Anak-anak asyik lapar duduk di rumah? Ni ada satu idea yang boleh mama buat untuk dihidangkan pada ahli keluarga. Maklumlah bila asyik berkurung dalam rumah, sekejap-kejap anak masuk dapur minta nak makan.
Buat mama yang dah tak ada idea nak sediakan menu untuk anak, resipi Blueberry Cupcake ni mesti akan menepati citarasa satu keluarga. Orang kata resipi terlajak senang.
Ni resipi yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed dan bolehlah dicuba untuk anak-anak. Jom-jom try buat cupcake yang super sedap + super senang ni
BLUEBERRY CUPCAKE
– 125g butter
– 100g gula halus
– 3 bj telur (A)
– 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
Ayak :
– 1 + 1/2 cawan tepung gandum
– 1 sudu kecil baking powder
– 1/2 sk garam
– 3/4 cawan susu
– Blueberry filling / jem secukupnya!
Cara membuatnya:
– Mix butter + gula hingga gebu.
– Masukkan telur satu persatu + esen vanilla, mix sebati.
– Masukkan campuran tepung + susu berselang seli hingga habis.
– Masukkan adunan ke dlm papercup 3/4 penuh then letakkan 1 sudu kecil filling atasnya (saya paipkan filling selepas kek masak cam buat hokkaido cupcake tu!)
– Bake 170°c 20-25 minit @ sehingga kek masak!
Kredit: Nor Azliza Mohamed
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)