Bahayakah kalau anak tertelan ubat gigi? Bilakah sepatutnya ubat gigi harus digunakan si manja? Ini kata doktor gigi.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran ibu bapa. Malah menimbulkan kekeliruan apabila

Berikut ialah perkongsian Dr Iqbal Rosali mengenai penggunaan ubat gigi untuk anak.

Boleh Tak Guna Ubat Gigi Walau Pun Anak Masih Kecil, Kalau Tertelan Macam Mana? Ini Kata Doktor Gigi
Dr Iqbal Rosali, Pegawai Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia

MEMILIH UBAT GIGI UNTUK ANAK KECIL

“Adakah perlu ubat gigi?”

Bagi bayi yang belum ada gigi, boleh bersihkan mulut dan gusi bayi menggunakan kain basah bersih.

-Bagi bayi yang baru tumbuh gigi, boleh gunakan kain basah bersih juga untuk bersihkan giginya. Boleh juga gunakan ‘finger toothbrush’.

Perkenalkan ubat gigi bila ibu bapa yakin, dan anak tahu yang dipicit keluar itu ialah ubat gigi.

GUNAKAN UBAT GIGI WALAU PUN ANAK MASIH KECIL

American Dental Association (ADA) mencadangkan supaya menggunakan ubat gigi berflourida walaupun anak masih kecil. Untuk pemahaman dan bahasa yang lebih mudah, lagi awal lagi bagus untuk perkenalkan ubat gigi pada si anak.

UBAT GIGI MANA?

“Ubat gigi yang mana perlu digunakan?”

ADA mencadangkan untuk menggunakan ubat gigi berflourida. Di pasaran, ada ubat gigi kanak-kanak yang sudah ada flourida. Hat ni, ibu bapa tak perlu risau kerana kandungannya adalah jauh lebih rendah daripada orang dewasa punya.

Boleh Tak Guna Ubat Gigi Walau Pun Anak Masih Kecil, Kalau Tertelan Macam Mana? Ini Kata Doktor Gigi

BAHAYA TAK KALAU TERTELAN?

IKLAN

“Tidak bahaya ke kalau tertelan ubat gigi?”

Sebab itu perkara paling penting adalah pemantauan daripada ibu bapa sendiri. Nasihat secara general ialah hanya gunakan ubat gigi berflourida apabila anak sudah pandai meludah.

Walaubagaimanapun, American Dental Association menggalakkan untuk menggunakan ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi flourida untuk pendedahan lebih awal dan perlindungan menyeluruh.

PEMANTAUAN & KUANTITI AMAT MUSTAHAK

Walaupun ada ubat gigi kanak-kanak tanpa flourida dilabel selamat untuk ditelan, tolonglah pastikan dan pantau anak tak telan juga. Makanan pun kita berkira apa yang masuk ke dalam mulut, takkan ubat gigi kita relakan?

“Macam mana tak nak bagi tertelan?”

  1. Pertama, yang paling penting kena pantau. Please. Pantau.
  2. Kedua, Gunakan kuantiti yang betul. Ini juga penting. Please.

Boleh Tak Guna Ubat Gigi Walau Pun Anak Masih Kecil, Kalau Tertelan Macam Mana? Ini Kata Doktor Gigi

KUANTITI UBAT GIGI UNTUK ANAK

Bagaimana tahu kuantiti yang betul? Sila rujuk gambar rajah diberikan.

Boleh Tak Guna Ubat Gigi Walau Pun Anak Masih Kecil, Kalau Tertelan Macam Mana? Ini Kata Doktor Gigi

IKLAN

Kanak-kanak bawah 3 tahun, gunakan ubat gigi sebesar sebiji beras.

Untuk 3-6 tahun, sebesar kacang pis. Cukup. Tak payah lebih-lebih. Tak payah sampai berbuih. Kalau cuma sebanyak itu, tak payah berkumur.

BOLEH TAK KALAU ANAK TAK GUNAKAN UBAT GIGI?

“Boleh tak kalau tak guna ubat gigi?”

Boleh. Tapi pastikan gigi anak dibersihkan ke semua permukaan. Dan seperti yang telah diberitahu awal-awal, lebih baik perkenalkan ubat gigi dan biasakan lebih awal.

UBAT GIGI PEDASLAH MAMA!

“Anak tak suka ubat gigi ‘mint’ sebab rasa pedas.”

Ubat gigi kanak-kanak tak ada mint. Yang ada mint cuma ubat gigi orang dewasa. Janganlah digunakan pada kanak-kanak. Belilah ubat gigi yang sudah dikhaskan untuk kanak-kanak. Ia ada rasa yang lebih ‘kena’ dengan citarasa anak-anak kecil.

Boleh Tak Guna Ubat Gigi Walau Pun Anak Masih Kecil, Kalau Tertelan Macam Mana? Ini Kata Doktor Gigi

“Anak saya guna ubat gigi dewasa.”

IKLAN

Kandungan flourida dalam ubat gigi dewasa tak sama dengan yang untuk kanak-kanak. Ia wajib dielakkan, lebih-lebih lagi jika anak tidak pandai meludah.

UBAT GIGI ANAK MANIS?

“Berus gigi anak saya bersemut. Adakah kerana ubat gigi manis?”

Ubat gigi kanak-kanak dirumus supaya sesuai dengan citarasa mereka. Mungkin sedikit manis tetapi bukan gula seperti dalam masakan yang digunakan. Itu tanggungjawab ibu bapa lah untuk pastikan berus gigi dibersihkan selepas digunakan.

Boleh Tak Guna Ubat Gigi Walau Pun Anak Masih Kecil, Kalau Tertelan Macam Mana? Ini Kata Doktor Gigi

“Anak saya tak mahu gosok gigi kalau tak ada ubat gigi.”

Ya. Memang digalakkan memberus dengan ubat gigi. Tetapi pastikan ciri-ciri ubat gigi seperti yang diceritakan dari atas dan gunakan kuantiti yang sebetulnya.

“Boleh cadang jenama apa yang sesuai?”

Sebagai seorang professional, adalah melanggar etika mencadangkan jenama tertentu. Secara amnya, semua ubat gigi di pasaran adalah baik. Paling utama, pastikan ubat gigi mengandungi flourida untuk menguatkan gigi dan mencegah kerosakan.

MULA UBAT GIGI DEWASA

“Bila sepatutnya tukar ubat gigi kanak-kanak kepada ubat gigi dewasa?”

Apabila gigi kekal pertama tumbuh iaitu sekitar umur 6 tahun. Keperluan gigi kekal adalah berbeza dengan gigi susu. Oleh itu lebih flourida diperlukan. Dan pastikan cuma gunakan ubat gigi sebesar kacang pis sahaja.

Semoga bermanfaat dan terjawab semuanya.

Sumber: Dr Iqbal Rosali

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI