Biarpun sudah beberapa hari kita menyambut kedatangan bulan Syawal, tidak bermakna tak boleh buat biskut raya lagi kan? Lagi pula dah ramai tetamu yang berkunjung di rumah, banyak yang dah habis. Jadi bolehlah uat yang baharu untuk top up mana-mana kuih raya yang semakin berkurangan tu kan?
Untuk anda yang menggemari biskut cip coklat jenama terkenal itu, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad ini. Nampak sedap ni, memang makan tak sedar habis sebalang! Memang tak rugilah kalau buat.
Punggah baking area tengok semua bahan ada so kita ONZ terus buat cookies ala Famous Amous ni. Resepi simple sangat, pakai senduk je kacau2 bagi sebati, pastu cubit2 pakai tangan and bakar! Senang kan.. boleh ajak anak2 buat..
Adunan ni dapat 4 bekas yg macam kakbai pakai tu. Bekas kakbai tu hat yg lebar punya bukan yg small tau, so mmg resepi ni dapat banyak, bolehlah share dgn jiran2 sekali.. alang2 tak dapat balik raya, bolehlah gemuk sesama π€π€ͺ
Thanks Anney Z Mustapha yg cantek lagi rajin sudi share recepi dengan kita π
Bahan2 seperti di bawah:
πͺ250 gram Butter
πͺ1 1/4 cawan Brown Sugar
πͺ1 sudu kecil Essence Vanila
πͺ1 biji Telur
πͺ2 1/2 cawan Tepung Gandum
πͺ1/2 cawan Tepung Jagung
πͺ1 sudu kecil Baking Powder
πͺ1 sudu kecil Soda Bikarbonat
πͺ6 sudu besar Minyak Masak
πͺ2 cawan Coklat Cip
πͺAlmond nips / almond flakes βjika suka
Lagi premium (jenis mahal) bahan yg digunakan, lagi sedap rasa cookies ni tau!
1. Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebijik. Kacau leklek just bagi sebati je, takyah sesungguh sgt..
[UPDATE: Ramai yg buat silap kat sini. Jgn pakai mixer. Pakai spatula/senduk/sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau slow2. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup]
2. Dalam bekas yg sama tadi, masukkan pulak tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder pun 1 sudu kecik & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati, pelan2 kayuh..
[UPDATE: Ingat, kacau slow2 je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus stop, buat step seterusnya]
Baca Juga:
Resipi Bubur Nasi 2 Bahan, Mudah Masak. Makan Dengan Lauk Simple, Bertambah Tak Cukup Semangkuk!
Bau Harum, Rasa Sedap. Buat Pes Ikan Bakar Ni, Makan Ramai-Ramai Satu Famili. Terliur Sungguh!
Resipi Ayam Sos Mentega Buat Makan Satu Famili. Sesuai Untuk Ibu Pantang, Memang Sedap!
3. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip.
Masukkan lagi segenggam dalam mulut π€
4. Kacau sebati lagi sampai semua mesra friendly gitu. Masih kacau slow2.. laju2 nak pergi mana?
5. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke or nestum ke, tambah je ikut suka. Mcm kakbai, asingkan sikit utk letak almond nips so dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati jugak..
6. Adunan yg dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30minit. Tutuplah sket adunan tu kang bercampur pulak dengan bau bawang, petai, budu dlm tu pulak π
Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa ni.
7. Sapu tray dengan butter. Takyah letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak2 dalam tray. Kekalkan social distancing seperti dlm gambar kay.. musim PKP ni jgn izinkan mereka bergaul..
[UPDATE: Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri. Tengok gambar dan tiru buat yg sama]
8. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150β guna api atas bawah. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit. Tengok betul2 rupa adunan ni sebelum dibakar. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti kat gambar sebelah boleh tengok adunan mencair sendiri masa dibakar.
9. Nampak tu dia dah start mengembang. Jgn gatal2 nak bukak oven kejap2 nnt bantat jadinya..
10.TADAAA!β¨
Famous Amous PKP cookies is DONE!
Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy, bolehlah ngap dengan rasa bersalah sbb dah nak raya nnt tak sempat kurus π€ͺ Eh ada ke raya tahun ni?
SELAMAT MENCUBA!
Dah siap nnt, antarlah gambar buat bagi semangat kat kawan2 lain nak cuba π
Wah, memang berebutlah makan kalau kita buat biskut raya ni. Maklumlah, rasa premium ala-ala jenama terkenal tu kan. Selamat mencuba mommies!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di ππΌ SINI