Buah hati Scha al-Yahya dan Awal Ashaari, Lara Alana sering jadi perhatian ramai. Bukan kerana kepetahannya bercakap tapi turut diajar adab yang baik oleh kedua ibu bapanya.
Melalui entri di instagramnya dalam salah satu perkongsian video, Lara dilihat sentiasa memulakan bacaan Bismillahirahmanirahim setiap kali makan.
Caranya makan penuh dengan adab dan tertib walaupun baru berusia 4 tahun sehingga dipuji oleh netizen.
Bagus didikan Scha dan Awal
Ads
Suap je Bismillah
Ads
Betullah orang kata, apa yang ibu bapa ajar di rumah itulah yang anak ingat sampai bila-bila. Bawah usia 6 tahun anak akan serap apa yang dilihat dan didengar di sekelilingnya. Sebab itulah contoh yang baik untuk anak-anak adalah ibu bapa.
Ads
Sebelum ini pun Awal ada juga memuat naik video Lara membuat brownies. Setiap kali hendak memasukkan bahan brownies ke dalam mangkuk, Lara tak lupa untuk sebut Bismillah.
Bertuah Scha dan Awal kerana berjaya jadikan perkataan Bismillah itu sentiasa meniti di bibir anak daranya sebelum memulakan sesuatu perkara yang hendak dilakukan.
Sumber: ig laraalana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa sedar ramai ibu ayah selalu berjanji dengan anak tapi kadangkala terlupa nak tepati. Rupanya perbuatan ini sangat tidak bagus kerana beri kesan buruk pada perkembangan psikologi anak.
Ibu ayah selalu menjanjikan sesuatu pada anak sama ada pergi ke suatu tempat atau membelikan barang kesukaan anak tapi selalu juga ibu ayah tidak sengaja atau sengaja memungkiri janji kerana ada keperluan atau alasan lain.
Mungkin kita beranggapan si kecil berusia 2 hingga 6 tahun tidak ingat dengan janji-janji yang diberikan sehingga kadangkala tanpa sengaja atau tidak kita melupakannya.
Namun sebenarnya anak tidak boleh melupakan begitu sahaja. Setiap hari dia akan menuntut apa yang dijanjikan supaya dapat dipenuhi segera. Walaupun permintaan tersebut telah berlalu beberapa minggu atau pun bulan, tetapi anak akan terus ingat dan menuntutnya.
Jangan main-main bila berjanji pada anak
Mengabaikan janji pada anak sebenarnya tidak bagus dan berisiko memberi kesan buruk pada perkembangan psikologi anak. Kenapa? Kerana setiap hari anak akan terus belajar dan meniru untuk membesar dan sudah tentu sumber terdekatnya belajar adalah dari kedua ibu bapa.
Oleh kerana ibu ayah adalah model contoh anak belajar banyak perkara, maka memungkiri janji akan menyebabkan anak susah untuk percaya dan menganggap janji yang diucapkan oleh ibu bapanya adalah bohong. Paling membimbangkan bila anak akan mencontohi perkara itu dan kerap berbohong walaupun dalam hal-hal kecil.
Namun sebagai manusia biasa kadangkala kita tak terlepas daripada mengalami masalah atau kesukaran untuk memenuhi janji tersebut. Maka sebaiknya kalau tak dapat memenuhi janji pada anak segeralah minta maaf padanya dan jelaskan alasannya. Anda boleh tukar kepada alternatif lain sebagai ganti pada janji yang tak boleh dikotakan.
Bila ibu bapa menepati janji pada anak secara tak langsung telah mengajar tentang kepercayaan dan menghormati orang lain. Sebaliknya jika dengan sengaja ibu ayah tidak menepati janji, maka anak akan hilang percaya pada anda dan paling teruk mengikut tingkah laku tersebut.
Sebaiknya elakkan daripada suka menabur janji pada anak. Bimbang kita tak dapat menepatinya tanpa alasan yang munasabah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak latih kemahiran berfikir pada anak, ibu ayah boleh aje lakukan beberapa aktiviti mudah di rumah. Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif.
Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil lagi. Apakah aktiviti-aktiviti yang dapat membantu membentuk kreativiti?
1.Menconteng, mewarna dan melukis
Anak-anak kecil amat suka melukis. Anda pasti pernah melihat lakaran-lakaran pada badan anak dan tertanya bila masa anak anda menconteng dirinya. Atau anda pasti terkejut dengan karya seni anak yang tiba-tiba terpapar di dinding rumah yang baru dicat. Anak suka melukis dan akan melukis apabila diberi kesempatan.
Dengan itu bekalkan anak dengan kertas dan alat tulis yang sesuai dari segi kuantiti serta jenisnya. Sediakan juga buku-buka mewarna untuk anak. Anak yang suka menconteng, melukis dan mewarna akan sentiasa mempunyai aktiviti yang bermenafaat dan kurang masa untuk melakukan sesuatu yang tak berfaedah.
Lazimnya, aktivti ini akan menjadi hobi anak sehingga dia dewasa. Kemahiran melukis meningkatkan otak kanannya. Ia adalah suatu kemahiran yang berguna walaupun dia seorang doktor.
2. Seni dan kraf
Selain dari melukis, libatkan anak-anak dalam aktivti bercorak kraftangan. Ajak anak menghasilkan karya seni atau kraf dari bahan buangan. Ini akan memupuk rasa sayangkan alam sekitar di samping membentuk daya kreativiti anak. Mengajar anak seni lipatan seperti origami juga membina daya kreativiti anak serta membantu membangunkan pergerakan motor halusnya.
3.Bermain lego dan blok
Ia berupaya membina kreativiti dari kedua-dua permainan ini. Anak dapat menghasilkan karya yang kadang kala diluar dugaan kita dengan menggunakan lego dan blok. Malah mereka akan menceritakan apa yang terdapat pada rekaannya dan kenapa rekaannya sebegitu. Permainan blok serta lego juga mengembangkan daya kognitif anak. Konsep ruang, tinggi, rendah serta besar, kecil dapat dipelajari secara tak langsung,
4.Jigsaw puzzle
Salah satu aktiviti yang dapat membina kreativiti anak adalah jigsaw puzzle. Anak harus mampu melihat gambaran yang menyeluruh untuk menyelesaikan jigsaw puzzle. Anda boleh memperolehi berbagai jenis jigsaw puzzle pada tahap yang berbeza. Bermulalah dengan jigsaw puzzle yang mudah; yang mempunyai 2 hingga 3 pecahan dan pertingkatkan cabaran. Malah anda boleh menghasilkan jigsaw puzzle anda sendiri dengan menggunakan gambar dari poster atau yang dicetak dari alam maya. Pertama kali melaksanakan aktivti ini pastikan gambar yang dipilih adalah gambar yang mudah dan dikenali anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila sebut tentang kanak-kanak, memang menjadi lumrah mereka suka merajuk, marah dan mengamuk tak tentu pasal. Kadang-kadang hal tersebut kita rasakan terlalu ‘simple’ untuk membuatkan anak marah, tapi begitulah kanak-kanak.
Sukar untuk memahami perasaan mereka, tingkah laku mereka yang sekejap okay tapi tak lama kemudian berubah menjadi raksaksa kecil. Namun adakah ada cara untuk membuatkan anak tenang ketika dirinya sedang mengamuk? Ikuti perkongsian ini.
ANAK LEBIH CEPAT BERTENANG BILA RASA DIRI DIFAHAMI
Diulang.
‘Anak lebih cepat bertenang bila rasa diri difahami.’
Saya teringat anak saya pernah meraung kat Sunway Lagoon. Semata-mata sebab dia teringin makan capati.
Kau tengah berseronok dalam tu, tiba-tiba dia petik benda yang tak wujud kat tempat tu.
Aje yang bikin panas. Dah la banyak mata yang memerhati.
Mujur saya teringat ‘quote’ kat atas tu.
Saya pun duduk depan anak. Pandang mata dia dan cakap dengan tenang.
“Aqlan tiba-tiba teringin makan capati ke?”
Anak saya mengangguk. Tiba-tiba tangisan dia tadi turun dari skala 10 ke skala 5.
“Mama pun teringin. Sedapnya kalau dapat makan capati kan. Tapi Aqlan, kat sini tak ada jual capati. Apa kata kita cari makanan lain dulu. Keluar nanti, kita cari kedai yang jual capati.”
Ibarat hujan lebat yang berhenti tiba-tiba. Aqlan terus mengangguk, senyum dan jawab sepatah “OK”.
Mak pulak yang konfius.
Macam kena game pun ada.
Memang betullah.
Ajaib betul emosi anak boleh mereda bila mereka rasa diri difahami.
Anak sulung saya pun pernah mengamuk. Semata-mata ter-kaler orang dengan warna coklat gelap.
Kalau ikut logik akal sendiri, rasa nak mengamuk balik pun ada. Benda kecik boleh setel gini pun nak mengamuk.
Sebelum mengamuk, saya ingat balik ‘mantra’ kat atas ni. Saya pun cakap pada dia.
“Ammar tak suka warna macam ni? Nampak buruk? Ammar rasa rosak dah lukisan Ammar?”
Bertalu-talu anak saya mengangguk, membalas pertanyaan saya. Ajaibnya, amukan anak saya tadi terus reda.
“Nak mama tolong tak? Mama cuba padam, lukis balik. Kemudian kita test kaler lain kat kertas lain sebelum kaler balik, ok?”
Macam orang rasuk kena jampi, dia terus ok. Siap senyum lagi.
That easy!
Lepas ni, kalau anak korang mengamuk, repeat ayat kat atas tu. Untuk ingatkan diri,
‘Ok relax. Ada cara nak tenangkan dia’.
Teknik ajaib ni dinamakan VALIDATION.
Bila anak rasa emosinya divalidasi, ada 3 KESAN POSITIF yang berlaku:
✅️ Spark otak rasional untuk connect dengan otak emosi.
✅️ Anak lebih tenang sebab rasa diri difahami.
✅️ Anak akan belajar gunakan perkataan untuk ekspresikan apa yang mereka rasa di lain hari akan datang.
Dan yang paling penting, dalam jangka masa panjang, kita mendidik anak mencari solusi.
Kita membiasakan anak menggunakan otak rasional untuk kawal emosi. Bukan biarkan diri dikuasai emosi.