
Penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak berkongsi rasa gembira apabila anak perempuannya, Aisha Lashiera yang kini dah genap 3 bulan dah makin pandai untuk ajak bermain.
Menerusi entri di instagram, Angah berkongsi kegembiraan itu setelah lama tak mempunyai anak kecil. Ibaratnya jika terlalu lama berjauhan boleh berlaku kemurungan pada dirinya.
Jika sebelum ini hanya tengok orang je yang layan baby, tapi lepas dah ada baby sendiri baru tahu perasaan tu macam mana.
Aisha yang dilahirkan pada 16 Februari lalu menjadi keutamaan buat mommy, papa dan kakaknya setelah menunggu hampir 3 tahun untuk mendengar tangisan bayi dalam rumah.
View this post on InstagramA post shared by ANGAH (@angah_lawaking) on
Sementara itu, dalam satu perkongsian video, isteri Angah, Amira Asyura Abd Razak berkongsi perasaan sebak apabila begitu cepatnya Aisha membesar.
Dia turut menitipkan doa untuk Aisha agar membesar dengan sihat, hafaz al-Quran, setia dan patuh pada mami, papa dan kakak.
View this post on InstagramApa yang serius sangat tu dik! . Morning!! Eee peyut…?❤
A post shared by ANGAH (@angah_lawaking) on
Aisha Fotostat Muka Papa
Sejak awal lagi ramai yang menyamakan muka Angah dengan Aisha hinggakan ada peminat Angah berseloroh mesti apabila besar boleh jadi geng papa.
Terdahulu, Angah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.
Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Sumber: ig angah_lawaking
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makin Besar Comel Dan Handsome! Netizen Puji Muka Ney Ney Dah Iras Nora Danish

Pelakon popular Nora Danish sebelum ini mengakui menangis apabila membaca komen berbaur hinaan netizen membabitkan wajah anaknya, Mohamed Neqayl Nedim atau Ney Ney.
Sanggup mereka menghina bayi tiada salah dan dosa. Bukankah setiap kejadian Allah SWT itu sangat sempurna.
Bagaimanapun, Nora dan suaminya Nedim malas nak layan kutukan dan hinaan netizen pada anaknya dan sentiasa positif.
Namun sejak akhir-akhir ini, apabila Nora memuat naik gambar terbaru Ney Ney, boleh dikatakan semua peminat memuji kecomelannya dan mula menjadi perhatian ramai.
Netizen juga turut berkata menginjak usia 6 bulan, wajah Ney Ney mula ikut ibunya. Gelagatnya yang aktif buat ramai yang mula geram.
Ada juga yang kata makin besar, Ney Ney makin handsome. Pedulikan kata orang. Sebab baby kan wajahnya sentiasa berubah. Tak kurang juga ada peminat yang cair dengan senyuman manis Ney Ney.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia Bawah 2 Tahun Perkembangan Fizikal & Mental Anak Tengah Membangun, Mak Ayah Kena Ada Sikit Ilmu Baru Boleh Faham Apa Yang Anak Nak!

Isi Kandungan
ToggleMembesarkan anak-anak bukan satu tugas yang mudah. Tambahan pula bagi anak-anak yang masih kecil. Penat fizikal dan emosi itu perkara biasa bagi setiap ibu dan ayah. Apatah lagi ketika usia anak sekitar 0-2 tahun di mana perkembangan pesat fizikal dan mental sedang berlaku.
menurut Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan & Tidur Bayi menerusi perkongsiannya di Facebook terdapat 10 fasa anak meragam teruk dan mengganggu tidur. Ibu bapa perlu punya ilmu untuk tanggani fasa-fasa ini kerana jika tiada ilmu ibu bapa mungkin berpotensi menghabiskan tempoh 2 tahun usia anak dengan marah, jerit dan lepas geram kepada anak-anak.
10 FASA USIA ANAK MERAGAM TERUK & MENGANGGU TIDUR
SEMUA ibubapa tahu, 0-2 tahun adalah fasa paling memenatkan buat mana-mana ibubapa.
Ini kerana, inilah usianya perkembangan pesat fizikal (growth spurt) DAN mental anak berlaku.
Otak anak mengalami proses kemaskini input yang kritikal dari masa ke semasa bagi mengelakkan ‘keserabutan memori’. Input berulang dan aktif akan di simpan dan kekal dalam otak anak. Manakala input kurang aktif akan di buang.
Malang sekali, TANPA ILMU, ibu bapa berpotensi untuk menghabiskan tempoh 2 tahun usia anak dengan banyaknya input: marah, jerkah, jerit dan lepas geram kepada anak
ILMU tidak akan 100% menjamin anak tidak meragam. Namun ia 100% boleh menjamin ibu lebih mudah ‘jatuh kasihan’ bila mengetahui apa sebenarnya yang ada dalam anak. Maka, ibu lebih mudah empati.
Anak ibarat terjaga 10x di planet asing. Super susah bukan?
Saya kongsikan RINGKASAN 10 Perkembangan Mental Anak 0- 2 Tahun Bagaimana Ia Sabotaj Tidur Anak.
Semua anak alami 10X perkembangan otak atau di sebut ‘LEAP’ dari usia 0- sekitar 2 tahun.
10 Leap akan terjadi pada tarikh – tarikh berikut (yang mewakili usia bayi) dengan *julat beza sekitar 1-3 minggu* sahaja bagi setiap anak:
1. 5 minggu: Dunia Perubahan SensasiAnak ibarat baru tersedar dia telah bertukar dunia. Ini sebabnya ramai ibu berkata anak berubah jadi ‘sukar’ selepas habis tempoh pantang!
Anak yang dahulunya ‘tak kisah’ ditidurkan dengan apa cara, kini mula jadi cerewet dan tak lena BILA dia sedar terdapatnya kekurangan dalam cara ibu menidurkannya.
- 8 minggu: Dunia Corak & Bentuk
Anak nampak dan sedar dengan kehadiran pelbagai corak, tekstur dan bentuk di sekeliling dan di dalam/pada badannya. Deria bayi lebih awas.
Anak lebih sukar bertenang dan ‘shut down’ mata walaupun di tidurkan dengan cara dan alat bantu tidur yang betul. Contoh kisah benar kes klien saya: anaknya tiba-tiba takut dan benci bedung sedangkan dia telah di bedung sejak hari pertama. Bayi yang mamai akan menjerit buka mata bila mula di bedung seolah-olah tak pernah jumpa bedung. Sikap ini cuma berlanjutan sekitar 2-3 hari sebelum dengan tiba-tiba juga dia kembali ok dan lena seperti sebelumnya.
- 12 minggu: Dunia Perubahan Lancar
Anak mula faham, nampak dan rasa pergerakan ringkas yang berlaku di sekeliling dan di dalam badannya. Bayi lebih pandai mengawal pergerakkan badan. Kurang ‘lembik’ atau kaku tak seperti dahulu.
Anak lebih lasak. Sebahagian anak tak sengaja ‘melasak’ sewaktu tidur misalnya cuba berlatih meniarap ketika separa tidur hingga terjaga.
- 19 minggu: Dunia Kejadian
Anak mula pandai mengagak ‘apa akan jadi seterusnya?’ kerana anak telah mula faham konsep ’cause and effect’ misalnya jika bola jatuh, ia akan bergolek.
USIA EMAS mula laksanakan rutin tidur agar anak tahu signal acara tidur DAN mulakan ‘sleep training’ jika tabiat tidur anak yang bergantung sepenuhnya kepada ibu atau alat mula menyusahkan.
- 26 minggu: Dunia Hubungan
Inilah usia kemuncak anak menjerit kalau kena tinggal walau sekejap dan dekat !
Anak paranoid untuk lena bila dia tahu ibu boleh ‘hilang’ pada bila-bila masa.
