Selain biskut popular Almond London, Biskut Snow Almond Cookies ini juga tidak kurang hebatnya. Dengan konsep celupan coklat yang sama, biskut Snow Almond ini lebih mudah jika disediakan lebih awal. Hanya tinggal celupkan sahaja coklat.
Nak resipi snow almond yang rangup dan sedap, jom cuba resipi perkongsian Pn Nor Azliza Mohamed ini. Sedap!
Baru siap buat Snow Almond Cookies ni. Mommy dah banyak kali juga share resepi ni & biasalah rasa happy if dapat share dengan uolls. Jom sama-sama buat geng.
Owh ya, if dah siapkan base cookies tu awal-awal, keje celup-celup cookies akan jadi lebih cepat aagiteww.
Snow Almond Cookies @ Badam Salju
Bahan A:
260g butter
150g gula castor
1 sk esen vanila
50g serbuk badam
Bahan B:
300g tpg gandum
50g tpg custard
50g susu tepung
40g tpg jagung
Bahan hiasan:
Coklat masakan ~ cairkan cara double boiler
Serbuk roti putih ~ utk menyalut
Pukul bahan A hingga berkrim.
Masukkan pula bahan B. Uli hingga jadi doh yang lembut.
Canai dan terapkan dengan acuan yang digemari.
Susun dalam loyang, bake 170° 25-30 minit, bergantung kepada oven masing-masing.
Setelah bakar, sejukkan biskut.
Celup biskut ke dalam coklat masakan yang dicairkan, cara double boiler.
Golekkan biskut ke dalam serbuk roti (breadcrumb)
Simpan biskut dalam bekas kedap udara!
Menarik: Biskut Cornflakes Wangi, Rangup & Lemak Berkrim, Resipi Legend Paling Mudah Buat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI