Baby Car Seat atau kerusi keselamatan bayi antara barangan yang penting yang perlu ada dalam setiap kereta bagi yang mempunyai anak. Selain dapat mengurangkan risiko bayi tercampak keluar kereta, baby car seat juga memudahkan untuk travel walaupun tanpa pasangan.
Tetapi ramai yang tidak berjaya memujuk anak untuk berada dalam baby car seat. Ramai yang was-was, boleh ke anak duduk diam dalam car seat untuk perjalanan yang jauh? Ikuti perkongsian daripada Puan Ummi Mansor.
Carseat : Boleh Ke Anak Duduk Diam Untuk Perjalanan Jauh???
Jawapannya : BOLEH!
Tapi, Kita sebagai Ibu Bapa perlu ada ilmu, ada kemahiran yang betul. Nak bawa anak cuti-cuti Malaysia, bukan hanya perlu buat homework penginapan dan tempat makan sahaja. Tapi perlu juga gali ilmu untuk pastikan anak SELAMAT dan SELESA dalam perjalanan!
Tip-tip supaya anak selamat dan selesa dalam carseat;
1) Pastikan bekalan dalam kereta cukup
Jangan semua beg letak ke bonet. Di tempat duduk mesti ada; wet tissue, lampin, pakaian tambahan, air minuman, snek dan hiburan.
Ads
*Air minuman dan snek pastikan diletak dalam bekas yang ringan sahaja. Supaya jika berlaku kemalangan, ianya tidak terlalu membahayakan jika melayang dalam kenderaan.
*Hiburan pun sama; pilih yang ringan dan selamat sahaja. Soft toys ke, buku fabrik ke, foam puzzle ke. Jangan guna smartphone sentiasa, memang ada kes dahi berjahit dek smartphone melayang masa kemalangan. Pensel alat tulis bagai tu semua No No No!
2) Rancang perjalanan dalam waktu yang sesuai
Saya pilih siang, sebab laluan agak terpencil. Saya juga bajet masa supaya anak sempat tidur siang (nap) dalam car seat. Supaya sampai destinasi anak segar dan tak meragam.
3) Pilih untuk berhenti 10 minit selang 2-3 jam
Walaupun tiada keperluan bagi anda. Tukar lampin dan pakaian anak, kesian dia berpeluh.
Keluarkan dia dari carseat, meski hanya berlegar ke ruang hadapan sekejap.
Sebolehnya berikan anak masa dan ruang untuk berlarian di luar.
Ads
*Anak saya mabuk kenderaan, jadi hentian pertama pun dah muntah di RnR. Kami beri dia rehat lama sikit untuk hirup udara segar. Lega dia.
4) Selitkan waktu riadah dalam itinerari
Kalau anak asyik perlu keluar masuk carseat, pasti dia pun meragam. Kalau pagi dah bawa anak ikut kita membeli belah, petang cukuplah sekadar ambil angin di tepian pantai.
Kalau petang nanti nak bawa anak makan malam di restoran jauh sikit, pagi ni cukuplah makan di warung depan homestay sahaja. Tak perlu pagi petang siang malam dok ligan anak ke sana sini. Letih dia. Kesian. Itu pasal anak tak mahu duduk carseat.
5) Elakkan terikat dengan jadual masa anda
Ads
Ini terutama pada yang berjalan-jalan dalam masa yang singkat.
Contoh;
Jam 8 pagi bergerak pulang, jam 2 petang mesti nak sampai rumah. Sebab esok nak kerja katakan.
Tak boleh macam itu ye. Kita yang nak jalan, tapi anak tanggung seksa. Kesian dia. Saya amalkan berhenti bila anak dah menunjukkan bosan dalam carseat. Walaupun dah hampir nak sampai destinasi.
Jangan sesekali bila anak menangis; “Alahai sayang sikit lagi nak sampai. Sabar la.”
Anak akan rasa tidak didengari. Jadi memori dia dalam car seat adalah; “Kalau duduk sini, Ibu Ayah tak dengar aku menangis”. Jadi kemudian hari, anak fobia pada car seat.
Bukan salah anak. Salah kita sebenarnya. Cukup la 5 tips di atas dahulu ye.
Yang penting ingat;
Your children are a gift!
Treat them as you would an expensive gift,
Because they are PRICELESS!
Doktor selebriti, Dr Say atau nama sebenarnya, Dr Shazril berkongsi pendapat tentang urusan rumah tangga yang menjadi perdebatan hangat di laman sosial media miliknya.
Menurutnya, dia banyak melakukan kerja rumah bukan kerana terpaksa namun dia sendiri memahami tanggungjawab sebagai seorang suami yang mana perlu membuat kerja rumah bukan melepaskan semua kerja rumah di bahu isteri.
Ikuti perkongsian beliau.
Harini saya buat Q&A dan terduduk kao kao bila saya dapat soalan sebegini. In fact saya jawab dah soalan ni kat story tapi saya delete sebab saya rasa this question deserve a permanent post. Yang buat saya terduduk ada dua sebab.
Satu, sebab this question came from a woman. Yes ladies & gentleman it came from a wanita (identiti dirahsiakan untuk menjaga aib). Kedua sebab dia guna caps lock. Kira dia macam nak marah “WEY DOC APAHAL KO KEMAS RUMAH? TU KEJE HAKIKI BINI KO LAH” sebab caps lockkan macam orang tengah marah en.
Saya ni bukanlah warak berdahi hitam tapi ilmu agama yang saya dalami tak pernah sebut yang tugas seorang isteri adalah mengemas rumah. In fact mengemas rumah adalah tugas seorang suami menurut islam. Isteri nak tolong, tu semua atas ihsan isteri, BUKAN SATU KEWAJIPAN BUATNYA. Dan bukan isteri saya tak kemas rumah langsung.
In fact dia lah yang kemas hari-hari. Saya ni kemas tang spring/ deep cleaning. Stor, baju-baju, toys-toys lama anak, yang melibatkan pemikiran tuk let go atau tak, haa yang tu yang saya kemas. Lagi satu kemas ni satu terapi untuk saya, bila rumah jadi minimalist lapang rasa otak ni.
Dalam marriage kena ada give and take. Contoh, saya memang cukup susah nak bagi anak makan, bini pulak cukup susah nak angkat lipas mati/cuci outlet sinki yang slimy2. Jadi we complement on areas yang we are lacking. That is how marriage works.
Takde macam “owh anak ko wajib jaga 100%, aku provide duit je untuk ko”. Pandai buat anak, pandai jaga lah. What say u?
Ada yang bertanya, PERLUKAH SIMPAN UBAT DEMAM DALAM PETI SEJUK? Cuba pergi buka peti sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk?
Mesti ada kan? Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.
Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan ‘paracetamol’. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.
Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam ni dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.
Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?
Ubat demam dipack sesuai sekali penggunaan
Persoalannya?
Berapa lama kita boleh simpan ubat demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?
Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml – 100ml ubat sahaja.
Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.
Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan. Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 – 2 bulan mengikut jenis ubat.
Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.
Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.
Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam yang telah dibuka
Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun Nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.
Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti sejuk. Suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.
Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.
Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.
Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.
Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga sampai tarikh luputnya.
Setiap ibu bapa mempunyai perancangan awal, berapa ramai anak yang mereka inginkan bagi mewarnai kehidupan sebagai suami isteri. Ada yang mahukan anak ramai dan ada yang selesa jika hanya mempunyai bilangan anak yang tidak ramai.
Menurut sebuah artikel dari Astro Gempak, penyampai radio Muaz Mohamed, mempunyai impian untuk ada empat orang anak jika diizinkan.
Katanya, memadai untuk dia memiliki dua cahaya mata kini dan seandainya dikurniakan rezeki dia ingin untuk mempunyai sekurang-kurangnya empat anak. “Saya membesar seramai tiga beradik sahaja, jadi rasanya sudah cukup untuk sebuah keluarga.
“Yang penting proses untuk menjaga dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Saya takut, kalau anak terlalu ramai sangat saya tak sempat nak memberikan kasih sayang seadilnya untuk mereka.
“Tetapi kalau ada rezeki apa salahnya. Cuma kalau ditanya keselesaan, punyai cahaya mata tiga ke empat orang sudah mencukupi.
“Paling penting, jaga amanah itu supaya apabila mereka dewasa kita tidak dipersalahkan kalau ada bahagian terlepas pandang ketika mereka sedang membesar,’ katanya kepada Gempak.
Berbahagia dikurniakan dua cahaya mata Emirza Mukhri, 5, dan Ezra Mikahail, 6 bulan, Muaz seronok melihat perkembangan kedua-dua arjuna hatinya itu.
“Saya tidak lagi keluar melepak sampai lewat malam sebab mahukan waktu tidur yang cukup dan disebabkan itulah pada hujung minggu saya memperuntukkan masa untuk bersenam dan beriadah bersendirian di taman berhampiran tempat tinggal saya.
“Selain mempertingkatkan stamina, berlari juga misalnya menjadi ‘me time’ bagi saya sebenarnya,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.