Anak kadang-kadang jemu makan nasi, bila mama buatkan menu nasi anak mula tolak. Pening juga kadang-kadang. Sebenarnya mama boleh jadi kreatif dengan pelbagai jenis menu tak semestinya nasi.
Jom ikuti resepi yang dikongsi ibu ini. Selamat mencuba!
Baca:
“Anak Dapat Macam-Macam, Orang Sana Kids Friendly” Bawa Anak Kecil Umrah, Ibu Kongsi Pengalaman
Adik Hafiza, 8 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Tangan Kaki Terikat & Badan Terurai Tanpa Organ Dalaman
Bayi Kembar Ajaib, Lahir Hampir Tak Bernyawa Kini Genap Setahun. Pemegang Rekod Dunia Guinness
Menu anak reject nasi. Boleh cuba pasta dan mi pula yaa ibu-ibu. Tapi anak mama ni tekak melayu. Dia kurang makan pasta🤭🤭🤭 kalau dah makan 1 hari, 1 hari je dia boleh. Esok dah taknak.
SPIRAL PASTA WITH CREAMY PUMPKIN SAUCE
-(PUMPKIN SAUCE)-
Labu kuning
Susu full cream 125ml (1 kotak kecil)
Bawang holland (cincang)
Bawang putih (cincang)
Isi ayam (rebus dan racik/cincang halus)
Serbuk ayam (optional)
Jagung 2 sudu besar
Cara-caranya:
1.Rebus spiral pasta sehingga kembang dan lembut.
2.Kukus/rebus labu sampai empuk. Lenyek2 dan ketepikan.
3.Panaskan pan dengan sedikit minyak. Tumis bawang holland dan bawang putih.
4.Gunakan api sederhana, masukkan susu full cream, labu yang da dilenyek dan jagung.
5.Kemudian,masukkan serbuk ayam. Kacau2 sebati.
6.Masukkan isi ayam. Kacau sampai jadi sos pekat. Bergantung pekat mana ibu nak.
7.Siap. Boleh dihidang bersama pasta, kentang putar, dan lain-lain.
*Untuk susu 125ml tu biasa mama buat 2 portion makan.
P/s: Kalau anak alahan susu full cream,boleh ganti santan fresh/susu tepung (dibancuh dulu).
Selamat mencuba.
BEGEDIL KENTANG & PUMPKIN SAUCE
-BEGEDIL KENTANG-
Bahan-bahannya:
Kentang 2 biji sederhana
Bawang merah cincang
Daun sup cincang halus
Telur 1biji (untuk celup masa nak goreng)
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
1.Rebus kentang sampai empuk. Lenyekkan kentang. Lenyek masa panas-panas menggunakan potato masher atau garfu.
2.Lepas tu, campurkan bawang merah dan daun sup. Gaul sebati.
3.Biarkan seketika untuk bagi sejuk sedikit.
4.Boleh bentukkan begedil.
5.Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau guna garfu supaya sebati.
6.Celup begedil di dalam telur dan goreng dengan minyak yang panas sehingga kekuningan.
7. Untuk alih bahagian, tunggu bahagian bawah begedil garing untuk mengelakkan begedil hancur.
👉👉 Lepas bentukkan tu mama masuk dalam freezer kejap dalam 30 minit. Lepas tu baru goreng. Easy as ABCD kan?😁😁😁
Dah siap!! Boleh hidang. Mama letak pumpkin sauce atas begedil tu. Sedap je Aisy makan. Mama pun sambil suap mulut sendiri juga.😆😆😆
PASTA GORENG IKAN
Bahan-bahannya:
Pasta campur 2 sudu besar
Ikan kembung 1 ekor (rebus dan ambil isi sahaja)
Bawang merah cincang
Bawang putih cincang
Cili paste 1 kiub
Carrot sagat
Mixed herbs
Sedikit air
Cara-caranya:
1.Rebus pasta sampai kembang dan lembut.
2.Tumis bebawangs dan cili paste.
3. Masukkan air sedikit dan tumis lagi sampai pecah minyak.
4. Masukkan pasta, carrot dan isi ikan kembung.
5. Gaul sebati. Tabur sedikit mixed herbs untuk naikkan aroma. Siap sudahhh!!
MI GORENG AYAM VERSI BABY
Bahan-bahannya:
Mi baby
Isi ayam cincang
Bawang merah cincang
Bawang putih cincang
Carrot potong dadu kecil
Serbuk ayam
Mirepoix 1 kiub
Sedikit air
Cara-caranya:
1.Rebus mi baby sampai lembut.
2.Tumis bebawangs.
3. Masukkan air sedikit.
4. Masukkan mi, carrot dan isi ayam.
5. Masukkan serbuk ayam, mirepoix dan gaul sebati. Siap!!
Kredit: Nur Atiqah
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)