Tular sebuah video memaparkan kegembiraan seorang pakcik apabila dapat mendukung bayi perempuan milik pasangan suami isteri yang makan bersebelahan mejanya.
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, suami isteri tersebut iaitu @ameeraida menyatakan bahawa pakcik yang duduk di meja sebelah mereka itu teringin menimang cucu tetapi anaknya belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan zuriat.
Ameera berkata, pada mulanya pakcik berkenaan bersama isterinya tersenyum melihat bayi mereka bernama Aufaa sebelum meminta izin untuk mendukung sementara pasangan muda itu sedang menikmati makanan.
“Tengah sarapan pagi di kedai mamak, ada pakcik makcik sebelah meja senyum-senyum tengok Aufaa. Pakcik tu kata ‘meh atok pegang kejap boleh? Bagi mommy daddy (@ameeraida) makan dulu’.
“Mula-mula macam risau, tapi takpelah. Makcik tu cakap dah lima tahun tunggu cucu daripada anak dia tapi belum ada rezeki,” tulis @ameeraida dalam video tersebut baru-baru ini.
Rakaman berdurasi 22 saat itu meraih hampir dua juta tontonan dan menerima 201,900 tanda suka selain lebih 1,700 komen dalam kalangan netizen.
Kredit: TikTok @ameeraida
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!