Selepas tiga tahun bersalin anak kedua, penyampai radio, Feeya Iskandar atau Cik Piah telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 7 malam, pada Khamis.
Menurut Cik Piah, bayi lelaki dengan berat 3.38 kilogram itu dilahirkan secara normal dan ditemani suaminya, Nurashid Abd Wahab.
“Alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan dan saya dapat seorang lagi anak lelaki.
“Boboboi kuasa tiga. Alhamdulillah nombor tiga ini lain macam sikit keluarnya. Sampai kena vakum sebabnya muka dia ke atas, tapi syukur mummy dan baby baik-baik saja,” kongsinya.
Dalam pada itu Cik Piah atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 32, turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya dan bayi yang baru dilahirkan itu.
Ads
“Terima kasih pada yang mendoakan dan mohon panjangkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan mummy dan baby ya.
Ads
Sebelum ini, Cik Piah tidak mengumumkan jantina anak ketiganya walaupun ramai yang bertanya dan hanya akan beritahu sebaik dilahirkan. Jadi semuanya dah terjawab apabila bayi dah selamat melihat dunia.
Dah ada 3 bakal imam
Ads
Selagi tak dapat girl ‘kilang’ buka lagi
Tahniah sekali lagi untuk Cik Piah! Walaupun ramai yang cakap jaga anak lelaki, tenaga ibu perlu keluar lebih sikit namun percayalah betul cara didikan kita, bila besar mereka inilah yang bakal jadi bodyguard dan kebanggaan hati. Ingat anak lelaki atau perempuan semua tu rezeki Allah.
Kredit: Ig Feeya Iskandar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saat menanti kelahiran bayi pasti mengujakan tapi pada masa yang sama kita berdebar juga kan? Sebanyak mana si ibu risau tentang bayi yang bakal dilahirkan serta proses bersalin, ayah juga sama. Bahkan berganda rasa risaunya itu! Maklum sajalah, isteri tersayang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka.
Berkongsi tentang pengalamannya menanti kelahiran bayi mereka, Haris Darus berkongsi amalannya sepanjang menunggu proses kelahiran bayi perempuan mereka. Kebetulan pula tarikh lahir bayi mereka sama dengan isterinya.
10 April adalah ulang tahun kelahiran isteri saya. Tadi, pada tarikh yang sama, isteri saya dibawa masuk ke kamar bersalin. Saya menunggu di luar. Tidak dibenarkan menemani isteri bersalin sebab nak elakkan penyebaran covid-19.
Siap saja melahirkan anak, dia beritahu saya, proses bersalin tadi senang dan sekejap saja. Lebih kurang 10 minit saja. Alhamdulillah.
Saya senyum baca text whatsapp-nya. Dia tak tahu yang suaminya ini membacakan sesuatu untuknya di luar kamar bersalin.
Amalan ini dikongsikan oleh seorang ilmuwan islam, Maulana Hamid. Ini amalannya semasa dijangkiti virus Covid-19 dan baik.
Alhamdulillah, berkat amalan ini, proses kelahiran bayi perempuan kami tadi berjalan dengan baik. Senang dan sekejap saja. Saya baca surah Yaasin dan diikuti dengan bacaa ini:
Haris Darus Tahun depan Papa jimat duit beli kek besday. Beli satu saja dan sambut besday mama dan kamu.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada bakal bapa yang juga menanti kelahiran anak anda. Amalan ini tidak sukar untuk dibuat, tetapi ikhlaskan hati anda untuk melakukannya. Untuk pasangan yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, Pa&Ma doakan semoga setiap urusan bersalin and dipermudahkan dan semuanya selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecacingan sebenarnya lebih mudah berlaku kepada anak kecil dan bayi. Jika tak dirawat segera bimbang boleh membawa kepada masalah penyakit lain seperti kekurangan mineral, vitamin, kelewatan tumbesaran, anemia dan kerosakan usus.
Kebiasaannya anak kecil yang mengalami masalah cacing ini terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih seperti tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, tidak memakai selipar, atau bermain pasir tanpa pantauan.
Manakala bayi pula cenderung dijangkiti cacing kerana suka memasukkan barang ke dalam mulutnya. Selain itu, jangkitan cacing boleh berpunca daripada haiwan peliharaan seperti kucing melalui sentuhan.
Bagi yang mengalami masalah ini, ubat cacing adalah cara yang paling mudah untuk mengatasinya. Bagaimanapun ada juga petua tradisional yang boleh diamalkan oleh ibu.
