“Boleh Survive Ke Kerja Sorang?” Berkat Sabar Demi Anak, Allah Gantikan Rezeki Melimpah!

Share

Membuat keputusan untuk berhenti kerja dan membiarkan suami menanggung segala perbelanjaan bukanlah hal yang mudah. Banyak keperluan anak-anak kecil yang sedang membesar, yang sememangnya amat-amat diperlukan.

Namun rezeki Allah sentiasa ada jika kita tahu menguruskannya dengan cara yang lebih baik. Hidup bersederhana dalam semua perkara malah tak perlu terikut ikut dengan cara hidup orang lain. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Firdaus Shakirin.


Dulu kami struggle. Laki bini keje shif 12 jam seminggu siang, seminggu malam. Tidur 2,3 jam je sehari, pastu pergi keje pulak. Tak tahu bila anak sulung tu kami jaga, sedar-sedar dah nak dapat adik pulak.

Orang nampak, kami beruntung. Ayat yang selalu dengar adalah,

“Untunglah laki bini dua-dua kerje, duit banyak.” Walhal orang tak tahu, setiap bulan kena combine gaji bayar hutang. Duit lebih, bahagi dua, kadang-kadang dapat la sorang RM300. Kadang-kadang isteri tak ambik bahagian dia, dia suruh kita guna ja.

Masuk anak 2, lagi struggle. Gaji sama, tapi anak 2. Saya pun decide untuk tukar tempat kerje, cari keje yang gaji tinggi sikit. Dulu duit mengasuh 300, sekarang 600. Dulu duit pampers dengan susu 200, sekarang 400. RM1000 tu, memang khas untuk anak ja.

Bila dah tukar tempat kerje, automatik jadi susah jumpa bini. Jadual kerja tak sama, sorang kerja pagi, sorang kerja malam. Masa ni dah mula bincang dengan isteri tentang tajuk,

“Jadi surirumah sepenuh masa jelah yang, senang sikit nak manage anak-anak”

Usul ni ditolak isteri atas alasan kerja sorang tak mampu untuk bayar hutang. Dia risau yang saya tak boleh tanggung seisi keluarga kami. Dia still nak kerja lagi dan tgok lagi keadaan. Saya decide untuk tukar kerja lagi.

Tapi kali ni sebab nak kerja dalam normal shif Isnin – Jumaat, 8 pagi – 5 petang. Senang nak jaga anak-anak, senang nak ambik dan hantar anak-anak, senang nak jumpa isteri sendiri. Alhamdulillah, dapat keje normal.

Bila dapat kerja normal, anak-anak saya yang jaga, saya yang uruskan. Isteri fokus kerja siang malam dia tu je. Bila anak-anak ikut jadual saya, saya pulak jadi struggle.

Pagi-pagi bangun seawal 5 pagi, siapkan diri sendiri, siapkan anak-anak pukul 6, 6.30 keluar rumah hantar anak-anak. Malam pukul 7 baru smpai rumah pengasuh walaupun keluar ofis pukul 5.30pm.

Otw balik rumah, dah call kedai tomyam untuk bungkuskan makanan, jap lagi lalu ambik. Sampai rumah, setel anak-anak, bagi diorang makan, bagi diorang main, agak nampak macam ok, lari p mandi, lari p makan. Setahun lebih macam ni, dapat pulak berita isteri mengandung anak ketiga.

Sekali lagi usul untuk jadi SURI RUMAH SEPENUH MASA dibincangkan. Lepas ni kalau hantar pengasuh, 3 anak dah jadi 900. Tak campur susu & pampers lagi. Dikira, ditolak, dibahagi. Wife nak cuba dulu, tengok macam mana pasni.

Lepas pantang, hantar pengasuh sempat bayar 900 untuk 2 bulan, then tiba-tiba pengasuh pulak tak boleh nak mengasuh sebab dia mengandung. Wife ambik cuti dan ketika cuti tu dia decide untuk jadi SURI RUMAH.

Struggle lagi sebab 2 punca pendapatan, jadi satu…hutang sama, komitmen sama, perbelanjaan sama, tapi 1 gaji yang kena tanggung bayar semua. Tawakal illAllah…

Terus maju ke hadapan, ini adalah pilihan yang terbaik ketika ini, waktu ini untuk kami sebagai pasangan.

Alhamdulillah, setelah sekian lama struggle, kini kerja sorang pun dah mampu untuk tanggung perbelanjaan seisi keluarga. Allah ganti rezeki yang hilang tu sedikit demi sedikit, tahun demi tahun sehinggalah ke hari ini Allah masih ganti lagi.

Sekarang bila saya dengar soalan, “Boleh survive ke kerja sorang…?” Saya hanya mampu tersenyum dan menjawab,

“Boleh asalkan tahu untuk kawal perbelanjaan, bersederhana dalam semua perkara. Tak perlu terikut ikut dengan cara hidup org lain…”

Asal ada nawaitu untuk keluarga, untuk isteri dan anak-anak, selebihnya Allah permudahkan.

Menarik:Nak Pahala Free Rajin-Rajinlah Cium Pasangan, Kening Point Terbaik

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM