Walaupun buah bluberi bersaiz kecil, ia mempunyai banyak khasiat. Antaranya vitamin C, vitamin K dan manganese.
Buah ini juga merupakan salah satu daripada makanan yang kaya dengan antioksidan. Skor ORAC bagi buah ini ialah 9,621 lalu menjadikannya sebagai makanan yang tertinggi dalam kandungan antioksidan.
Memandangkan buah ini bagus untuk kesihatan, maka sudah pasti ia baik untuk si kecil. Jom ketahui manfaat buah bluberi untuk anak anda.
Mencerdaskan otak
Bluberi mengandungi phenols dan asid gallic yang dikenali sebagai agen perlindungan saraf. Menurut pengkaji dari Iran, hal ini menunjukkan buah ini mampu melindungi otak daripada kehilangan fungsi sel, neurotoksiti dan tekanan oksidatif.
Ads
Kajian turut mendapati bahawa dengan pengambilan lebih banyak buah beri, ia memberi kesan dalam memperlahankan masalah penurunan fungsi kognitif dan meningkatkan ingatan serta fungsi motor.
Para saintis mempercayai bahawa hasil ini adalah disebabkan oleh kandungan antioksidan yang ada di dalam buah seperti bluberi melindungi tubuh badan daripada tekanan oksidatif sekali gus mengurangkan keradangan.
Menyokong pencernaan
Memandangkan bluberi adalah sumber serat larut dan tak larut, ia membantu saluran pencernaan.
Ads
Pengkaji dari Univesity of Maine, Vivian Chi-Hua menyatakan penambahan bluberi ke dalam diet boleh membetulkan keseimbangan kandungan mikrob di dalam perut.
Kajiannya menemui bluberi mengandungi probiotik (bakteria baik) yang membantu pertumbuhan bakteria di dalam usus dan memudahkan proses pencernaan.
Baik untuk kulit
Kandungan vitamin dan mineral di dalam bluberi menyeimbangkan kestabilan hormon. Malah ia mengandungi resveratrol yang terbukti berupaya mengurangkan kerosakan kulit akibat pendedahan di bawah sinaran matahari yang akhirnya menggelapkan kulit.
Ads
Ia juga berupaya merawat kerosakan makular secara semula jadi dan meningkatkan penglihatan.
Dalam pada itu, sekiranya mahu menghidangkan bluberi sebagai kudapan kepada anak, pastikan makan buah ini dalam keadaan yang segar dan semula jadi.
Oleh yang demikan, kandungan nutriennya tetap terpelihara dan anak anda bakal mendapat manfaat daripada khasiatnya.
Sumber: Tengku Asmadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu mengandungi pelbagai nutrien penting yang diperlukan oleh kanak-kanak seperti vitamin dan mineral. Kalsium yang terkandung di dalamnya juga amat penting untuk perkembangan tulang manakala karbohidrat dan protein pula penting untuk tumbesaran. Tapi tahukah kandungan gula yang tersembunyi dalam susu anak anda?
Kebanyakan ibu bapa menghadkan pengambilan gula anak mereka kerana pengambilan gula berlebihan mungkin boleh menigkatkan risiko obesiti dan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup yang tidak sihat.
Semasa memilih susu rumusan untuk kanak-kanak, ibu-bapa hendaklah mengambil kira kandungan gula tambahan dalam susu tersebut.
Mengikut statistik terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, lebih daripada 6% kanak-kanak di Malaysia di bawah umur lima tahun dikenal pasti mempunyai berat badan berlebihan.
Manakala, lebih kurang 12% kanak-kanak dan remaja berumur di bawah 18 tahun pula diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan atau obesiti!
Fakta ini mengejutkan bukan?
Kanak-kanak sebenarnya tidak memerlukan gula tambahan yang berlebihan di dalam sajian harian mereka. Jadi kenapa gula telah ditambah dalam susu anak anda?
APAKAH GULA TAMBAHAN?
Gula tambahan ialah gula dan sirap yang ditambah ke dalam makanan dan minuman ketika dalam proses atau penyediaannya. Ini tidak termasuk gula semula jadi seperti yang terdapat dalam susu dan buah-buahan.
BERAPAKAH BANYAK GULA TAMBAHAN TIDAK DIANGGAP BERLEBIHAN?
Fakta yang mengejutkan ialah kebanyakan kanak-kanak pada peringkat prasekolah di Malaysia mengambil gula sebanyak 7.6 sudu teh gula setiap hari!
Garis Panduan Pemakanan Malaysia (MDG) untuk Kanak-kanak dan Remaja 2013 yang mencadangkan agar kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun tidak mengambil lebih daripada tiga sudu teh gula tambahan setiap hari.
KENAPA GULA TAMBAHAN YANG BERLEBIHAN TIDAK BAIK?
Meningkatkan kemungkinan obesiti.
Memberikan impak kepada deria rasa dan menyebabkan kanak-kanak gemar makanan atau minuman yang manis.
Meningkatkan risiko masalah kaviti.
BAGAIMANAKAH MENGENALPASTI GULA TAMBAHAN?
Gula tambahan mempunyai nama-nama yang berbeza dan rumit! Kenal pasti beberapa nama-nama gula tambahan seperti yang tertera di sini:
Maltodekstrin
Pepejal Sirap Glukosa
Sukrosa
Gula Perang
Pepejal Sirap Jagung
Dekstrosa
Glukosa
Fruktosa
Maltosa
TAHUKAH ANDA?
Laktosa adalah sejenis gula semula jadi yang terdapat dalam susu. Tetapi jika laktosa terdapat di bahagian ramuan pada label makanan, ia bermakna ia telah ditambah masuk ke dalam produk tersebut!
APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
Semasa memilih susu tepung rumusan untuk anak anda, penting untuk memilih susu tanpa gula tambahan.
SEMAK LABEL UNTUK GULA TAMBAHAN DENGAN 2 LANGKAH MUDAH!
Langkah 1: Kenal pasti senarai ramuan.
Langkah 2: Cari nama-nama gula tambahan seperti tertera di atas.
Tahukah anda? Semakin awal gula tambahan berada dalam susunan ramuan, semakin tinggi kandungannya dalam produk tersebut.
Anmum™ Essential adalah satu-satunya susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan 0% Gula Tambahan* dan 100% Kebaikan Susu.
Kini dengan Mind-Q Connect, mengandungi DHA dan 2x lebih GA® (Gangliosida)**.
Jadi ibu-bapa, maksimumkan hubungan sel-sel otak anak anda hari ini dengan berinteraksi bersama anak dengan pemakanan yang baik.
*Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih didefinasikan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL231997.
CODEX mewujudkan dan meyelaraskan garis panduan dan kod amalan piawaian makanan antarabangsa.
Di bawah Akta Pemakanan Malaysia1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa dan Madu didefinasikan sebagai bahan pemanis.
Di bawah Piawaian Pemakanan Australia New Zealand – Standard 1.1.2, Sirap Glukosa, Maltodekstrin dan produk serupa didefinasikan sebagai gula.
**berbanding dengan formulasi terdahulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah ada anak perempuan ni, ayah kena jadi cinta pertama anak. Kenapa? Hubungan ini yang akan menjadi dasar untuk anak perempuan apabila meningkat dewasa. Ini kerana seorang ayah menjadi contoh dan perbandingan bagi setiap lelaki yang dikenalinya nanti.
Berdasarkan perkongsian dari Akhi Fairuz memang penting peranan seorang ayah untuk anak perempuan yang mungkin kita anggap biasa-biasa sahaja sebelum ini.
Ada yang bertanya saya, bagaimanakah cara seorang ayah memberi cinta kepada anak perempuan sehingga anak ini berasakan si ayah cinta pertamanya. Baik, mari saya kongsikan dalam posting ini.
Sebaik-baiknya ia perlu bermula dari awal, ketika bayi berada dalam rahim ibu, walau kita masih belum tahu jantinanya. Bacalah Al-Quran, berkomunikasi dengan bayi dan ucaplah kata-kata yang baik pada anak, juga pada isteri.
Bila anak ini dilahirkan, azankan di telinganya. Tak cukup dengan itu, si ayah harus belajar bagaimana untuk membasuh uri anak dan menanam ‘kembarnya’ itu.
Walau badan anak masih lembut, si ayah belajarlah untuk mandikan anak. Kena beranikan diri. Basuh berak anak jangan lupa. Jangan sekadar sental dengan tisu basah, basuh juga ia dengan air paip. Takkan nak harapkan mak mentua atau isteri yang tengah berpantang tu?
Bila anak berusia 7 hari, mohon si ayah cukur rambut bayi. Beli je mesin gunting rambut di Mr DIY. Kemudian, cukur pakai pisau cukur. Senang. Jangan beri alasan takutlah, kepala bayi lembutlah, rasa gelilah, eh, macam-macamlah. Anak kita tu, berilah servis yang terbaikya.
Bila anak selesai menyusu badan, bersambung pula dengan susu formula, ayah tolonglah belajar buat susu anak. Saya dulu, langsung tak tahu bab ini. Zero! Sampaikan berapa sukatan susu yang perlu diisi dalam botol pun tak tahu. kahkah
Tapi iyalah, bila anak minum susu, mulalah pukul 2 3 pagi duk merengek pada kita suruh buat susu. Jadi, janganlah pergi kejut isteri untuk buatkan. Ayah bangunlah tidur, buatkan dan beri pada anak. Dapat pahala tau.
Bila anak dah besar sikit, selalulah pelukmereka. Cium dahi, pipi, tangan dan ubun-ubun anak. Mereka akan rasa disayangi oleh seorang ayah.
Sebelum anak pandai untuk gosok gigi dan mandi sendiri, si bapa haruslah uruskan benda tu. Gosokkan gigi mereka, jirus dan sabunkan. Anggap saja ia satu khidmat yang kita beri untuk membantu isteri di rumah.
Sikatkan rambut anak perempuan kita selepas mandi. Belajar bagaimana nak ikat rambut mereka. Memang susah, dia lari sana sini. Ah, kau pandai-pandailah kunci pergerakan anak. Kahkah
Orang perempuan suka dipuji, maka pujilah anak perempuan kita selalu. Jangan kedekut untuk cakap comellah anak ayah, cantiklah anak ayah, bagi pickupline ke, apa sahajalah. Yang penting, kata-kata pujian.
Bila kita peluk anak, jangan lupa cakap, ayah sayang (sebut namanya). Buatlah setiap hari. Dan ajar anak kita tu cakap benda yang sama. (Namanya) sayang ayah.
Ayah dan anak perempuan perlu ada chemistry. Maksud saya, kena pandai masuk ketika mereka bermain. Sebagai contoh, bila dia naik atas badan kita, maka jadilah kuda. Bila anak main masak-masak, kita cubalah buat-buat rasa masakannya (walaupun tak ada apa-apa yang dia suap pada mulut kita). Gunalah imaginasi untuk mewarnai imaginasi anak kita.
Tonton kartun kegemaran mereka bersama-sama. Bab ini saya suka. Upin Ipin saya tengok bersama mereka, Boboiboy, Ejen Ali, Ultraman, Doraemon dan lain-lain. Err, sebenarnya bapak yang lebih suka, bukan anak. Kahkah
Ayah dan anak perempuan mesti ada trademark. Sebagai contoh, high five ke, fist bumb ke (macam Baymax dalam Big Hero 6), fist bumb macam dalam Ejen Ali ke (Neuro Style), colek ibu jari ke, macam-macamlah yang boleh dibuat.
Bila anak dah pandai bercakap, jadilah pendengar yang baik. Mendengar dengan penuh minat apa yang anak kongsikan, ceritakan, aduan dan sebagainya. Tunjukkan yang kita prihatin dan mendengar apa yang mereka katakan. Bukan anak cakap, mata kita dok mengadap phone layan group wassap.
Ayah kena sentiasa berkomunikasi dengan anak. Tanamkan persoalan akidah pada anak, bercerita, kongsikan kisah-kisah Nabi serta ajarkan doa-doa dan Al-Quran.
Si ayah wajib berkongsi pada anak-anak, berkenaan private part, sentuhan selamatdan tidak selamat, menjaga aurat, soal akil baligh anak perempuan dan isu-isu melibatkan kesihatan reproduktif.
Bila anak perempuan ini meningkat usia remaja, ketika itu mereka akan rasa bapanyalah lelaki paling baik, kacak, prihatin, pendengar yang baik dan boleh berkongsi cerita. Maka, mereka tak akan sewenang-wenangnya beri cinta pada lelaki tah mana-mana yang dia jumpa di sekolah, dalam internet atau tepi jalan. Mereka tak akan pilih lelaki selekeh untuk menjadi pasangan hidupnya.
Aku rasa cukup 18 point ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Moga kita menjadi bapa-bapa yang disayangi anak perempuan dan lelaki. Amin.
Kau tahu kawan, salah satu punca berlakunya kes cabul seorang bapa kepada anak perempuanya adalah disebabkan si ayah tidak berperanan sebagai seorang bapa. Beliau bertindak sebagai diktator di rumah dan mahu anak takut padanya.
Sejak anak perempuan ini kecil, langsung tak disentuh, dipuji, dimandi, disuap makan dan dibelai. Bila anak ini dah akil baligh, dah besar, tumbuh payu dara dan sebagainya, si jantan ini akan melihat anak dengan ‘pandangan’ yang lain. Tak rasa itu adalah anaknya.
“Nakkkk!!” sambil menangis, bergolek, pukul, jatuhkan barang, mengamuk kerana keinginanya tidak diendahkan. Begitulah cara anak-anak kecil untuk mendapatkan sesuatu dan jika ibu bapa tewas dengan amukanya, maka dia tahu cara inilah sebenarnya untuk dia mendapatkan sesuatu dengan mudah.
1) Bila anak menangis sebab nakkan sesuatu, sedangkan dia dah tau peraturannya tak boleh mohon mak ayah kekal tenang.
2) Kalau mak ayah kalah, dan turutkan kemahuan anak (macam dalam komik 1), bersedialah untuk dimanipulasi oleh anak pada hari lain.
3) Manipulative tantrum berlaku atas 2 sebab utama:
i. Anak nak sesuatu yang kita tak bagi
ii. Anak nak elak buat sesuatu yang kita suruh
4) Jadi anak perlu ‘lakonkan’ tangisan untuk capai kehendak mereka.
5) Manipulative tantrum berbeza dengan MELTDOWN. Meltdown ni bukan ‘lakonan’. Anak sendiri terseksa untuk kawal emosi kecewa, letih dan marah mereka. Meltdown biasa terjadi pada sekitar usia 2 tahun.
6) Kalau tak nak anak membesar pandai manipulate, jangan sesekali ikut komik nombor 1, sebaliknya cuba buat macam komik nombor 2 tu.
BE FIRM, YET CALM AT THE SAME TIME.
Jangan rasa down sangat kalau anak-anak berguling atas lantai mall, atau meraung kat kenduri orang. Sebaliknya, tahniah kat diri sendiri. Sebab ia petanda kalian adalah PARENT YANG NORMAL.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.