Biskut Wajib Untuk Anak-Anak, Cuba Cornfkakes Madu Dengan Gula Perang Ni Pula, Sedap!

Share

Tidak sah beraya bila mana biskut yang satu ini tidak disediakan sendiri menjelang raya. Biskut cornflakes madu antara biskut yang cukup popular malah laku keras sepanjang tempoh itu. Bukan untuk tetamu sahaja, bahkan anak-anak boleh menghabiskannya sebelum raya. Jadi ibu perlulah sediakan stok berganda supaya bekalan sepanjang raya mencukupi.

Biskut Cornflakes madu yang disediakan oleh Azwa Rahim ini cukup simple dan mudah. Hanya empat bahan sahaja, siap tersedia. Jom cuba.


Dah tidur ke tu guys? Sis tengah busy buat biskut raya favourite anak-anak. Biskut cornflakes madu yang senang dan sedap. Resipi ada pada setiap gambar.

4 bahan mudah:
Cornflakes
Setengah butter
Madu setengah cawan
Gula perang setengah cawan
Colour rice utk perhiasan (optional)

Cairkan butter dalam kuali.

Masukkan gula perang.

Masukkan madu.

Masukkan cornflakes.

Gaul rata.

Susun cawan kertas dalam tray.

Bakar suhu 160 dalam 10 minit. Jangan lebih dari 1 minit. Nanti hangit.

Tada….kena sorok jauh-jauh dari anak-anak ni. Nanti tak sempat raya dah habis.

Warna warni Aidilfitri dah terasa.

Resipi wajib cuba: Tak Perlu Oven Tak Payah Bakar Biskut Makmur Simple Tapi Super Sedap Guna Sukatan Cawan Je!

Published by
Siti Ramlah Mahmud