Black Hanifah Sambut Kelahiran Anak Kedua. Dayyan Excited Jadi Abang!

Share

Penyanyi Black Hanifah menimang cahaya mata kedua apabila isterinya,  Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira selamat bersalin semalam.

Cira telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada Khamis, 25/10/2018 1:56 pagi. Khabar gembira itu dikongsikan Black di Instagramnya.

RAKAMAN VIDEO MOMEN KELAHIRAN

Video rangkuman dari momen indah sebelum bersalin  dan selepas bersalin Cira dimuat naik. Terdapat juga gelagat anak pertama mereka Khaleef Dayyan, 3 tahun  yang begitu teruja nak bertemu dengan adik barunya.

“Dayyan dah dapat adik!!! Alhamdulillah.. terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yang baru lahir ini.

Video tersebut disertakan dengan kapsyen berikut;

black.hanifah Dayyan dah dapat adik!!! ?Alhamdulillah..terima kasih kepada semua yg sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yg baru lahir ini..bayi dan mommy sihat walafiat… aamiin.. 25/10/2018 1:56 AM .. its a….. 

BAYI PEREMPUAN

Bayi yang dilahirkan ini ialah perempuan seberat 2.88kg. Kelahiran anak kedua mereka ini cukup istimewa buat Black dan isteri yang sebelum ini mengalami 3 keguguran.

Para peminat & pengikut Black mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan bayi dan Cira. Masing-masing berdoa dan ruangan komen dipenuhi ucapan tanhiah buat Black sekeluarga.

Sumber: black.hanifah


Anak aktif dan hyperaktif pun selalu disalah anggap. Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Ikuti rencangan TV Pa&Ma 30 Oktober 2018, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.

Published by
Azma ML