2 cawan pulut
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Cara menyediakan:
- Rendam beras pulut dengan air yang diletakkan asam keping selama lima jam.
- Toskan beras pulut dan letakkan di dalam loyang.
- Masukkan santan pekat dan air ke dalam beras pulut.
- Pastikan paras pulut sama dengan paras air.
- Taburkan sedikit garam dan gaulkan sebati.
- Kukus selama 20 minit. Bila sudah masak kacau rata seketika dan sambung kukus semula selama 10 minit.
- Angkat dan boleh dicetak menggunakan mangkuk kecil sebelum dihidangkan.
Sumber: Roslinda Abd Hamid

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents atau channel Telegram Pa&Ma https://t.me/majalahpama sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu, Tolong Jauhkan 5 Jenis Makanan Ini Daripada Bayi Ya! Belum Masanya Lagi

Bila bayi sudah mula makan makanan pejal, ibu kena jauhkan 5 jenis makanan daripada mereka sebab belum masanya lagi untuk makan.
Macam-macam menu yang ibu teruja hendak sediakan. Memang baguslah kalau ibu bersemangat untuk memasak sendiri makanan untuk si manja tapi dalam keterujaan jangan lupa ambil tahu apa jenis-jenis makanan yang nampak macam menyihatkan tetapi sebenarnya tak sesuai lagi untuk bayi.
Ini kerana bayi masih belum memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi. Berikut senarai makanan yang tidak sesuai lagi untuk bayi.
1. Jus
“Eh, bukan jus minuman yang berkhasiat ke?” Tentu itu yang anda fikirkan. Tetapi kajian dilakukan oleh pakar pemakanan membuktikan bahawa jus adalah salah satu makanan yang tidak sihat bila diminum oleh bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses membuat jus menyebabkan buah kehilangan semua nutrisi yang baik. Sebaiknya bagi bayi anda makan buah tanpa perlu dijadikan jus.

2. Minuman dalam kotak
Kadangkala tanpa sedar kita bagi anak minum air kotak yang dikatakan berkhasiat untuk si kecil. Sebenarnya anda silap, ia sama sekali tak berkhasiat, bahkan kandungan gula yang ada dalamnya sangat tinggi serta berisiko merosakkan gigi si kecil.
3. Biskut

Bila anak sudah pandai makan kita kadangkala tak perasan tersuap dia biskut yang bukan khusus untuk bayi. Jangan pandang remeh kerana kebanyakan biskut yang dijual di pasaran mengandungi terlalu banyak gula dan garam yang masih belum sesuai diambil oleh bayi. Kandungan gula yang terlalu berlebihan boleh mengganggu pertumbuhan gigi bayi serta berisiko obesiti. Kalau nak bagi makan biskut, lebih baik buat sendiri yang pastinya kita tak tambah gula di dalam adunan (boleh ganti dengan buah kurma lenyek sebagaia perasa manis).

4. Makanan diproses
Makanan diproses atau makanan segera biasanya telah melalui proses pengolahan yang sangat panjang dengan penambahan pelbagai bahan pengawet (untuk tahan lama) dan perisa seperti garam dan gula. Jadi anda boleh bayangkan berapa banyak khasiat dari makanan asal tersebut yang terbuang dan hilang sepanjang proses tersebut.
5. Jeli
Jeli memang kelihatan sesuai untuk bayi makan sebagai pemanis mulut. Tapi, awas walaupun teksturnya lembut dan mudah ditelan bayi tetapi kandungannya yang terdiri daripada gula, perasa dan pewarna tiruan tidak bagus untuk kesihatan bayi.
Mengajar anak makan makanan sihat dan berkhasiat bermula sejak mereka kenal makanan. Bila sudah terbiasa makan yang sihat-sihat tak adalah bila besar nanti anak suka makan jajan sahaja dan tak berselera makan makanan yang berkhasiat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


