Setiap kelahiran anak tak kiralah anak lelaki atau perempuan, mereka sememangnya mempunyai kelebihan. Cumanya ia belum terserlah sewaktu usianya masih kecil. Jika kita rasa penat dengan pelbagai cabaran sepanjang mereka nak membesar, ingatlah ini ujian yang kecil dan hasilnya kita akan dapat kemudian.
Tiap kali kita rasa geram dengan anak, ingatlah anugerah yang sempurna di depan mata kita inilah amanah yang perlu kita tunaikan sebaik mungkin untuk jadikan mereka insan berjaya.
Mana tahu anak yang kita rasa masa kecilnya cukup menguji kesabaran, selalu buat kita nak marah tetapi bila besar dia hero yang membanggakan kita. Rezeki anak kita tak tahu kan?
Perkongsian dari Puan Wawa Shauqi yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan ini benar-benar terkesan dihati.
Boleh jadi, anak yang kita kata DEGIL tu, rupanya mereka ada kualiti untuk jadi bakal dewasa yang bermotivasi tinggi dan gigih.
Boleh jadi, anak yang BUAT TAK DENGAR BILA KITA PANGGIL tu adalah seorang yang sangat fokus menyudahkan kerja yang dia target.
Boleh jadi, anak kita yang TAK MAKAN SAMAN tu adalah bakal dewasa yang kuat tekad dan kuat daya tahannya.
Boleh jadi, anak yang kita sangka TAK BERADAB tu rupanya seorang yang berani untuk mencuba.
Boleh jadi, nak yang buat kita rimas sebab SUKA BERTANYA tu rupanya seorang pemikir.
Boleh jadi anak yang KUAT MERAJUK ini TINGGI EMPATINYA dan bakal memakmurkan hidup manusia lain.
Boleh jadi anak yang KUAT MENYEPAH TU sangat kreatif dan bakal menyumbang kepada kecanggihan masa depan.
Boleh jadi sifat buruk yang kita anggap pada ank tu rupanya kualiti paling mahal, dan paling diperlukan untuk dia jadi bakal dewasa yang berpotensi tinggi untuk berjaya.
Cuma kita yang tak memahami fasa seorang kanak-kanak. Sehingga tergopoh nak melihat mereka bersikap macam orang dewasa.
Apa kata, kita berhenti bersikap tak logik dan berharap mereka bertindak seperti dewasa. Dan mula memahami keperluan mereka untuk membesar jadi dewasa yang hebat.
A self reminder to myself too
Kredit: Wawa Shauqi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)