Petua yang dikongsi oleh Wan Norma ini hanya menggunakan tiga bahan asas sahaja.
Share sikit tips turun temurun macamana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak-anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi. Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut
1. Asam keping 2. Garam 3. Air
Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut. Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Bila Allah berkehendak serta menghendakinya dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka jadilah. Sama jugalah situasi yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini apabila langsung tak menjangka akan menerima kehadiran orang baru dalam keluarga sehinggalah tiba-tiba bersalin dengan sendirinya dan sangat mudah sekali.
Perkongsian seorang ibu, Nurul Atiqah, 24, dari Bintong, Perlis ini cukup menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah sehingga 9 bulan 10 hari dan anak yang dilahirkan juga cukup sifat dan sihat serta tiada apa-apa komplikasi.
Menurut Atiqah, ramai yang terkejut dan bertanya padanya adakah tak tahu langsung diri hamil? Jawapannya adalah YA sebab dia sendiri tak buka buku pink untuk buat pemeriksaan kesihatan bulanan. Malah tiada pun tanda-tanda alahan seperti mengandungkan anak sulung.
Lagipun yang buatkan dirinya hairan, haid tetap datang setiap bulan. Setiap hujung bulan haid akan datang seperti biasa. Anggaran lima ke enam hari. Dalam masa yang sama juga, makan pil perancang setiap bulan dan tak pernah skip.
Perut tak membuncit, tiada rasa gerakan
Tambah Atiqah lagi, sepanjang 9 bulan, dia tidak menyedari kehadiran janin di dalam rahimnya. Ini kerana tidak merasa sebarang pergerakan dan perut tidak membuncit begitu besar seperti pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama.
“Berbeza dengan pengalaman saya melahirkan anak pertama dahulu. Perut besar, hidung kembang dan semuanya kembang. Syukur bayi saya sihat dan sempurna walaupun tidak pernah menerima sebarang rawatan.
“Sepanjang kehamilan juga saya tidak membuka buku rekod kesihatan ibu di klinik kesihatan dan sudah pasti tiada sebarang rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan. Syukur Allah melindungi dan menjaga anak dalam kandungan sehingga lahir ke dunia,” ujarnya.
Beberapa jam sebelum bersalin perut sebu macam sembelit
Menceritakan pengalaman bersalinnya pula, Atiqah menyatakan sebelum bayi nak keluar, pada malam tersebut dalam jam 1 pagi rasa seperti perut masuk angin dan muntah beberapa kali.
“Apabila keesokan harinya, rasa tidak selesa di perut makin terasa seolah-olah sembelit ingin membuang air besar. Saya masuk ke dalam bilik air beberapa kali tapi rasa tidak selesa di perut makin menjadi.
“Saya membuat keputusan untuk ajak suami ke hospital tetapi oleh kerana dah tak tahan tiba-tiba rasa ada sesuatu keluar dan baru tahu itu adalah kepala bayi.
“Terus ke ruang tamu dan dalam tempoh itu, saya melahirkan bayi perempuan di atas sofa dengan disambut oleh suami. Saya meminta suami saya untuk menghubungi pihak ambulans.
“Sebelum pihak ambulans tiba ke kediaman kami, suami telah mengikat tali pusat menggunakan tali kasut. Perasaan saya waktu itu sangat terkejut dan gementar seluruh badan, begitu juga dengan suami,” kongsinya.
Bayi bertuah yang diberi nama Raiqa Hanania ini dilahirkan pada 19 Oktober 2022 (Rabu) jam 8.45 pagi dengan berat 3.7 kilogram dan disaksikan oleh abang sulungnya yang berusia 1 tahun 2 bulan.
Sehingga ke hari ini, Atiqah dan suaminya, Amirul seperti tak percaya lagi akan kehadiran bayi perempuannya yang selama ini menjadi rahsia Allah.
Apa yang paling lucu, semua kelengkapan bayi juga tak disediakan dan beberapa hari lahir terpaksa pakai dulu baju abangnya buat sementara waktu.
Moga baby Raiqa Hanania akan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak solehaha dan penyejuk hati ibu ayahnya. Amin.
Kes bunuh kanak-kanak Taiping mengejutkan ramai apabila ibu kandung dan keluarga didakwa menyebabkan kematian mangsa berusia 9 tahun. Ikuti kronologi penuh kes ini.