Tidak sah beraya bila mana biskut yang satu ini tidak disediakan sendiri menjelang raya. Biskut cornflakes madu antara biskut yang cukup popular malah laku keras sepanjang tempoh itu. Bukan untuk tetamu sahaja, bahkan anak-anak boleh menghabiskannya sebelum raya. Jadi ibu perlulah sediakan stok berganda supaya bekalan sepanjang raya mencukupi.
Biskut Cornflakes madu yang disediakan oleh Azwa Rahim ini cukup simple dan mudah. Hanya empat bahan sahaja, siap tersedia. Jom cuba.
Dah tidur ke tu guys? Sis tengah busy buat biskut raya favourite anak-anak. Biskut cornflakes madu yang senang dan sedap. Resipi ada pada setiap gambar.
4 bahan mudah:
Cornflakes
Setengah butter
Madu setengah cawan
Gula perang setengah cawan
Colour rice utk perhiasan (optional)
Ads
Cairkan butter dalam kuali.
Masukkan gula perang.
Masukkan madu.
Ads
Masukkan cornflakes.
Gaul rata.
Susun cawan kertas dalam tray.
Ads
Bakar suhu 160 dalam 10 minit. Jangan lebih dari 1 minit. Nanti hangit.
Tada….kena sorok jauh-jauh dari anak-anak ni. Nanti tak sempat raya dah habis.
Ayam goreng rangup biasa mungkin dah terlalu sebati dengan anak-anak. Kali ini cuba cari kelainan dengan Ayam Goreng Kari pula. Nak buat macam mana?
Idea resipi perkongsian dari superdaddy, Khairul Abdullah ni kena cuba. Memang lain dari yang lain.
Nahh, Ayam Goreng Kari. Suami-suami maulana semua, bolehlah masakkan ni untuk ratu hati intan payung kau di rumah tu yer. Senang ni, tapi lazat yakmat. Pasti bini kau suka.
Bahan-bahan nak kena ada.
½ ekor ayam, dipotong dan digaram kunyitkan dia
2 biji kentang dipotong baji
1 biji bawang besar dihiris nipis
3 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih dihiris nipis
5 ulas bawang merah dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 batang serai diketuk
2 sudu Serbuk Kari Ayam Daging
2 sudu Serbuk Kari Ikan
3 sudu sos tiram
1 sudu gula
Garam secukup rasa.
1. Goreng ayam sampai masak dan ketepikan. Goreng pula kentang sampai keperangan dan ketepikan. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit sekitar 6 sudu untuk menumis.
2. Tumis hirisan bawang besar sampai garing rangup dan masukkan sedikit daun kari, kacau sekejap dan angkat. Letak atas tisu dapur, biar dia serap minyak.
3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, rempah 3 sekawan, halia, serai dan daun kari sehingga harum dan masukkan rempah kari daging dan kari ikan. Kacau cepat-cepat dan masukkan sos tiram. Kacau sebati dan masukkan sedikit air, dan kacau sedikit lagi biar memekat.
4. Masukkan ayam dan kentang lalu kacau sebati. Masukkan sebahagian bawang besar goreng tadi dan kacau. Tutup api dan hidangkan dalam bekas dan taburkan baki bawang besar goreng tadi.
Jangan memeningkan kepala menyediakan biskut yang remeh dan sukar hendak disediakan. Jika anda masih tercari-cari biskut untuk disediakan buat anak-anak dan keluarga, Biskut Suji Badam ini antara biskut wajib anda cuba.
Penyediaannya dan cara membuatnya cukuplah mudah. Hanya gaulkan sahaja, terap dan bakar hingga masak. Malah bahan yang digunakan sahaja cuma hanya empat bahan. Resipi biskut comel yang dikongsikan oleh Maria Bentalib ini mama wajib cuba. Memang sedap!
BISKUT SUJI BADAM YANG PALING COMEL
Ni lah dia sekut yang Maria suruh korang teka semalam tu. Memacam jawapan ada. Biskut lembu lah, biskut sauh lah, kreatif dan inovatif sungguh korang ni lah.
Bahan bahan:
1 kg tepung gandum
300 g gula caster
400 g ghee
100 g serbuk badam
Pukul minyak ghee dengan gula dulu.
Lepas tu masukkan tepung dan serbuk badam. Kacau sebati.
Dalam kesibukan membuat persiapan hari raya, pasti kaum ibu akan merasa letih. Sakit badan dan rasa penat akan membuatkan kita mungkin akan menjadi stres dan mulalah hilang mood. Salah satu cara nak hilangkan rasa lemau tu, bolehlah dibuat air jamu ini.
Mudah saja dan bahan-bahan pun tak susah nak cari. Sarifa Redzuan II ada berkongsi resipi air jamu sesuai untuk menambah tenaga.
JAMU UNTUK TENAGA DAN AWET MUDA
Harini badan lemau cikgu terus buat jamu ni. Jamu ni sesuai untuk laki perempuan serta remaja. Lepas minum raserr ringan badan. Sakit kepala berkurang. Sesuai diminum 1 cawan setiap hari.
Bagus ni untuk spa owner yang nak bagi pelanggan minum sebagai welcome drink awak. Bestt taww. Pasti pelanggan pown teruja nak datang selalu minum.
Perghh arrooma dia. Memang superb! Lepas minum paling best burrrpp, burrppp angin keluar. Lega aihhh…
Selain dibuat jamu, air rebusan ini juga untuk redakan masalah sinus. Untuk sinus perlu di steam muka tu sambil menyedut aroma ni. Untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.
Lagi satu boleh buat rendaman kaki singkirkan toksin untuk rendaman kaki perlu tambah garam taww. Untuk mandian pon boleh ye. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Pastu tambah la 2-3 cawan garam.
Pastu boleh mandi buat bilasan terakhir. Nak lagi best, rebus dan steam badan awak tu boleh juga buat bertangas.
Bahan-bahan: Sedikit halia 2 batang serai 1 sudu kecil halba campur 1 sudu kecil bunga cengkih 1 sudu kecil biji pelaga 2 batang kulit kayu manis 1 sudu kecil bunga lawang 1-2 sudu madu
Cara membuat: 1. Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Halia dan serai diketuk.
2. Masukkan pudina dalam rebusan. Rebus dalam 10 minit.
3. Tapis air dan masukkan satu sudu besar madu. 4. Kacau sehingga sebati.
Tara…. Dah siap jamu awek muda yang mampu tambah tenaga. Cuba taww… Sedapp sangattt..
Sesuai diminum bukan saja kaum ibu tapi kalau ayah dan anak remaja pun sesuai. Bonus, siap boleh jadikan air rendaman kaki dan untuk mandi. Selamat mencuba, jadi ikhtiar untuk kurangkan rasa letih waktu beraya ni kan!