Trend bawa anak secara menghadap ke hadapan menggunakan pengendong bayi bukanlah baru. Ramai yang memilih cara ini kerana ia lebih mudah untuk anak melihat keadaan sekeliling.

Cuma yang menjadi persoalannya, masih ramai lagi ibu bapa tak mengetahui kesannya pada anak jika anak itu masih kecil dengan keadaan kepala dan lehernya yang masih belum kuat.

Ini pendapat Dr Say Shazril mengenai bawa anak secara menghadap ke depan.Boleh Palingkan Ke Depan Sekiranya Bayi Dapat Kawal Kepala & Leher Dengan BaikSy cukup suka palingkan Ace ke depan supaya dia dapat tengok dunia tapi bini sy cukup tak suka. Bila baca-baca bijak upanyra biniku. Anda hanya boleh palingkan anak anda ke hadapan HANYA JIKA dia boleh mengawal kepala & lehernya dengan baik. Macam mana nak tau?

IKLAN

Simple, semasa anda sedang carry dia cuba bengkokkan badan anda ke kiri & ke kanan. Sekiranya kepalanya lentok ikut pergerakan anda that means dia tak bersedia untuk front facing lagi. Selalunya by 6 bulan tapi bergantung kepada perkembangan motornya.Boleh Palingkan Ke Depan Sekiranya Bayi Dapat Kawal Kepala & Leher Dengan Baik

Baiklah, kenapa palingkan baby ke hadapan tak bagus? Pertamanya, it’s BAD FOR YOUR SPINE. Perasan dak bila palingkan dia ke depan laju ja belakang kita lenguh? Ini disebabkan bebanan daripada berat bayi itu lebih jauh ke hadapan maka untuk compensate lebihan bebanan ini, tulang belakang kita kena bengkok lebih (hyperextend) & ini memberi tekanan yang lebih di tulang belakang kita. Sebab tu once dah rasa lenguh, kita diharuskan memalingkan bayi menghadap kita. Tulang belakang nak guna lama peeps.

Kedua, palingkan ke hadapan is BAD FOR YOUR BABY’S SPINE. Tulang belakang kita bentuknya ibarat huruf “S”. Cuba bayangkan jika perut kita boyot & kita letakkan bayi kita menghadap depan, semestinya perut kita akan overextend tulang belakang dia & bukan sahaja tulang belakangnya yg akan menampung berat badannya malah segala hentakan daripada langkah kita akan memberi tekanan kepada tulang belakangnya.

IKLAN

Boleh Palingkan Ke Depan Sekiranya Bayi Dapat Kawal Kepala & Leher Dengan Baik

IKLAN

“Jadi tak elok langsung la ni paling ke hadapan doc?”. Bagi sy jawapannya BERGANTUNG. Bila sy palingkan Ace ke hadapan cukup happy dia tergedik2 manja. Tapi bila dia bising & grumpy mungkin daripada overstimulation & mungkin belakangnya lenguh, sy & bini tau yg it is time tuk palingkan dia menghadap kami. Its all about your parenting instinct. Paling penting, JANGAN SESEKALI BIARKAN BABY ANDA TIDUR SAMBIL PALING KE HADAPAN kerana boleh menyekat saluran pernafasan mereka

Sumber: Dr Say Shazril Shaharuddin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI