Hari jadi anak antara perkara yang ditunggu-tunggu setiap ibu. Pasti nak meraikan hari bahagia ini. Ada yang memilih untuk membeli kek yang sudah siap, ada juga yang memilih untuk membuat sendiri kek hari jadi anak.
Bagi Puan Farah, kali ini dia ingin membuat sendiri kek hari jadi anak yang mesra bayi buat anak tersayang. Ikuti resepi yang dikongsi ini.
“Kali ni nak buat kek frosting walaupun ummi tak pernah buat. Ummi pilih theme beach sebab anak ummi lama tak pegi pantai sebab pkp.”
“Boleh je beli kek baby friendly tapi ummi nak put more effort untuk create memories. Selalu ummi jual kek butter untuk orang besar, takkan untuk anak sendiri tak boleh.”
“At last, ALHAMDULILLAH ummi puas hati sangat dengan hasilnya. Abi pun puji sedap.”
“Disebabkan anak ummi allergic telur so ummi cari resepi yang sesuai. Kek ni NAIK CANTIK, LEMBUT, MUDAH, TANPA MIXER & BAHAN SEDIKIT. So mommies lain boleh cuba resepi ni”
(Bahan ni untuk 1 kek 5 inci. Saya buat dua kali bakar sebab nak kek yang tinggi lebih cantik.)
BAHAN A (Pengganti telur)
🎂1/2 cwn susu
🎂1/4 cwn minyak
🎂1/4 cwn madu
🎂1 1/2 sudu cuka
(Kacau sebati biarkan selama 5 minit)
Ads
Selepas 5 minit, kacau lagi, kemudian letak penapis atas bekas adunan tadi, tapiskan:
BAHAN B
🎂1 cwn Tepung Naik sendiri unbleached/tepung gandum unbleached
🎂1/4 cwn Susu Tepung
*kalau guna tepung gandum tambahkan
➡1 sudu kecil baking powder
➡1/2 sudu kecil baking soda
Tapis dalam adunan A dan gaul sebati guna whisk sampai adunan nampak lembut dan cantik.
Sapukan sedikit minyak dalam loyang 5 INCI dan lapikkan dengan baking paper.
Bakar pada suhu 180° selama 30-40minit atau sehingga masak.
Dah sejuk potong bahagian atas sekali yang menggelembung untuk ratakan kek.
Bahagian kek yang kita potong tu boleh leraikan guna jari macam serbuk roti untuk hiasan. Belah kek beberapa bahagian sebelum letak creamcheese frosting, buah, dll.
Pukul bahan sehingga kembang dan bahagikan dua bahagian. Satu bahagian putih, satu bahagian campurkan dengan air rebusan bunga telang/blueberry jam homemade.
Sejukkan dalam chiller dalam 2-3 jam sebelum guna.
Hari Raya Haji dan Korban yang tinggal beberapa hari saja lagi sudah pastinya tetap diraikan kita walau hanya berada di rumah sahaja. Bosan dengan rendang ayam dan daging, ubah kelainan kita dengan rendang kerang pula yang cukup sedap.
Resipi padu perkongsian Pn Noor Ashilla ni mama wajib cuba. Barulah sedap makan dengan ketupat di pagi raya. Sedap sungguh!
Rendang kerang cicah pulut pocong. Selamat Hari Raya. Resepi Rendang kerang terketaq-ketaq nak makan.
Bahan-bahan:
Bawang besaq 2 biji
Bawang putih 2 ulas
Lengkuas besar ibu jari
Kunyit hidup 3 ibu jari
Serai
Halia besar ibu jari
Cabai kering agak-agak -nak pedas boh banyak
Blender semua lepastu tumis sampai pecah minyak.
Letak asam keping.
Kalau rasa asam keping tak berapa masam letak lagi.
Masukkan air asam jawa.
Dah mendidih pecah minyak, boh kerisik 1 sudu besar.
Agak-agak kerisik dah sebati, masuk santan, api pelan. Sentiasa kacau.
Dah pecah minyak masuk isi kerang dengan daun kunyit.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peminat tegar kudapan boleh cuba buat sendiri kudapan popia seaweed ni. Kalau dulu selalu beli, apa kata kali ni cuba buat sendiri pula, lebih jimat dan lebih berbaloi. Cara mudah untuk hasilkan kudapan ni, jom buat!
Musim cuti panjang ini ada baiknya kita sediakan menu yang ringkas tetapi berkhasiat buat anak-anak. Selain menghadkan jumlah stok bekalan yang ada agar tidak berlaku pembaziran, menu-menu ringkas sebegini juga membolehkan masa ibu yang bekerja dari rumah menjadi lebih sempurna dan teratur.
Jadi dapatlah ibu yang bekerja dari rumah mengatur masa bekerja mereka namun dalam masa yang sama dapat menyediakan makanan yang berkhasiat buat anak-anak.
Menu bubur ayam ini antara menu yang boleh di cuba dalam proses kita bercuti dan bertenang. Paling penting jimat masa tanpa perlu mengenepikan khasiat untuk anak. Bubur Ayam Ala McD yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea ini wajib dicuba.
BUBUR AYAM MCD VERSI BABY
Bahan Bahan :
1 ketul ayam
Beras secukupnya
Halia
Cfs ( chicken feet stock )
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Air secukupnya
Minyak bijan
Daun sup
Bawang goreng
Didihkan air di dalam periuk dan rebuskan ayam sehingga masak. Angkat dan toskan. Sejukkan seketika.
Carik carikkan isi ayam dan ketepikan.
Masukkan beras di dalam air rebusan ayam tadi dan masak bubur seperti biasa.
Apabila bubur separuh masak, masukkan cfs, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, minyak bijan dan juga halia.
Kemudian masukkan isi ayam yang dicarik tadi, tinggalkan juga sedikit untuk hiasan bubur nanti.
Apabila bubur sudah masak sempurna, tutupkan api. Tuangkan ke dalam mangkuk.
Taburkan isi ayam, bawang goreng dan juga daun sup.
Siap sedia dihidang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...