Kehamilan

Boleh Tengok Semua ‘Benda’ Pada Bayi. Pentingnya Buat Detail Scan Ketika Hamil Trimester Kedua

Share

Semasa hamil, salah satu perkara yang membuatkan ibu ayah teruja adalah saat membuat imbasan untuk melihat keadaan bayi dalam perut. Seronok sangat dapat lihat perkembangan si kecil, sedikit demi sedikit sehingga dia membesar menjadi bayi sempurna. Begitulah perkongsian selebriti terkenal, Abby Abadi yang berkongsi sebuah video di laman Instagramnya semalam.

Abby tidak menafikan yang teknologi semakin maju dan ibu bapa berpeluang melihat setiap perkembangan anak dalam kandungan dengan jelas. Ceritanya lagi, ketika hamilkan anak-anak terdahulu tidak pula buat imbasan penuh begini. Hanya redha dan berdoa agar semuanya selamat.

Artikel Menarik: [Detail Scan Doktor Tengok A-Z Perkembangan Bayi. Waktu Terbaik Trimester Ke-2]

Masa pergi detail scan di @klinik_anda_wangsa_melawati 2/3hari lepas ☺️
.
Teknologi makin hebat hari ke hari.. ukuran badan baby, tulang, semua setakat ni alhamdullillah.. cuma mcm sereeemmm jugak, sbb sampai ke jari kaki tangan, salur darah, jantung semua buleh nampak jelas dah walaupun baru 21 minggu huhu.. Dulu masa mengandungkan Danish, Dania & Danisha takde nk detail2 scan bagai ni.. redha je iring dgn doa… skrg ni mcm2 ada. Atas rasa ingin tahu, walaupun nervous buat juga. Apapun, syukur Klinik Anda di Wangsa Melawati melayan Sy dgn baik sekali. Nak scan byk2 kalipun dorg layan jer hehe.. Dari Doc2 yg ada hinggalah ke pembantu2 klinik & pakar Scannya memang begini ?? (ps: comeykan suara pakar scan tu hehe.. )
.
Setakat ini pun dengar dari Doc Sakinah & Pakar scan masa dtg last dtg klinik aritu yg baik2 sahaja. Harapan Sy semoga terus serba baik & sempurnalah keadaan baby Sy hingga dilahirkan nanti ya, Ya ALLAH… Aminnnnn ??

Artikel Menarik: [Urus 3 Anak Selang Setahun, Kerja Rumah Semua Beres. Rahsianya Mak Bangun ‘Super’ Awal]
.
Ps; Comfirm dah Baby tettt hehe.. Doakan anak ini mampu menjadi hamba ALLAH yg benar2 beriman& beramal soleh, mampu bergelar AL Hafiz, berakhlak ALQURAN & berguna kepada ISLAM dunia akhirat ye.. Amin ?

Semoga kandungan Abby selamat sehingga ke hujung waktu dan melahirkan bayi yang sihat. Pa&Ma doakan Abby terus kuat untuk melalui fasa kehamilan yang menakjubkan ini.

Sumber: Abby Abadi

Published by
Emy H