Penyampai radio, Raqib Majid berkongsi khabar gembira atas kehamilan isterinya, Tasha Manshahar yang kini hamil anak kedua mereka.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Raqib mendedahkan kehamilan isterinya itu selepas berkongsi sekeping foto sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha semalam.
“Salam Aidiladha dari saya, Tasha, Muammar & adik Muammar.
“Baby no 2 momi dedi ni inshaALLAH nanti boleh bermain dengan Muammar sepahkan rumah,” kongsinya ringkas.
Penyanyi dan penyampai radio Zayan ini juga memohon agar kehamilan isterinya dipermudahkan. Malah turut sama mendoakan ibu-ibu hamil lain agar sentiasa dilindungi dari penyakit berbahaya.
Ads
“Doakan kami dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya.
“Dan saya doakan jugak ibu-ibu yang mengandung dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya. Amin ya RABB, #Baby #adikdobot,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, diruangan kapsyen turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti juga peminat pasangan ini yang turut sama mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.
Semoga kehamilan kedua Tasha dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata Muammar Rafiqi pada 21 Jun 2019.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @raqibmajid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah Hb rendah boleh berlaku kepada ibu hamil. Antara kesan yang boleh berlaku ialah kelahiran bayi yang mempunyai berat badan rendah kerana tidak cukup zat.
Menurut pegawai dietetik, Puan Fizah Sobri keadaan Hb rendah menyebabkan pelbagai masalah dan gejala kepada ibu seperti mudah penat, mengantuk, tak bermaya serta boleh menyebabkan kelahiran bayi mempunyai berat badan yang rendah. Berikut ialah perkongsian beliau;
BAYI BOLEH LAHIR BERAT BADAN RENDAH AKIBAT TAK CUKUP ZAT…
Puncanya..Hb rendah
HB Rendah..makan zat besi je tak cukup
APA ITU HB
Hb atau hemoglobin adalah pengangkut atau transporter zat zat dan oksigen dalam darah ke seluruh badan..untuk ibu mengandung ia juga transporter ke baby..
Banyak keadaan ibu mengandung yang mengandungi bacaan Hb yang rendah
PUNCA HB TURUN MASA HAMIL
Kenapa masa mengandung Hb boleh turun tapi masa tak mengandung Hb tak pernah turun?
Ini adalah sebab bila mengandung isipadu darah makin naik sebab kena tampung demand baby…dan Hb boleh drop terutamanya waktu trimester ketiga..
Ini adalah NORMAL..tapi perlu AMBIL TINDAKAN untuk elak keadaan yang tak diingini berlaku.
GEJALA HB RENDAH PADA IBU
Keadaan rendah Hb boleh menyebabkan mommies rasa
Mudah penat
Mengantuk
Tak bermaya
Baby kecil
Dan lain lain…
TAPI nak naikkan Hb bukan sekadar ambil zat besi
Ada 3 sebab Hb boleh turun dan Anemia berlaku iaitu zat di bawah yang tak cukup
1. Zat besi
2. Folate
3. Vitamin B12
4 CARA NAIKKAN HB. BUKAN DENGAN ZAT BESI SAHAJA
Haaa baru tahu kan bukan sahaja zat besi ye..
Cara nak mengatasi #1. Zat besi tak cukup
– kalau zat ini tak cukup susah nak angkut oksigen ke seluruh badan
– jenis anemia yang paling kerap jumpa
– tingkatkan pengambilan sumber zat besi seperti ayam,daging,kerang,sayur berdaun hijau,hasil bijirin seperti cereal/roti gandum/oat
#2. Folate tak cukup
-kalau zat ni tak cukup badan susah nak hasilkan sel darah merah yang baru
– dibantu oleh supplemwnt acid folik yang semua ibu mengandung dapat….selain dari elak masalah seperti spina bifida ia juga elak dari Hb turun dan akibat berat badan bayi semasa lahir rendah
– punca folate dari makanan adalah seperti telur, brokoli, sayur berubi dan buah buahan citrus (oren,limau,lemon).
#3. Vitamin B12 tidak mencukupi
– ini berperana nak membuat sel darah merah yang sihat dan sempurna
– selalu terjadi dalam kumpulan vegetarian
– makanan kaya dengan zat ini terdiri dari ayam, susu dan hasil tenusu dan telur
BUKAN TU JE
#4. Selain tu ada juga makanan yang boleh MENGGALAKAN zat-zat ini diserap oleh badan dan ada yang MENGHALANG zat zat ni masuk dalam badan..
Terpaksa bersalin melalui proses induce atau proses bersalin secara paksa adalah untuk membolehkan kontraksi rahim terjadi sebelum kelahiran semula jadi berlaku.
Proses bersalin secara induce ini mungkin akan disarankan oleh doktor atau pengamal perubatan disebabkan oleh faktor tertentu, sama ada melibatkan perubatan atau bukan perubatan.
Tetapi adakah ia selamat atau terdapat risiko yang boleh berlaku? Bagaimana pula dengan persediaan jika perlu menjalani prosedur ini Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Kenapa perlu bersalin secara induce?
Selalunya proses bersalin secara induce ini akan disarankan jika wujud kebimbangan mengenai kesihatan ibu mahupun bayi dalam kandungan. Di samping itu, faktor lain yang mungkin memerlukan proses bersalin secara paksaan ini adalah jika jarak tempat tinggal anda jauh dari hospital.
