Ramai yang tertanya-tanya bagaimana petugas perubatan menjahit koyakan yang terjadi semasa proses kelahiran. Doktor ini menerangkannya.
Proses kelahiran secara normal atau vaginal birth akan menyebabkan koyakan. Dr Muhammad Izzat menerangkan jenis-jenis koyakan yang terjadi semasa proses bersalin, bagaimana ia dijahit & apa kriteria yang ditekankan dalam proses jahitan ini.
Luka pada bahagian faraj semasa proses kelahiran terbahagi kepada 4 tahap. Berikut ialah penjelasan beliau;
4 TAHAP KOYAKAN FARAJ SEMASA BERSALIN
Secara ringkas boleh saya huraikan luka atau koyakan bersalin terbahagi kepada 4 jenis
Tahap 1 – luka pada kulit ataupun luka sedikit pada lapisan dalam faraj
Tahap 2 – luka melibatkan otot dalam, tapi tapi tak melibatkan otot injap pada lubang dubur
Tahap 3 – bila luka dah melibatkan koyakkan otot injap dubur ( sama ada external atau internal sphincter )
Tahap 4 – luka melibatkan koyakan injap otot dubur dan bahagian dubur yang lebih dalam ( anorectal mucosa )
Maka lepas beranak, doktor atau misi akan tengoklah dulu luka tu jenisnya bagaimana. Yang mana misi boleh jahit, dia akan jahit. Cuma yang susah-susah tu, misi akan roger Doktor la untuk menjahitnya.
TAHAP 3 & 4 KOYAKAN TERUK, JAHITAN PERLU DILAKUKAN DI DEWAN BEDAH
Koyakan tahap 3 dan tahap 4 ni dikelaskan sebagai koyakan teruk sebab melibatkan lubang dubur. Yelah, lubang dubur kan kotor, bakteria banyak kat situ. Kalau tak dijahit dengan berhati-hati kuman boleh tersebar kat luka, lambat baik, dan boleh terjadi jangkitan kuman pula.
Nak ‘repair’ koyakan tahap 3 dan 4 biasanya saya buat di dewan bedah. Bius separuh badan diberikan, so pesakit akan bertenang dan relaks.
Otot-otot dubur yang koyak tu pun akan kurang regang maka proses menjahit akan jadi lebih senang dan cantuman luka koyak boleh dibuat dengan teliti. Takdeler insiden tendang menendang doktor masa menjahit tu kan?
Antibiotik pun akan diberikan sebelum proses menjahit tu.
TAHAP 1 & 2 AKAN DIBERIKAN BIUS SETEMPAT
Untuk koyakan tahap 1 dan 2, biasanye misi akan jahit untuk cantumkan otot dangan otot, kulit dengan kulit. Dengan bahasa mudah, nak jadikan faraj tu nampak seperti asal sebelum koyakan tu bersalin. Nak jahit koyakan tahap 1 atau 2 pun, misi bagi jugak bius, tapi bius ni namanya bius setempat ( bius dicucuk pada tempat koyak tu sebelum dijahit ), takda ler jahit hidup-hidup. Tipu sangat!
KRITERIA JAHITAN PERINEUM & FARAJ KEMBALI KE KEADAAN ASAL
Maka, konsepnya mudah jahitan koyakkan bersalin ini untuk menjadikan perineum dan faraj kembali kepada keadaan asal, tak mengira berapa banyak jahitan ataupun jenis jahitan – tulang belut, sembat susup, jahitan guni, jahitan tepi dan seumpama dengannya.
Asalkan perineum itu bercantum semula, dan nampak luaran macam faraj/vagina dah lebih dari cukup, kalau nampak macam muka anak si bahenol yang perempuan tu, dah lain cerita tu.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan