Seorang wanita walaupun pertama kali bergelar ibu, Allah dah anugerahkannya naluri ibu yang sangat kuat untuk anaknya. Inilah keistimewaan wanita bergelar ibu yang tak dapat dimiliki oleh orang lain.
Bukan setakat dapat mengagak anak tak sihat, anak dalam kesusahan atau ada sesuatu yang disorokkan anak tetapi dia juga dapat rasa perasaan anak itu sendiri. Hebatkan!
Sebab itu, bila anak makin besar dan ada sesuatu yang cuba disembunyikan anak-anak, ibu macam boleh baca.
Bukan kata ayah tiada perasaan ini tetapi ia tak sama macam seorang ibu rasa. Berikut perkongsian dari Mohd Fhais mengenai Mother Instinct ( naluri ibu )
Mother Instinct atau nama lain dia ialah Maternal Bonding
Maternal bonding inilah yang kuatkan emosi dan naluri ibu jadi macam ada kuasa psikik boleh tahu anak nak apa dengan tengok riak muka dan tangisan.
Tapi apa yang ramai tak tahu ialah ayah pun ada Maternal Bonding dengan anak.
Cuma yang membezakannya ialah cara ibu dan ayah memproses maternal bonding ni.
Ibu guna insula cortex – terus beri reaksi secara emosi seperti belas kasihan dan empati
Ayah pula guna visual cortex – beri reaksi guna logik akal dan cara paling senang ialah panggil isteri.
Ini semulajadi tindak balas neuron dalam otak kita, bukan sebab pemalas ye.
Walaupun bagaimanapun ibu dan ayah mesti sayang anak sepenuh hati mereka. Betul x?
Sumber: Mohd Fhais