Maka pemilihan bersalin induce adalah wajar untuk mengawal masa bersalin dan tempoh kelahiran bayi.
Perkara lain mungkin melibatkan:
Telah melepasi tarikh jangkaan bersalin (EDD)
Menghidap diabetes gestasi
Chorioamnionitis – jangkitan pada rahim
Tumbesaran bayi terhenti
Oligohydramnios – cecair ketuban sedikit atau bocor
Halangan atau gangguan plasenta
Air ketuban pecah tetapi tidak berlaku kontraksi
Sejarah proses bersalin cepat dan pantas
Bagi wanita berbadan dua dengan isu kesihatan tertentu tidak boleh disyorkan untuk melakukan proses bersalin secara induce ini.
Kaedah untuk bersalin induce
Untuk prosedur bersalin secara paksa ini, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan. Cuma perlu diingatkan adalah kaedah yang mungkin sesuai dengan seseorang individu lain, mungkin tidak berkesan untuk anda.
Antara kaedah yang boleh digunakan dalam proses bersalin secara induce adalah:
Amniotomi atau memecahkan air ketuban. Doktor akan mencucuk lubang kecil pada kantung ketuban. Ia sekali gus menyebabkan kontraksi lebih kuat
Pitocin atau disebut oxytocin, yang merupakan hormon untuk mempercepatkan proses bersalin. Kaedah ini menggunakan intravena (IV) pada lengan
Cervical ripening. Dilakukan dengan pengambilan ubat secara oral atau dimasukkan ke dalam faraj (analog prostaglandin) untuk meregang, melembutkan dan mengembangkan serviks
Kaedah bersalin induce menggunakan kateter (catheter) atau belon yang berfungsi untuk menjarakkan kantung dengan rahim. Ia akan merangsang hormon dan mencetuskan kontraksi
Menarik selaput (stripping membrane). Untuk kaedah ini doktor akan menggunakan jari yang telah dipakaikan sarung tangan bagi memisahkan kantung nipis pada ketuban daripada dinding rahim
Dari masa ke masa, bergantung kepada keadaan, doktor mungkin akan menggunakan lebih daripada 1 kaedah untuk proses bersalin secara paksa ini.
Berapa lama proses bersalin induce?
Secara amnya, ia adalah berbeza mengikut individu. Sekiranya serviks anda lembut dan matang, ia hanya memerlukan dorongan lembut untuk berlakunya kontraksi. Jika tidak, ia boleh mengambil masa beberapa jam sehingga beberapa hari sebelum berlakunya kelahiran bayi.
Dalam sesetengah kes, proses induce tidak berfungsi seperti diharapkan dan kaedah yang sama perlu diulang.
Risiko yang boleh terjadi dalam proses bersalin induce
Antara risiko proses bersalin secara induce, adalah:
Boleh mengalami kontraksi lebih kuat, menyakitkan dan kerap
Berdepan peningkatan risiko kemurungan selepas bersalin
Prosedur induce gagal dan perlu menjalani kaedah kelahiran caesarean
Wujud risiko jangkitan pada ibu dan bayi
Masalah rahim pecah. Ini terutamanya bagi wanita yang pernah menjalani pembedahan czer atau pembedahan rahim lain
Kontraksi yang terlalu banyak boleh menyebabkan perubahan pada kadar degupan jantung bayi
Risiko kematian janin
Persediaan diri
Biasanya prosedur ini akan dilakukan di hospital atau pusat bersalin, di mana anda dan bayi boleh dipantau oleh doktor.
Pun begitu, ada beberapa persiapan yang ibu perlu lakukan sebelum menjalani proses bersalin secara induce.
1. Bertanyakan soalan
Jika terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan, jangan ragu untuk bertanya. Ia pastinya akan membantu anda untuk lebih tenang selepas mengetahui perkara yang boleh dijangkakan. Anda mungkin ingin mengetahui kaedah yang akan dipilih, risikonya dan rancangan doktor jika kontraksi tidak berlaku seperti diharapkan.
Antara beberapa soalan lain yang boleh ditanya:
Sebab perlu melakukan induce
Keadaan serviks
Kedudukan bayi
Bolehkah anda bergerak selepas prosedur induce?
Adakah ia menyakitkan dan pilihan yang anda ada untuk mengurangkan rasa sakit?
2. Keselesaan diri
Persiapan untuk keselesaan diri akan bergantung kepada prosedur yang dipilih. Anda mungkin tidak dapat bergerak banyak sekiranya diberikan Pitocin melalui IV.
Antara perkara yang boleh membantu meringankan rasa sakit adalah:
Sokongan daripada pasangan, rakan atau ahli keluarga
Kekal terhidrat
Mengubah posisi kedudukan, seperti bergerak dari sisi ke sisi, berjalan, squatting atau berdiri
Ciptakan persekitaran yang menyelesakan seperti mendengar alunan muzik
Mandi – bergantung kepada kemampuan anda bergerak dan fasiliti
Teknik pernafasan mendalam
Bersalin induce? Terima dengan terbuka
Mungkin proses bersalin secara induce bukanlah apa yang anda jangkakan. Tetapi tiada salahnya untuk anda bersikap terbuka dan menerimanya. Ini kerana perkara yang paling penting adalah keadaan diri anda dan bayi selamat dilahirkan.
Dalam kebanyakan kes, prosedur bersalin secara paksa ini berjaya membawa kepada kelahiran normal.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.