Hari jadi anak antara perkara yang ditunggu-tunggu setiap ibu. Pasti nak meraikan hari bahagia ini. Ada yang memilih untuk membeli kek yang sudah siap, ada juga yang memilih untuk membuat sendiri kek hari jadi anak.
Bagi Puan Farah, kali ini dia ingin membuat sendiri kek hari jadi anak yang mesra bayi buat anak tersayang. Ikuti resepi yang dikongsi ini.
“Kali ni nak buat kek frosting walaupun ummi tak pernah buat. Ummi pilih theme beach sebab anak ummi lama tak pegi pantai sebab pkp.”
“Boleh je beli kek baby friendly tapi ummi nak put more effort untuk create memories. Selalu ummi jual kek butter untuk orang besar, takkan untuk anak sendiri tak boleh.”
“At last, ALHAMDULILLAH ummi puas hati sangat dengan hasilnya. Abi pun puji sedap.”
“Disebabkan anak ummi allergic telur so ummi cari resepi yang sesuai. Kek ni NAIK CANTIK, LEMBUT, MUDAH, TANPA MIXER & BAHAN SEDIKIT. So mommies lain boleh cuba resepi ni”
Eggless Sponge Cake with Mango & Blueberry (Soft & Spongy) 🎂
Panaskan oven selama 20-30minit.
Sambil tu siapkan bahan di bawah:
(Bahan ni untuk 1 kek 5 inci. Saya buat dua kali bakar sebab nak kek yang tinggi lebih cantik.)
BAHAN A (Pengganti telur)
🎂1/2 cwn susu
🎂1/4 cwn minyak
🎂1/4 cwn madu
🎂1 1/2 sudu cuka
(Kacau sebati biarkan selama 5 minit)
Selepas 5 minit, kacau lagi, kemudian letak penapis atas bekas adunan tadi, tapiskan:
BAHAN B
🎂1 cwn Tepung Naik sendiri unbleached/tepung gandum unbleached
🎂1/4 cwn Susu Tepung
*kalau guna tepung gandum tambahkan
➡1 sudu kecil baking powder
➡1/2 sudu kecil baking soda
CREAM CHEESE FROSTING
🍰250g Unsalted Butter
🍰250g Creamcheese
🍰2 sudu Madu
sini #alihafimangan
Selamat mencuba 😊
Kredit: Farah Khalidah
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!