- 37 minggu: Dunia Kategori
Anak ‘explore’ jenis kumpulan bagi setiap item. Cara ‘explore’?: anak suka buat sepah dan mula pandai manipulasi serta berdrama.
Anak cekap ‘baca’ emosi dan reaksi ibu kerana dia cuba menilai kategori emosi dan reaksi. Anak mungkin sengaja buat perangai pada waktu tidur untuk uji jika ibu akan ikut kehendaknya atau kekal dengan peraturan sedia ada.
- 46 minggu: Dunia Turutan
Anak sedar turutan langkah untuk melakukan sesuatu perkara.
Anak yang tidak pernah ada disiplin tidur dan asal boleh saja tidurnya, akan paling meneruk ragamnya. Kerana dia tiada ‘blueprint’ atau rujukan tentang bagaimana tidur harus berlaku.
- 55 minggu: Dunia Program
Anak sedar ada lebih dari satu cara untuk melakukan sesuatu perkara.
Anak mula jadi baby bos. Dia mungkin melawan untuk di tidurkan. Ibu harus belajar seni berkomunikasi dengan baby bos untuk mendapatkan kerjasamanya
- 64 minggu: Dunia Prinsip
Usia emas untuk ibu mula buat peraturan dan disiplin kerana anak yang dah mula jadi baby bos sebelum ini, mula suka jadi ‘terrible bos’ bila sesuatu perkara tak ikut seperti kemahuannya.
Anak mungkin cuba main-mainkan peraturan tidur sedia ada. Misalnya mungkir janji mahu masuk tidur selepas habiskan sebotol susu. Sudahnya, sampai botol ke-3 pun dia enggan tidur. Isu tidur di usia ini selalunya bukanlah ‘isu tidur’, tetapi lebih kepada isu tantrum anak ‘berkeras kepala’ untuk tunduk kepada sesuatu.
- 75 minggu: Dunia Sistem
Anak mula ada ‘hati nurani’. Anak pilih untuk jadi ‘good’ atau ‘naughty’ terhadap sesuatu situasi.
Anak yang masih melekat dengan ‘old bad sleep habit’ akan samada membawa amukan ke tahap tertinggi jika ibu cuba ubah. Atau, jika kena cara ibu, anak akan jadi sangat mudah berkerjasama untuk ubah cara tidurnya.
Beza leap dengan growth spurt?:
Leap adalah perkembangan mental manakala growth spurt adalah perkembangan fizikal ( ketinggian, berat, saiz dan skil motor )
Usia kejadian growth spurt JULATNYA SANGAT BESAR kerana setiap anak berkembang pada kadar mereka. Misalnya, anak A yang lahir pada tarikh sama dengan anak B boleh berjalan pada usia 10 bulan sedangkan anak B boleh berjalan pada 16 bulan. Besar bukan jaraknya?
Usia kejadian leap pula JULATNYA KECIL antara anak kerana otak bayi normal berkembang pada usia yang sama dengan kapasiti yang serupa *cuma hanya beza input pengalaman dari respon ibubapa sahaja*
Setiap anak AKAN BERLATIH MENGUASAI BIDANG KEGEMARANNYA DAHULU SEBELUM BERALIH KE BIDANG LAIN.
Topik 2 : Usia Leap berdasarkan tarikh lahir atau tarikh jangka lahir?
Kesemua 10 leap yang saya senaraikan adalah BERDASARKAN TARIKH JANGKA LAHIR (edd) yang di beri doktor semasa pertama kali anda di sahkan hamil dahulu.
Mengapa?
Otak manusia berkembang sejak dalam kandungan dan berterusan hingga selepas di lahirkan. Maka sebab itu, tarikh jangka lahir bayi di guna pakai dalam kiraan leap kerana tarikh itu di anggarkan oleh doktor sejak hari anak di senyawakan. Namun ingat, kerana doktor manusia biasa yang hanya ‘menganggar’, maka itulah punca sedikit julat dalam usia leap.
Topik 3: Fasa Leap
Jika simptom growth spurt lebih jelas, iaitu bayi meninggi, mula nampak keluar gigi, mula cuba-cuba bergolek untuk meniarap…simptom leap apa pula? 3C :
1. Crying (banyak menangis)
2. Cranky (bad mood, serba tak kena)
3. Clingy (kerap nak berdukung, berdekatan dengan ibu)
Nota tambahan:
Membesar (leap dan growth spurt) sangat sukar bagi bayi. Ia ibarat bayi bangun 10x di planet yang berbeza sepanjang 2 tahun ini. Jika ia terjadi kepada anda, tidakkah anda juga panik dan resah?
Ketika dunia sekeliling di rasakan berubah, hanya ibu ayah yang kekal serupa. Maka sebab itulah anak menjadi 3C.
Bayi yang sedia ada isu tidur, seperti tak lena, ‘bad habit tidur’, jam tidur yang kelam-kabut akan jadi 2x susah semasa leap. Malah, setelah elesai leap juga dia masih sukar di uruskan kerana poor sleep = bad mood
Maka, ibu akan rasa anaknya ‘sentiasa 3C’, setiap masa sejak dulu. Itulah pentingnya ibu belajar tentang bab tidur anak.
Sumber: Baby language
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tengah Menangis, Dapat Roti Boleh Diam. Mat Dan Akui Zayne Ikut Seleranya Suka Makan Roti

Muka yang comel, badan bersemangat pasti ramai yang geram dengan Muhammad Zayne Tyler atau lebih mesra dipanggil Zayne. Permata hati Mat Dan dan isterinya ini sentiasa menjadi perhatian peminat ayahnya tiap kali di bawa keluar.
Bukan setakat kulit yang cerah dan gebu tetapi tengok badannya pun ramai yang tertanya-tanya apa yang Zayne makan.
View this post on InstagramHeyyoo.. #muhammadzayne #muhammadzaynetyler #mrzaynetyler
A post shared by Zayne Tyler (@zaynetyler55) on
Berkongsi pengalaman itu, Mat Dan berkata makanan kegemaran Zayne hingga sekarang adalah suka makan roti.
Waktu pertama kali Zayne mula belajar makan, benda pertama yang saya berikan padanya adalah lobak merah yang dijadikan puri. Alhamdulillah Zayne suka. Kemudian saya cuba pula kisar betik dan pisang dan ternyata betik jadi pilihan Zayne. Dia cukup suka makan betik.
“Kini bila dah sebulan setengah makan makanan pejal, Zayne juga turut diberikan kosong. Mulanya dia kurang selera tapi bila saya berikan dia bersama sup ayam dan kadangkala saya kisar dengan ikan, saya nampak dia mula suka.
“Bukan bubur sahaja, saya selang selikan buah-buahan sebagai snek untuk Zayne. Zayne juga suka makan roti, sama seperti ayahnya,” kongsinya.
Mat Dan jelaskan, minat Zayne dengan roti ini mungkin juga ikut seleranya. Saya memang jenis yang suka makan roti.
View this post on InstagramSelamat Pagi..! ? #muhammadzayne #muhammadzaynetyler #mrzaynetyler #
A post shared by Zayne Tyler (@zaynetyler55) on
“Kalau dia menangis pun, jika umpan dengan roti Zayne boleh diam,” ceritanya lagi yang berharap Zayne dapat minum susu ibu sepenuhnya.
Setakat ini pun, antibodi Zayne juga kuat. Setakat ini baru sekali je dia selesema tu pun kerana perubahan cuaca ketika pulang dari melawat atok dan neneknya di luar negara.
Nak tahu lanjut apa kisah menarik lagi mengenai hero Mat Dan ini boleh dapatkan majalah isu Februari sekarang di pasaran dengan tema kali ini Edisi Selera Si Manja.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI