
Herba dan rempah ratus semula jadi merupakan salah satu alternatif penambah perasa dalam masakan dengan meminimumkan penggunaan garam.
Pengambilan bahan perasa semulajadi bukan sahaja dapat menambah rasa malahan juga dapat memberikan manfaat lain kepada kesihatan dengan kebaikannya yang tersendiri.
Rempah ratus boleh digunakan dalam masakan anak-anak malah banyak manfaat yang diperoleh daripada herba dan rempah ratus ini.
Bukan hanya memberikan rasa yang sedap dalam makanan malah ia juga dapat meningkatkan sistem imun anak.

- Perasa makanan semula jadi
- Pengawet semula jadi
- Kaya antioksidan
- Sifat antiradang
- Bantu tingkat




Baca artikel:
“Anak Akan Rasa Lebih Tenang Bila Rasa Diri Difahami” Cuba Teknik Ajaib Ini Kalau Anak Mengamuk
Resepi Kuih Bakar ‘Super Simple’, Hanya Bakar Guna Air Fryer Sahaja!
Tak Cukup Nutrisi Punca Ramai Kanak-Kanak Bantut. Ini Sukatan Makanan Yang Betul Untuk Anak
Sifat Antiradang
Bantu Tingkatkan Imuniti Badan
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bapa Anak 3 Kongsi Tip Ajar Si Kecil Makan Sayur, Mula Tolak Lama-Lama Makan

Jika anak makan sayur sejak dari kecil tanpa perlu dipaksa, percayalah anda adalah ibu bapa yang bertuah. Hakikatnya, ia jarang terjadi. Sebaliknya, kebanyakan ibu bapa sentiasa mencari cara mengatasi anak susah makan sayur.
Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan tersebut, mungkin perkongsian daripada bapa anak 3 ini boleh memberikan kita sedikit inspirasi bagaimana untuk membuatkan si manja menggemari sayuran.
Mengapa situasi anak susah makan sayur berlaku?
Kita mesti pernah mempersoalkan, mengapa terlalu sukar untuk mereka mengambil sayuran walaupun pelbagai cara mengatasi anak susah makan sayur telah dicuba, betul tak?
Sebenarnya terdapat sebab saintifik mengapa anak secara amnya tidak menyukai sayuran.
Kanak-kanak masih belajar untuk mengenal pasti makanan selamat dan biologi ‘memberitahu’ mereka untuk memilih rasa yang lebih manis seperti susu ibu. Dalam masa sama, si kecil turut mempunyai keengganan tinggi untuk makanan pahit.
Namun itu tidak bermakna keadaan ini tidak boleh diatasi, ya? Ini terbukti menerusi perkongsian pengalaman seorang bapa, Mohammad Ariffin Sulaiman, 36, yang berjaya mendidik anak-anaknya untuk makan sayur.
Situasi anak cerewet makan
Bapa anak 3 yang lebih dikenali dengan nama panggilan Arif memberitahu dirinya dan isteri, Sharifah Munirah Syed Anuar, 34, tidak terkecuali berdepan situasi anak cerewet dalam soal makan.
Ujarnya, “Cara pemakanan anak-anak sukar untuk dijangka, ikut mood. Ada kalanya anak-anak mudah untuk makan apa sahaja dimasak ibu mereka. Tetapi terdapat juga masa mereka hanya ingin makan makanan segera dan kering seperti roti canai, biskut, burger dan kentang goreng.”
Menurut Arif, anak sulungnya Muhammad Nadeem Irfan, 8, pernah mengalami masalah berat badan tidak stabil untuk tempoh yang lama.
Pelbagai cara dilakukan untuk mengatasi keadaan tersebut seperti berjumpa pakar pediatrik, menukar jenis susu dan cuba pelbagai jenis vitamin bagi menaikan berat dan selera makan anaknya. Selain cerewet makan, sudah tentu anaknya juga amat tidak menyukai sayuran.
Anak kedua pasangan ini, Muhammad Nazeem Iqbal, 6, juga mengalami masalah yang sama, malah terlalu cerewet berbanding abangnya sehinggakan kadang-kadang perlu dipaksa semata untuk menyuruhnya makan.
Berbeza pula dengan Naureen Arisha, 2, yang sejak lahir mempunyai sebatang gigi depan. Si kecil ini boleh menerima apa sahaja makanan termasuklah isi ayam, brokoli, kubis bunga, pisang dan epal. Tetapi masih mengikut moodnya untuk makan.
Cara mengatasi anak susah makan sayur
Arif menjelaskan, seperti kebanyakan ibu bapa semasa fasa memperkenalkan makanan pejal, isterinya ada mencampurkan sayuran ke dalam bubur anak-anak. Namun mereka hanya makan antara 4-5 suap sahaja.
Apabila anak-anak semakin membesar, mereka perlu dipaksa sedikit untuk mengambil makanan seperti ayam, ikan, udang ataupun sotong. Sebaliknya, jika diberi nasi dan telur, anak-anak boleh memakannya tanpa masalah.
Antara cara mengatasi anak susah makan sayur dilakukan Arif dan isterinya adalah dengan mengumpan anak-anak, sebagai contoh jika inginkan gula-gula, perlu mengambil sayuran dan lauk yang lain.
“Biasanya peraturan tersebut diterima anak-anak. Pun begitu, mereka meletakkan jumlah suapan makanan, seperti hanya mahukan 6 suap sahaja dan lebih daripada itu, mereka menolak,” beritahu Arif.
Bapa kepada 3 cahaya mata ini turut menambah, lama-kelamaan apabila sudah biasa, keadaan tersebut bertambah baik. Mereka boleh makan apa sahaja termasuklah makanan pedas tetapi bergantung kepada siapa yang menyuapnya.
“Anak-anak secara automatik boleh memakan sayuran tanpa dipaksa, namun ia hanya apabila saya menyuap mereka ketika waktu makan. Sebaliknya jika si ibu yang menyuap, anak-anak akan menolak,” ujar Arif.
Ketiga-tiga anak Arif kini tidak lagi menolak sayuran ketika makan selepas dia mengamalkan tip di atas.
Cara mengatasi anak susah makan sayur yang turut dilakukan Arif adalah dengan membiarkan mereka bermain sepuas-puasnya. Apabila terasa lapar dan haus, mereka akan makan dan minum apa sahaja termasuklah sayuran dan jus buah-buahan.
Kredit: Hello Doktor
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Ajar Bayi Makan Telur Untuk Tahu Tindakbalas Alahan, Boleh Ikut Tip Ini

Isi Kandungan
ToggleIbu-ibu cubalah ajar bayi makan telur. Perkenalkan bayi dengan variasi menu berasaskan telur. Mungkin ada ibu yang tertanya-tanya apa relevannya telur dalam pemakanan bayi. Untuk pengetahuan ibu, bayi berumur setahun akan diberikan suntikan MMR (Measles, Mumps, Rubella) mengikut jadual yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Suntikan MMR mengandungi kolostrom seperti mana yang terdapat dalam telur kuning. Sebelum bayi diberikan suntikan MMR, dia mestilah terlebih dahulu diperkenalkan pada telur kuning untuk mengesan tindak balas terhadap kolostrum tersebut.
Ibu Ajar Bayi Makan Telur Untuk Tahu Tindakbalas Alahan
Sekiranya bayi tiada sebarang masalah alahan jadi tiada masalah untuk terus menerima suntikan. Tetapi jika ada tanda-tanda alahan seperti ruam atau bintik-bintik merah pada kulit maka ibu perlu maklumkan kepada jururawat atau doktor.
Telur adalah antara lapan makanan popular yang boleh menyebabkan alahan tetapi ramai Pakar Pediatrik berkata memperkenalkan telur kuning adalah okay untuk bayi usia lapan bulan yang tiada sebarang masalah alergi.
Bila Boleh Perkenalkan Telur
Ramai pakar pemakanan menyarankan lebih selamat untuk perkenalkan telur kuning kepada bayi apabila berumur lapan, elakkan beri putih telur sehingga bayi genap usia setahun.
Telur mestilah direbus untuk memudahkan ibu memisahkan bahagian kuning dan putih. Pastikan anda hanya bagi anak makan telur yang betul-betul bersih dan direbus sehingga masak. Ini bagi mengelakkan risiko pencemaran bakteria oleh patogen berbahaya seperti salmonella
Seorang ibu, Rai Lee berkongsi dengan ibu-ibu lain di facebook Geng Memasak Untuk Anak (GMUA) bagaimana langkah untuk perkenalkan telur kepada bayi.
Kuning telur sebenarnya makanan mudah dan ringkas yang boleh menaikkan HB anak.
Mula perkenalkan telur selewat-lewatnya umur bayi lapan bulan.
9 LANGKAH PERKENALKAN TELUR KEPADA BAYI
Ramai juga yang masih belum tahu tentang cara nak memperkenalkan telur kepada bayi Sembilan langkah yang wajib dibuat untuk memkenalkan telur kepada bayi.
Minggu 1: 1 sudu besar kuning telur 1 kali seminggu
Minggu 2: 1 sudu besar kuning telur 2 kali seminggu
Minggu 3: 1 biji telur kuning sahaja
Minggu 4: 1 biji kuning telur 2 kali seminggu
Minggu 5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 1 kali seminggu
Minggu 6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 2 kali seminggu
Minggu 7: 1 biji penuh telur
Minggu 8: 1 biji penuh telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-9 dan seterusnya sudah boleh beri bayi makan sebiji telur penuh tapi tak boleh lebih daripada 3 kali seminggu.
Kenapa perlu dimulakan dengan kuning telur? Ini kerana kuning telur tidak mengandungi protein yang boleh menyebabkan bayi mengalami alahan kepada telur. Putih telur mengandungi empat protein yang boleh menyebabkan alahan.
Kredit foto: Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nampak ‘Montok’, Puas Hati Beli. Rupanya Ayam Suntik, Perhatikan Ciri Ini!

Semua anak sukakan ayam goreng, kalau dapat memang tak mahu lepas! Biasanya ayam goreng ni nampak sedap bila di restoran makanan segera tapi harganya ‘boleh tahan’ juga. Lebih baik sediakan sendiri untuk anak, tapi kena bijak pilih ayam mentah yang berkualiti dan SELAMAT untuk dimakan.

Bila ayam mentah tu selamat dimakan, ia bukan saja perlu datang dari sumber halal dan disembelih dengan kaedah yang diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tetapi juga bebas suntikan hormon atau suntikan air.
Ayam pun ada yang melalui proses suntikan supaya kelihatan ‘montok’ dan besar. Kaedah suntikan ini dibuat untuk menarik perhatian pembeli bila tengok ayam gemuk-gemuk!
Artikel Lain: [Anak Bawah Setahun Tak Perlu Bagi Garam, Gula. Beri Makan Bukan Nak Sedap Semata-Mata]

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, mereka menyenaraikan ciri-ciri ayam yang disuntik. Bolehlah dijadikan panduan. Posting ini dibuat pada bulan Jun 2020, tetapi infonya tetap boleh diguna pakai sebagai panduan.
TEKNIK ‘PLUMPING’ BUKAN PERKARA BAHARU
Penggunaan cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging bukanlah satu perkara baru. Ia dikenali sebagai teknik ‘plumping’.

Peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan menipu ini mrnyuntik cecair gram, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam kerana ingin mengekalkan kesegaran dan rasanya.
IKUT ‘LAW’, KALAU GUNA TEKNIK NI KENA BERITAHU PELANGGAN
Mengikut undang-undang jika peniaga melakukan perkara ini mereka harus menyatakan kepada pengguna.
Namun ada peniaga yang tak jujur dan menggunakan kaedah ‘plumping’ ini untuk mengaut untung berlipat kali ganda.
Berikut merupakan tips untuk mengesan daging ayam yang telah disuntik dengan air:
Artikel Lain: [Ibu Ini Kongsi Cara Rangsang Deria Bayi Lebih Cepat Dengan Lihat 3 Warna Ini!]
Ayam suntik adalah ayam yang disuntik tambahan air pada bahagian dada, paha dan punggungnya sehingga ayam bersaiz kecil akan nampak besar.
BANYAK AIR MENITIS, KULIT AYAM LICIN BERKILAT
Perhatikan dengan teliti, ketika anda mahu membeli ayam mentah jika banyak air yang menitis apabila ia digantung atau diangkat. Selain itu, ayam yang disuntik mempunyai kulit yang kelihatan berkilat dan tidak kesat.
Ayam yang disusun atau diletakkan dalam pinggan, akan ada air yang bergenang di sekitarnya. Apabila dimasak pula, anda boleh perhatikan isinya mengecut atau mengeluarkan air yang terlalu banyak.
Bila dah tahu info ni, bolehlah check waktu beli ayam mentah. Ciri-ciri ayam yang disuntik air ini pun tidaklah sukar untuk kita kenal pasti. Lebih baik jika pilih ayam organik atau ayam kampung, tetapi jika sukar didapati periksa dulu jika ada sebarang ciri-ciri seperti yang disenaraikan ini.
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI