Terujanya bila anak boleh makan makanan pelengkap pada usia 6 bulan. Hidangan yang lazimnya dihidangkan ialah puri dan bubur. Tapi ada sesetengah ibu memilih teknik baby lead to wean. Apakah ia baby lead to wean & manfaatnya kepada bayi?

Mungkin ramai ibu yang musykil tentang baby lead to wean. Menurut Menurut Puan Nurbaidurah Badzis, pegawai dietetik KPJ Kajang, Baby led weaning adalah satu konsep di mana si kecil menentukan sendiri makanan untuk diri mereka, self-feed.

Antara syarat dalam amalan baby led weaning adalah:

  • No puree food.
  • Makanan diberikan hanya apabila si kecil bersedia, bukan pada usia enam bulan.
  • Si kecil boleh duduk tegak.
  • Si kecil mampu menyuap makanan sendiri.
  • Si kecil mampu mengunyah.
  • Waktu makan bersama keluarga.
  • Si kecil tidak dipaksa makan makanan tertentu.
  • Boleh Tak Bagi Anak Pilih Makanan Sendiri Atau Baby Lead To Wean Bila Anak 6 Bulan? Ini Saranan Pegawai Dietetik

Jenis makanan untuk baby led weaning pula adalah finger food, makanan lembut yang dipotong kecil dan panjang, bagi memudahkan si kecil memegang makanan tersebut. Dalam beberapa perbincangan, baby led weaning mempunyai banyak kelebihan seperti  menggalakkan si kecil terhadap makanan, ini kerana si kecil berpeluang untuk memilih makanan sendiri. Selain itu, ia juga menggalakkan si kecil meneroka pelbagai tekstur dan rasa makanan.

Boleh Tak Bagi Anak Pilih Makanan Sendiri Atau Baby Lead To Wean Bila Anak 6 Bulan? Ini Saranan Pegawai Dietetik

Ads

MENGGALAKKAN ANAK MENEROKA

Sebenarnya , kebanyakkan syarat-syarat di dalam baby led weaning ini adalah adalah sama dengan saranan pemakanan sihat. Iaitu menggalakkan si kecil meneroka dan memilih makanan sendiri, waktu makan bersama keluarga, dan waktu yang makan yang menyeronokkan (tidak memaksa si kecil). Ini semua adalah antara tip-tip bagi menggalakkan si kecil terhadap makanan.

PASTIKAN BAYI BERSEDIA!

Ads

Namun, ada beberapa amalan baby led weaning yang boleh memberikan kesan negatif, iaitu memberikan si kecil makanan hanya apabila si kecil bersedia, tidak pada usia enam bulan; apabila si kecil mampu duduk tegak, menyuap makanan sendiri dan pandai mengunyah. Untuk menunggu si kecil mampu seperti demikian, mungkin pada usia lapan atau sembilan bulan atau lewat lagi.

Boleh Tak Bagi Anak Pilih Makanan Sendiri Atau Baby Lead To Wean Bila Anak 6 Bulan? Ini Saranan Pegawai Dietetik

Sedangkan pengenalan terhadap makanan pelengkap seawal usia enam bulan sangat penting. Dan pada usia enam bulan, kebanyakkan bayi masih belum boleh duduk tegak, apatah lagi menyuap dan memegang makanan sendiri. Oleh itu, puri adalah makanan yang sesuai untuk bayi pada ketika ini.

Ads

Boleh Tak Bagi Anak Pilih Makanan Sendiri Atau Baby Lead To Wean Bila Anak 6 Bulan? Ini Saranan Pegawai Dietetik

Kajian menunjukkan 20 hingga 30% bayi berisiko menjadi cerewet (picky eater) jika lewat diperkenalkan makanan pejal iaitu melewati usia enam bulan. Memilih makan atau picky eater adalah berisiko terhadap kurang nutrisi seterusnya mengganggu tumbesaran dan perkembangan si kecil.

SARANAN

Jadi saranan saya, makanan pelengkap berupa puri perlu diperkenalkan pada usia enam bulan. Jangan lambat kerana risikonya si kecil boleh menolak atau cerewet terhadap makanan. Baby led weaning boleh diguna pakai  lewat daripada usia enam bulan iaitu apabila si kecil bersedia.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI