Biasanya bila anak demam, mamalah orang yang paling resah dan susah hati. Takut nak tidur malam dan sebagainya. Bimbang juga suhu anak tiba-tiba naik mendadak dan risiko pada masalah lain ketika demam.
Namun bagi Black, dia mengambil alih kesemua tugas ini dan merasakan ia sebagai satu tanggungjawabnya memantau anak ketika demam. Malah menurut isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau lebih senang dipanggil Cira, Black cukup menitik beratkan hal-hal semacam ni.
Kedua-dua anaknya, Khaleef Dayyan dan Rindu Dayanna dijaganya dengan rapi bila anak tidak sihat.
” Dulu masa Dayyan kecil, kalau demam dialah yang berjaga malam untuk memantau suhu badan anak setiap jam. Sekarang ada Rindu pun sama. Siap kunci jam, takut tak terbangun. Risau dia kalau tiba-tiba suhu anak naik mendadak,” cerita Cira.
Wah hebatnya cara Black, prihatin dan ambil berat setiap kali anak demam. Malah Black sempat berkongsi cara yang diamalkannya dan isteri untuk meredakan anak suhu panas anaknya.
1. Pertama sekali saya akan check suhu badan anak. Kalau lebih daripada 38 C, itu kita kena berjaga-jaga. Apa yang kita perlu buat?
2. Rendamkan sekejap anak dalam air atau senang cerita mandikan dia. Tapi itu kalau dia nak, kalau anak menangis dan rasa tak selesa boleh gunakan spray dan spray satu badan atau ambil tuala, basahkan dan lapkan pada seluruh badan.
3. Kita kena check dengan orang bertauliah ataupun doktor, saya selalu check dengan doktor saya, macam mana keadaan anak saya bila suhunya 38 C. Dengar apa kata nasihat doktor. Kalau malam tak ada ubat jadi kita kena pantau anak. Kalau siang bolehlah beli ubat.
4. Saya akan berjaga malam sebab kalau suhu anak terlampau panas, malam tu saya akan berjaga untuk pastikan suhu badan anak tak berada di tahap berbahaya.
5. Esoknya barulah saya ke farmasi dapatkan ubat. Inilah cara saya, alhamdulillah sampai besar saya tak pernah bawa Dayyan ke hospital, saya jaga sendiri. Alhamdulillah.
Pandai Hias Rumah
Rupanya di rumah Black bukan hanya pantau dan ambil kisah hal anak bahkan dia turut berkongsi rasa melalui susun atur dan gaya hiasan di rumahnya.
Kata Cira lagi, kesemua dekorasi dalam rumahnya adalah hasil idea Black.
“Bab-bab mengemas, dekor dan menghias rumah, semua jadi kesukaannya. Bukan menukar perabot baru tapi Black cukup kreatif mengolah perabot lama menjadi baru.”
Rupanya kabinet hiasan di ruang tamu yang berwarna hijau klasik merupakan sentuhan citarasa Black. Dia memilih untuk mengecat sendiri dan kemudian gores dengan kertas pasir untuk dapatkan kesan rustik klasik. Memang superb!
Bukan itu sahaja rupanya Black juga pandai bercucuk tanam. Kesemua jenis daun herba dan beberapa pokok lain ditanam dan dijaganya dengan baik. Alahai bertuahnya Cira dan anak-anak.
Kredit: @black.hanifah