Boleh Bentan Dibuatnya! Hari Ke-8 Pantang, Wawa Dah Keluar Pergi Kerja

Share

Pelakon Wawa Zainal yang kini sedang berpantang anak ketiga dan baru saja lepas seminggu melahirkan bayi telah keluar bekerja untuk memeriksa bekalan barang perniagaannya.

Menerusi perkongsian Wawa di instagramnya, dia terpaksa keluar ke pejabat untuk memeriksa bekalan barang perniagaannya pada hari kelapan berpantang bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

“Hari kelapan berpantang, terpaksa turun office kejap check stock, boleh jadi bentan I dibuatnya oleh ejen, stokis dan leaders, setiap hari tanya bila stok mari.

“Padahal hari-hari pun dia orang ambil stok, tak faham betul,” tulisnya sebagai kapsyen.

Melalui ruangan komen, rata-rata pengikut Wawa berasa risau dan menasihatinya untuk lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan diri ketika berpantang.

Ketika masih muda memang tak terasa sangat sakitnya, bila usia makin meningkat baru akan rasa kesannya.

Jangan lasak sangat masa pantang

Tempoh 44 hari nak cover yang 9 bulan mengandung

Muda tak rasa lagi, risau usia meningkat akan rasa sakitnya

Sebelum ini pun, Wawa ada memuat naik posting yang untuk anak ketiga dia akan pantang betul-betul sebabnya ketika melahirkan dua anak beberapa tahun lalu dia tak pantang sangat.

Sekarang ni bila dah masuk usia 30-an ada juga rasa sakit-sakit badan. Mungkin sebab tak pantang betul waktu anak pertama dan kedua.

Terdahulu, Wawa melahirkan anak bongsunya Ayya Soffya pada 1 Disember.

Wawa dan suaminya, pelakon Aeril Zafrel mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Ahmad Fakhruddin dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.

Published by
Wan Amy