
Penyampai radio, Raqib Majid berkongsi khabar gembira atas kehamilan isterinya, Tasha Manshahar yang kini hamil anak kedua mereka.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Raqib mendedahkan kehamilan isterinya itu selepas berkongsi sekeping foto sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha semalam.

“Salam Aidiladha dari saya, Tasha, Muammar & adik Muammar.
“Baby no 2 momi dedi ni inshaALLAH nanti boleh bermain dengan Muammar sepahkan rumah,” kongsinya ringkas.

Penyanyi dan penyampai radio Zayan ini juga memohon agar kehamilan isterinya dipermudahkan. Malah turut sama mendoakan ibu-ibu hamil lain agar sentiasa dilindungi dari penyakit berbahaya.

“Doakan kami dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya.
“Dan saya doakan jugak ibu-ibu yang mengandung dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya. Amin ya RABB, #Baby #adikdobot,” katanya.

Dalam pada itu, diruangan kapsyen turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti juga peminat pasangan ini yang turut sama mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.


Semoga kehamilan kedua Tasha dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata Muammar Rafiqi pada 21 Jun 2019.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @raqibmajid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hikmah Hanis Zalikha Sakit Belakang & Suspek Sciatica, Yusuf Tidur Katil Sendiri. Netizen Kagum Ketegasan Hairul

Hanis Zalikha mengalami sakit belakang semasa hamil dan suspek sciatica. Namun hikmah tersembunyi, akhirnya si kecil Yusuf boleh tidur sendiri hasil ketegasan Hairul.
SAKIT BELAKANG SUSPEK SCIATICA. YUSUF SUDAH TIDUR KATIL SENDIRI
Yusuf dah betul2 tidur dekat katil dia and tak meleset dekat Mommy Daddy dah. Semuanya terjadi apabila, ingat tak lower back pain Keknis alami hari tu, yang suspected sciatica tu?
SAKIT SAMPAI NAK JEJAK KAKI KE LANTAI PUN NANGIS-NANGIS
Ya Allah sakit dia sampai nak jejak kaki ke lantai pun nangis2 mintak tolong suami. Tapi lepas dapat banyak cadangan, bila jumpa doctor dia recommended buat physio. Di samping tu kita cari alternatif lain dan look into chiropractor. Chiropractor ni yang lipat lipat badan kita pastu crack crack kan tulang tu lol. Memang macam scary tapi lagi scary kalau sepanjang pregnancy takleh jalan jadi ku gagahi jua.

“YUSUF, MOMMY IN PAIN. YOU CANNOT TOUCH HER & SLEEP CLOSE”
Tak semua chiropractor buat untuk wanita mengandung jadi kena call and ask. So back to Yusuf, waktu Mommy sakit sangat tu, Daddy explain dekat dia dengan nada yang sangat sangat tegas, “Yusuf Mommy is in pain. You cannot touch her. You cannot sleep close to her ok?”.
TERANGKAN BAHAWA MOMMY IN PAIN
Dia macam termerajuk tapi dia tak berani nak ekk atau nak ukk bila Daddy dia yang cakap ? Mulai dari hari tu terus bila dia nak tidur sekatil je Mommy akan cakap “Yusuf, Mommy is in pain”. Dia pun terus baring diam diam kat katil dia. Sambil ditemani Bujibu. Setiap malam.
IS SAKIT BELAKANG DAH PULIH
Pastu Mommy pun dah baik pada hal buat satu sesi je, baguslah chiropractor, bila buat tak seram and complicated pun sebenarnya. Dan yang penting sleeping arrangement dah setel untuk menanti kelahiran baby. Walaupun bila bangun nampak lah Yusuf cuba nasib melepasi border tu ?? I love you my son, you’re gonna be a big brother soon.
View this post on InstagramA post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on
ADMIRE CARA KEKNIS


KONGSI PENGALAMAN SCIATICA


INFO BERGUNA

Sumber: haniszalikha
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika Tak Datang Haid Pada Hari Sepatutnya, Lakukan Ujian Kehamilan Segera! 8 Perkara Tentang Asas Kehamilan Yang Anda Wajib Tahu

Bagi yang pertama kali hamil, banyak hal yang belum diketahui lantaran tiada pengalaman. Untuk itu, bagi membantu anda dengan mendapatkan jawapan tepat tentang beberapa persoalan yang biasa ditanya daripada Dr Ummul Wahiy Abdul Hakim, doktor pakar O&G di Hospital UMRA, Shah Alam.

- Bilakah masa yang sesuai patut wanita membuat ujian kehamilan. Selepas berapa hari tidak haid dan waktu bilakah ujian patut dibuat?
Bergantung kepada kitaran haid. Kalau tahu dan boleh ramal bila sepatutnya haid semula, maka pada hari yang sepatutnya haid, lakukanlah ujian.
Ambil sampel air kencing pertama pada awal pagi, memandangkan ia lebih pekat. Lakukan ujian kehamilan seawal yang boleh kerana langkah-langkah tertentu boleh diambil untuk mengelakkan mudarat kepada kandungan.
Jika hasil ujian negatif, itu tidak bermaksud anda tidak mengandung, HcG mungkin terlalu rendah. Anda boleh mengulangi ujian yang sama pada hari berikutnya. Dalam pada itu, adalah lebih baik jika anda dapatkan kit penguji kehamilan yang sensitif agar dapat mengesan serendah 15u/l HcG.
- Selepas kit ujian mengesahkan kehamilan, apa langkah seterusnya wanita ini perlu lakukan?
Setelah sah hamil, jaga kandungan. Jangan lakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kandungan. Sekiranya menghidap penyakit tertentu seperti darah tinggi, diabetes, tiroid dan epilipsi, pastikan doktor dimaklumkan mengenainya agar ubat yang perlu anda ambil seharian diubah dos pengambilannya.
Pengambilan asid folik memberi banyak manfaat. Apa yang dimakan di trimester pertama memberi kesan sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran. Jaga pemakanan dengan tidak terlalu mengambil terlalu banyak karbohidrat dan gula kerana dibimbangi ia menjadi salah satu faktor autisme.
Jangan lupa untuk jalani pemeriksaan antenatal untuk pastikan kandungan benar-benar berada di dalam rahim. Hasil ujian imbasan yang dilakukan di awal usia kehamilan paling tepat untuk mengetahui usia sebenar kandungan.
- Apa yang patut wanita ini jangkakan tentang alahan yang mungkin dia alami dalam tempoh kehamilan?
Semua wanita hamil akan alami alahan tetapi berbeza jenisnya. Ia perkara biasa kerana berlakunya perubahan hormon sewaktu kehamilan.

Belajar untuk terima apa jua bentuk alahan yang dialami. Tiada apa-apa yang salah dengannya. Alahan sebenarnya melindungi bayi. Ia bagus kerana apabila anda loya dan muntah lalu teringin makan sesuatu, bererti tubuh kekurangan kandungan nutrien dan ia boleh diperoleh daripada makanan yang diidamkan itu.
- Makanan apakah yang patut diberi tumpuan demi memastikan kesihatan dirinya dan kandungan sentiasa dalam keadaan baik?
Amalkan pemakanan yang sihat iaitu tinggi serat, kurang karbohidrat dan lemak. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan kurangkan gula.

Karbohidrat yang diambil berlebihan akan memberi kesan kepada kandungan. Adalah dinasihatkan agar anda turut kurangkan kafein dan adalah lebih baik jika anda ambil makan dan minuman yang tidak bergula.
- Sekiranya wanita ini sedia ada masalah kesihatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi, apa yang perlu dijangkakan dan bagaimana untuk dia mengawalnya agar tidak menimbulkan komplikasi semasa hamil dan bersalin kelak?
Jika sedia ada masalah kesihatan sebelum hamil, beritahu doktor segera. Doktor pasti akan menasihatkan anda untuk mengubah cara dan dos pengambilan ubat agar sesuai dengan kegunaan ibu hamil. Hal ini penting bagi memastikan tahap kesihatan anda terkawal. Berbincanglah dengan doktor berkenaan hal ini.

Dalam pada itu, optimumkan kesihatan tubuh dengan melakukan senaman untuk mengurangkan impak masalah kesihatan. Sebenarnya, anda perlu pastikan diri benar-benar sihat sebelum mengandung.
- Berkenaan ujian imbasan, apakah ada ujian imbasan khas yang perlu dilalui selain daripada ujian imbasan yang biasa dilakukan setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal?
Semua wanita hamil perlu menjalani ujian imbasan nucheal transluscency pada minggu ke-11 hingga 14 bagi mengukur bahagian belakang bayi dalam kandungan. Cecair yang sangat tebal pada bahagian berkenaan boleh menjadi petanda bahawa bayi bermasalah.
Hasil kajian mendapati 50% mengalami masalah kromosom, 25% tidak dapat dijangka masalahnya, 10% bayi meninggal dunia dan 30% bayi lahir normal selepas ujian ini dilakukan.
Selain itu ujian amniosentosis boleh mula dilakukan selepas usia kandungan 15 minggu di mana jarum khas digunakan untuk mengambil air ketuban untuk pemeriksaan selanjutnya di makmal.
- Di Malaysia kini wajib untuk semua ibu hamil melalui ujian MGTT. Pada minggu ke berapa perlu diambil? Bagaimana jika wanita itu tiada sejarah atau risiko diabetes, perlu kah dia mengambilnya juga?
Bukan semua ibu perlu melakukannya ujian MGTT. Biasanya yang berumur 35 tahun ke atas, BMI terlebih berat badan dan ada sejarah keluarga wajib melakukannya.
Namun, jika didapati berat badan bertambah berlebihan semasa hamil, anda perlu melakukan ujian ini walaupun tiada faktor risiko yang dinyatakan. Dahulu apabila kandungan berumur 28 minggu ke atas, ujian ini boleh dijalankan. Kini, sebaik sahaja anda tidak lagi mengalami alahan muntah atau loya, maka bolehlah menjalani ujian ini.
- Ada wanita tertentu yang kurang prihatin dengan pengambilan asid folik. Apa yang patut diketahuinya tentang hal ini?
Perlu diingati bahawa asid folik sangat penting untuk diamalkan semasa hamil. Banyak kajian membuktikan ia mengurangkan risiko neural tube defect, membantu dalam pembentukan otak, muka, bibir dan saraf tunjang bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu Hamil Yang Tak Berpuasa Wajib Bayar Fidyah? Ini Jawapanya

Pasti ramai yang tertanya-tanya adakah ibu yang hamil tidak berpuasa, apakah ia wajib qada’ puasanya dan bayar fidyah?

Para ulama fiqh sepakat bahawa wanita hamil dibolehkan berbuka puasa di bulan Ramadhan kalau dia khuatir terhadap diri atau membahayakan dan mengancam keselamatan jiwanya. Firman Allah s.w.t:
أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
Maksudnya:
“Beberapa hari yang telah ditentukan, maka barangsiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, wajib baginya untuk menggantikan pada hari-hari yang lain.” (al-Baqarah: 184)

Yang dimaksud sakit dalam ayat ini ialah yang dapat membahayakan jika berpuasa. Pada wanita hamil didapati keadaan tersebut. Maka ia termasuk dalam kategori yang mendapatkan kelonggaran untuk berbuka.
Dalil lain ialah hadith Anas bin Malik r.a, katanya:
قال رسول الله (ص) إن الله وضع عن المسافر شطر الصلاة والصوم عن المسافر وعن المرضع والحبلى
Yang bermaksud:
“Rasululah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah menggugurkan setengah solat dan puasa bagi musafir. Dan Dia juga menggugurkan (kewajipan berpuasa) bagi wanita hamil dan yang menyusu.”
Tentang qada’ puasa, ibu hamil tersebut wajib qada’ dan tidak wajib bayar fidyah.
Kredit: muftiterengganu

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


