Boleh tak biar anak menangis sendirian dan berpanjangan? Ini persoalan yang sering ditanya oleh ibu bapa. Ramai yang masih keliru kan?
Nak tahu lebih lanjut mengenai hal ini, Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Puan Uswatun Hasanah ada penjelasannya.
Soal kesan kepada emosi anak, saya tak layak nak jawab berlebihan kerana saya bukan ahli bahagian psychologi kanak-kanak.
Saya akan fokus kepada hal yang lebih teknikal seperti maksud tangisan dan cadangan cara untuk menghadapi situasi.
Sifir asasnya, tangisan adalah KOMUNIKASI
Ads
Saya gemar kekal dengan maksud asal tangisan iaitu medium komunikasi supaya ibubapa selalu sedar anak yang sedang menangis ialah anak sedang cuba sampaikan sesuatu kehendak atau keperluan.
DAN….⛔️⛔️⛔️
Kehendak atau keperluan tersebut TIDAK SEMESTINYA, saya ulang , TIDAK SEMESTINYA, TIDAK SEMESTINYA :
❌ ‘Urgent’ : e.g Anak menangis sebab ‘tak suka’ tukar lampin atau dimandikan.
❌ Dalam kecemasan: e.g Anak nangis bila ibu ‘hilang’ masuk tandas.
Ads
❌ Perlu di penuhi: e.g Anak menangis akibat marah dihalang main cermin mata ayah.
❌ Sedang terseksa emosi atau cedera mentalnya: e.g Anak infantile colic (sawan tangis) yang kerap dan banyak menangis akibat ‘reactive stress response system’..
walau sudah di cuba tenangkan oleh ibubapa.
Kenalpasti punca anak menangis. Tahu respon yang sepadan usia anak. Respon dengan BETUL & BERKESAN & RASIONAL.
Anak sulung cinta pertama ibu ayah. Daripadanya kita belajar menjadi ibu bapa. Dia juga yang paling kita harapkan dapat membantu jaga adik-adik.
Namun dalam tak sedar, ibu bapa juga ada melakukan kesilapan sehingga abang atau kakak sulung terasa hati. Kadang bila ada adik, kita dah abaikan emosi anak sulung yang banyak mengalah walaupun hakikatnya dia tak rela.
Dalam satu perkongsian video di Tik Tok baru-baru ini, menunjukkan momen yang cukup memberi kesan dalam hati apabila seorang anak perempuan menangis setelah belonnya diambil dan diberikan pada adik. Walaupun ini hanyalah situasi biasa tapi cukup buat hati rasa tersentuh.
Kisahnya berkenaan seorang ayah yang dikatakan mengambil belon yang dipegang oleh si kakak dan diberikan pada adik. Jelas pemilik video tersebut, bila belonnya diambil untuk diberikan kepada adiknya, si kakak terus menangis kerana tidak rela berbuat demikian.
Sedih melihat situasi itu, pemilik video yang juga pakar psikologi kanak-kanak mengambil keputusan untuk membeli belon lain dan diberikan kepada kakak yang menangis.
Susulan tularnya video itu, netizen memberi pelbagai reaksi dan Dr Faiz Hayaza menerangkan kembali mengapa dia sanggup membelikan belon untuk anak orang lain.
Menurutnya dia berbuat sedemikian bagi mengubati kesedihan anak tersebut.
“Di sini saya ingin menjelaskan alasan saya melakukan hal tersebut. Kerana saya melihat seorang anak yang belonnya tiba-tiba diambil ayahnya, dan belon itu diberikan kepada adiknya dan si kakak menangis.
“Sering kali kita orang tua gagal mempertahankan hal-hal kecil yang dialami anak, padahal pengaruh masa kecil boleh terbawa sampai dewasa. Saya berharap belon yang saya berikan hari ini boleh mengubati luka hati seorang anak,” jelasnya.
Video itu mendapat reaksi daripada orang ramai dan masing-masing merasai perasaan anak itu.
“Terus keluar air mata tengok video ni, hanya anak sulung saja yang faham perasan ni.”
“Saya anak pertama, selalu mengalah demi adik..”
“Teringat pulak perkara yang dah lama aku pendam. Aku cuba tidak buat perkara yang sama kepada anak-anak aku..”
Meja makan boleh jadi pusat pentadbiran rumah di rumah dan menjadi satu ‘tools’ berguna dalam keibubapaan. Perkongsian doktor ini tentang pengalaman cara didikan yang diterimanya dan didikan yang diberikan kepada anaknya boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa lain.
Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan meja makan tidak sekadar perabot, ia boleh berfungsi sebagai alatan didikan anak yang berkesan di mana disiplin, sahsiah dan karakter anak dibentuk dengan cara tidak langsung. Hasil didikan secara tidak langsung ini juga menjadikan adik beradiknya menjadi insan yang cemerlang di mana semuanya mendalami bidang perubatan.
Berikut ialah perkongsian doktor ini;
MEJA MAKAN
Ni meja makan di rumah saya. Anda lihat susun atur atas meja tu. Pinggan plastik dan cawan plastik itu anak saya yang berumur 2 tahun yang susun.
Dulu, ibu bapa saya latih kami adik-beradik beberapa perkara.
[1] Bila tiba masa makan, tak kiralah kami lapar atau tidak, dah makan atau belum, kami kena berkumpul di meja makan di dapur. Pada hari minggu, minum petang dan makan malam adalah waktu wajib berkumpul. Pada hujung minggu, semua waktu makan adalah waktu wajib berkumpul.
[2] Masa makan, adalah masa beri laporan harian. Belajar apa di sekolah, makan apa di sekolah, tonton kartun apa petang tadi, keputusan peperiksaan, dan sebagainya. Masa itu jugalah nak sampaikan pesan apa-apa. Cikgu suruh bawa kertas warna, tarikh mesyuarat PIBG, dan lain-lain.
[3] Apa sahaja yang dihidangkan, kami kena makan. Tak ada istilah, kalau lauk tu saya tak suka, saya akan dapat lauk gantian (contoh:telur goreng). Jangan berangan. Kalau kami keluar makan pula, kami selalunya akan order makan hidang, jarang ala-carte. Jika order ala carte, kami order makanan lain-lain, tapi pasti kami kongsi supaya semua orang dapat rasa.
6 KESAN BAIK HASIL DIDIKAN DI MEJA MAKAN
Nampak macam ibubapa saya rigid, tapi sebenarnya ada banyak kebaikan dalam amalan yang mereka budayakan ini.
[0] Adik beradik saya, semuanya jadi doktor (seorang masih pelajar perubatan).
[1] Jimat masa dan tenaga. Semua orang makan serentak, jadi perlu makanan hidang sekali dan cuci pinggn mangkuk juga sekali harung.
Di samping itu, waktu makan juga jadi teratur. Ini baik untuk kesihatan tubuh badan.
[2] Ada masa bersosial yang tetap. Aktiviti dan peristiwa harian dilaporkan kepada ibubapa setiap hari. Kerana laporan-laporan ini, ibubapa saya kenal hampir semua kawan-kawan saya dan adik-adik saya. Kami juga sentiasa sepakat dalam membuat keputusan.
[3] Adik-beradik saya tiada yang cerewet bab makan. Kami makan semua aneka lauk-pauk, kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran, asalkan halal. Ketika anak saya berumur 6 bulan, ibu bapa saya dah ajar anak saya rasa(bukan makan) makanan harian yang kami makan. Hasilnya, kini anak saya tak cerewet sangat bab makan. Peria pun dia makan.
Selain itu,
[4] Anak saya membesar lihat atok nenek dia, pakcik makcik dia, ibubapa dia makan pakai tangan dan pakai sudu garfu, jadi pada umur dia 1 tahun, dia dah mula belajar gunakan peralatan. Kawalan motor halus mula dilatih pada usia itu.
Umur dia 2 tahun, dia dah pandai pegang pensel dengan cara yang betul(macam orang dewasa pegang). Saya tak ajar bagaimana nak pegang, saya cuma perlihatkan macam mana saya pegang pensel.
[5] Pada umur 2 tahun setengah, anak saya dah tahu meja makan adalah tempat untuk berkumpul.Dia tahu bagaimana nak susun atur pinggan dan cawan di atas meja. Setiap hari, jam 10 pm, bila saya balik dari pada kerja. Anak saya akan teman aku makan malam. Tak kiralah dia dah makan ke belum, dia akan makan bersama, atau teman saya makan.
[6] Saya ada pembantu rumah. Selepas makan, pembantu rumah akan kemas meja. Jadi, selepas makan, anak saya akan ambil tisu dan lap meja. Kalau makan di luar pun, selepas makan, dia nak lap meja. Dia lap tak bersih pun. Yang penting dia faham konsepnya.
Pada saya, dalam setiap rumah,meja makan adalah pusat pentadbirannya. Di situlah, rezeki dinikmati. Disitulah diskusi dan perbincangan di lakukan. Disitu jugalah, budaya, disiplin dan sahsiah dibentuk.
Oleh itu, pastikan meja makan di rumah anda sentiasa kemas, bersih dan teratur. Semoga kita semua sukses!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Aktivis Meja Makan
Nota: Jika tiada meja makan, gantikan dengan tikar. Sama sahaja mujarabnya.
Waktu mengandung adalah tempoh yang agak mencabar bagi seorang wanita. Bukan dari aspek kesihatan saja tetapi orang tua-tua juga selalu pesan, perlu jaga tingkah laku dan percakapan supaya semuanya berada dalam keadaan yang baik.
Sebab itu dalam Islam juga menggalakkan ibu mengandung sentiasa membaca al-Quran dan berzikir untuk elakkan dari memikirkan perkara yang bukan-bukan dan dapat menenangkan hati. Paling penting sentiasalah doakan yang baik-baik untuk diri kita dan anak dalam kandungan.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian dari seorang ayah menerusi aplikasi TikTok, iaitu anaknya ‘terkenan’ dan mempunyai wajah seperti anak Korea.
Kongsinya, disebabkan isteri sering menonton rancangan realiti TV popular, Running Man setiap hari ketika hamil, anak lahir pun mata sepat macam anak Korea!
Sepanjang 9 Bulan hamil isteri tengok Running Man setiap hari
Mungkin kebetulan atau takdir Allah, siapa sangka wajah comel anak lelakinya yang bernama Nur Ziyyad Muhammad berjaya menarik perhatian orang ramai kerana dikatakan mempunyai wajah mirip orang Korea! Dia juga memberitahu isterinya kerap menonton rancangan Running Man sepanjang hamil.
Bukan anak keduanya saja yang bermata sepet dan mempunyai wajah ala-ala Korea, tetapi anak pertamanya juga lebih kurang sama. Katanya dalam nada berseloroh.
Nak ada iras wajah anak pelakon Korea
Bukan itu saja, ayah ini juga berkongsikan bahawa anak keduanya itu dikatakan mempunyai wajah yang mirip dengan anak aktres Korea, Lee Mi Do. Kalau dilihat dari segi wajah, mata serta kulit yang putih gebu, memang nampak sama!
Sekali tengok memang macam anak Korea!
“Kena tengok K-Drama mana tahu terkenan juga”
Melalui ruangan komen, ada yang bergurau dengan mengatakan lepas ni kena tengok K-Drama lah masa mengandung untuk dapat anak mata sepat dan ala-ala Korea.
**Teringin dapatkan keperluan anak pada harga berpatutan, klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun, penceramah bebas, PU Salman berkongsi cara Nabi Muhammad SAW menghargai isteri dan ini yang disarankan untuk para suami terhadap isteri mereka.